Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Selasa, Mac 24, 2009

Yang comel itu saya!

Kalau yang belum pernah melihat rupa paras gua ini - kerana gua sangat misteri, yeah, kamu kamu boleh membayangkan muka gua yang sangat comel seakan akan babies below. Kamu tak percaya? Yeah, biar gua perincikan sedikit tentang kecomelan muka gua ini. Muka gua sangat comel dengan dihiasi mata yang sepet seperti baby baby di bawah. Hidung gua taklah mancung pun, tapi kira ok lah - tak pesek sangat pon. Bibir gua agak tebal kerana gua berketurunan jawa Muar. Di antara hidung dengan bibir, muka gua dihiasi dengan kumis yang tak berapa tebal dan lebat. Gua juga tidak berjanggut sebagaimana lelaki lelaki kacak seangkatan gua cuma gua dianugerahkan dengan brewok - dalam bahasa melayunya: jambang.

Muka gua bulat, macam baby baby kat bawah. Badan gua agak tegap kerana kalau diajak bergaduh kira bolehlah se'frame' dua. Satu lagi, sila ambil perhatian! Gua adalah seorang yang boroi/buncit walaubagaimanapun, gua berjaya menyembunyikan kelemahan gua itu dengan sedikit tipu muslihat walaupun kadang kadang tapi selalu jugak kantoi.

So, susah sangat nak bayangkan muka gua? Lu orang tengok baby baby kat bawah sudah. Anggap je gua adalah sangat comel.






pengkaki: perot gua memang serius boroi/buncit - tapi aiman tak kesah.


Hafiz

Tiada ulasan: