Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Isnin, Julai 06, 2009

You are now REDIRECTING to AkuSiMiSTERi.blogspot.com
...please wait!

Rabu, April 29, 2009

Tiada Lagi

Ahad, April 19, 2009

This is the last one....:(

Yeah, this will be the last one.

Hope there is no regret/sorry for anyone..but deep inside my heart. Damn! 2 years! Yeah, it's been 2 years I spent my light life in this blog!!!!

But WHY????


YOU are the one who responsible to everything you did to MINE!!!!

YOU ARE THE ONE!!! no matter if my damn writings be the caused! But it still YOU the one should be blame for everything happened in my LOVELY blog!! THIS IS MY LOVE!!!

Why you take it from me...? How could you!!


So, that's it! This is my last breathe.. this is my last breathe of my blog...my LOVE...

You are the one!
Thanks...no more sorry...it's too LATE!

Khamis, April 09, 2009

Rasanya cukuplah

Apa pendapat kamu kamu kalau aku berhenti daripada berblog? Kamu ada pendapat? Silalah berikan pendapat kamu.

Aku rasa lebih baik aku berhenti daripada terus menimbulkan konflik atas penulisan aku ini. Heh, sekian lama aku mengelolakan blog ini yang umpama sebuah cinta bagi aku, akhirnya bakal kecundang juga hanya kerana konflik yang pertama kali aku timbulkan dalam blog ini.

Apa pendapa kamu? Perlukah aku berhenti? Adakah kandungan penulisan aku sungguh melampau?

Apa kata kamu tentukan. Penulisan aku seterusnya bergantung kepada kamu. Harap kamu berikan pendapat kamu..

Kepada rakan rakan seangkatan dan seperjuangan, harap kamu kamu teruskan usaha kamu dan kekalkan legasi berblog kamu itu. Luahkan apa yang kamu mahu sekadar mampu diluahkan untuk meringankan beban minda dan rohani kamu.

Terima kasih atas segala sokongan dan dorongan kamu kamu selama ini.



Release a tense 2

Heh, aku cuba melepaskan ketensenan aku dgn bermain game bangang. Tapi masih belom reda lagi. Oleh itu, aku cuba pula menonton game bangang dari Jepon untuk melepaskan tensen aku.


Mula mula aku memang tak paham. Apa kejadahnya diorang buat nih. Rupa rupanya, nih permainan tak boleh gelak. Sapa gelak, kena rotan. So, kamu kamu silalah enjoy dengan video ini dan pelbagai percubaan dilakukan untuk membuat para peserta gelak - kena rotan bukan pelan pelan, macam kena rotan sebab merogol la..


1 = one, 2 = two, 3 = three, 4 = four, 5= five, 6 = six, 7 = seven, 8 = eight, 9 = nine, 10 = ten
17 = seventeen, 18 = eighteen, 19 = nineteen, 20 = ten ten
..., ..., ..., ..., ..., 28 = ten ten eight, 29 = ten ten nine, 30 = ten ten ten
..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., 100 = ten ten ten ten ten ten ten ten ten ten

pengkaki: hoh, tensen masih blom reda. dibelenggu rasa bersalah.. oh tuhan, ampunkan aku!

credit: akeq

Kenen... usaha murni tapi...

Erm..akibat daripada niat baek seorang member yang ingin melihat aku bahagia - aku memang tengah bahagia pun, sanggup memperkenalkan aku dengan seseorang, maka terjadi sebuah konflik yang membuat aku menjadi sangat bersalah.

Heh, bukan sahaja bersalah kepada yang dikenenkan, tapi juga bersalah pada member aku tersebut. Tidak tahu apa harus aku buat untuk menebus kesalahan aku atau memperbaikinya kerna aku rasa dah terlambat untuk berbuat demikian.

Kekadang, niat kita pun boleh disalah ertikan. Entahlah, aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh memasukkan artikel sebegitu tanpa menyedari bakal menyakitkan hati beberapa pihak - sampai menagis lah...

Nak dijelaskan di sini, aku rasa tak elok. Nak bersemuka, ah, memang perkara terakhir aku akan buat andai benar benar memerlukan aku berbuat begitu - sila rujuk di sini

Apa pun, pernah aku ingatkan kepada member aku tersebut, "Tak payahlah nak kenen kenen aku lagi. Aku taknak jadi macm cik perigi tuh. Cukuplah ayat beliao yang memalukan aku walau hanya kamu saja yang diberitahunya," Jadi, usaha murni kawan aku itu mungkin juga tidak disenangi oleh tuan punya badan yang dikenenkan tuh. Kamu pun satu encik, suka suka hati kamu saja.

Walau apa pun, aku nak tegaskan di sini, aku amat amat rasa bersalah dan memohon ampun dan maaf daripada yang terlibat. Harap dapat menerima permohonan maaf daripada aku kerana jika kamu tak memaafkan aku, bagaimana aku hendak mencari kamu di akhirat kelak?


Terima kasih jika sudi memaafkan dan hapuskanlah air mata kamu itu. Tapi, harap kamu jangan terus menangis jika tidak mahu memaafkan kerana aku tak boleh tengok orang perempuan menangis.. harap mengerti...

Terima kasih juga kepada encik yang sudi berusaha nak tengok aku bahagia dan kawen dulu kerana kalau aku kawen dulu, aku kena bagi encik RM500..tak begitu?

pengkaki: arrrggghhh...ingatkan dah selesai kes dulu dan takkan ada yang menangis lagi. Rupanya ada jugak!!! aaarrrrggghhhh....Maliha, kembalilah!!!!



Kaklong..kakngah..kakchik dan kak kak yang laen

Hoh, aku agak tersentak/gamam sikit setelah mendapat panggilan daripada seseorang. Heh, buat sekian kalinya, aku telah membuat seseorang menangis. Huh, bukan melalui kata kata, sebaliknya hanya melalui penulisan.

Apa kejadahnya yang tak kena pada diri aku? Apa silapnya penulisan aku. Yang sekor tuh pon tak pandai kalis.

Untuk pengetahuan semua, ganti nama diri bagi seseorang awek yang aku tak kenal/taknak kenal/sedang aku usha, semuanya aku bahasakan sebagai kaklong. Bukanlah maksudnya aku tahu kamu itu anak sulung atau anak tunggal. Kalau kamu biasa melepak dengan aku, aku akan memanggil awek2 cun yang melintas di hadapan aku dengan membahasakan kaklong yer. Lebih elok/manis/sopan walaupun sebaliknya kerana menganggu-gugat emosi mereka.

Contohnya, "Hai, kaklong. Helmet mana? Kang kena saman dgn pak guard," .. "Kaklong, internet kat bilik ok tak?" .. "Jalan kaki je kaklong?"

itulah antaranya contoh ganti nama diri yang sering aku gunakan pada awek2 yang melintas depan mata aku. Harap kamu kamu tak terasa ye. Bukanlah kamu seorang kaklong yang aku panggil begitu. Ramai lagi kaklong2 yang aku sapa/kacao di tengah/tepi/atas jalan.


Mintak maap sekali lagi ye andai penulisan saya itu mengguris hingga menitiskan air mata kaklong. Begitu juga dengan kaklong kaklong yang lain. Kalau tak suka dipanggil kaklong, aku boleh gunakan nama sebenar. Nak?

Itulah pentingnya kefahaman dalam membaca penulisan di alam maya seperti blog ini. Kalau tak faham, kita jugak yang dipersalahkan. Heemmm...

Satu lagi yang merunsingkan aku, kenapa kaklong tersebut sampai menangis? Ada ke orang yang kenal dengan kaklong? Mungkin ayat perbualan aku itu sungguh menusuk bak selumbar dalam daging...ye tak?

Mahap sekali lagi ye.


pengkaki: ish...lepas nih kena guna ganti nama diri lain pulak..kaksu ok tak? harap jangan menyesal mengenali diri aku. Inilah aku yang jahat dan penuh kemisterian...



Edisi artikel ke-100: Release my tense

Yeah, aku nak berkongsi satu game anak anak kecilan kepada kamu kamu. Bersempena dgn artikel ke-100 terbitan untuk tahun ini, aku menghadiahkan game ini - aku ingat boleh release tense dgn game nih, rupanya lagi tension!!!

LEVEL 1 - hoh, berejam aku nak setelkan level 1 nih

hahah.. akhirnya aku berjaya setelkan LEVEL 3

DOWNLOAD GAME BANGANG TERSEBUT!

pengkaki: aku still rasa bersalah pada member baik aku dan cik yang terlibat. Maap ye...


Rabu, April 08, 2009

MAAF ANDAI TERGURIS!

Ciss...akibat keterlanjuran jari jemari + kepala hotak + keegoan + kelancangan diri aku, aku telah memporak perandakan serta menegangkan satu hubungan di antara sahabat baik aku dengan SESEORANG!

Ciss...aku sungguh jahat+kejam! Tak sangka! Aku sekejam tersebut.

Kepada encik sahabat baik, aku mintak mahap ye andai entry aku tersebut menyusahkan kamu. Aku tak anggap artikel itu bakal mengguris mana mana pihak. Maapkan keterlanjuran saya. Saya sangat menyesali keterlanjuran saya itu yang mengguris hati kamu serta pihak2 yang terlibat..

Kepada cik puan yang terlibat, saya juga memohon maap andai kamu terguris hati atas kemasukan artikel tersebut. Tak sangka kamu bakal menjengah ke blog aku yang tak seberapa ini. Harap maap daripada kamu - kalau suruh aku mintak maap depan2, mintak maap gak la pasal aku tak berani berdepan yer. Saya menyesal atas apa yang berlaku.

Harap maap. Terima kasih.



pengkaki: gua memang jahat. gua suka sakitkan hati orang. cuba tanya berapa ramai je yang kat keliling gua yang tak sakit hati dek kerana gua?? sila lah tanya...tengs


Hafiz

Gua letih hari ini...

Memandangkan hari ini adalah cuti umum bagi negeri Johor dan taklukan wilayahnya, maka aku pun cuti la kan.

Dek kerana bercuti hari ini, keletihan mula menguasai diri aku. Bermula dengan keletihan berpeluh peluh malam tadi akibat aktiviti berbadminton, badan aku terus dikuasai oleh keletihan kerana melayan parents aku berbelanja/jalan jalan.

Hoh, sangat penat. Tapi takpa la, parents punya pasal. Apa ada hal. Dulu kecik kecik diorang selalu bawak jalan jalan, takkan dah tua bangka mcm skrg nih tak boleh bawak mereka berjalan jalan. Ye tak?

Dek kerana itu juga lah terpacul ungkapan daripada mak kesayangan aku, "Macamana nak cari jodoh macam nih? Mak asik dok kat sebelah je dalam kereta..heh (sambil tersenyum sinis)" nak buat macamana mak, pasrah je la. Kalao ada jodoh, ada la. Apa kata mak tolong ushakan anak pakcik Lias dgn makcik Noi. Heh, anak dara dia pon ok gak. Heh... - kemiangan aku terserlah di sini.

Apa apa la. Badan gua terasa letih banget nih. Gua nak lelap mata kejap. Chow..


pengkaki: balek jalan jalan, boleh pulak melalak 14 buah lagu kt rumah...aaaarrrrggghhhh...suara gua memang tak merdu!!!


Hafiz

Kisah di suatu hari 2

AkuSiMisteri: hoh
anak-sudiman: hohohoh
anak-sudiman: hijau nmpk
AkuSiMisteri: heh
AkuSiMisteri: hijao dan berketaq
anak-sudiman: owg pas ek
anak-sudiman: hahaha
AkuSiMisteri: heh
AkuSiMisteri: biasa la
AkuSiMisteri: dacing da kalah
anak-sudiman: hahahha
anak-sudiman: bese ler
anak-sudiman: aku xgi berkempen
anak-sudiman: huhuhu
AkuSiMisteri: tak dapat bonos la taon nih
AkuSiMisteri: asik kalah je
anak-sudiman: hahahah
anak-sudiman: tu ler psl
anak-sudiman: hahaha
AkuSiMisteri: heh
AkuSiMisteri: update la lagi post
AkuSiMisteri: senang gua nak mencaci
anak-sudiman: hahahah
anak-sudiman: hahhaah
anak-sudiman: internet bengong
anak-sudiman: hahahah
AkuSiMisteri: hoh..
AkuSiMisteri: biasa la
anak-sudiman: hahahaha
AkuSiMisteri: lu apasal gelak je
AkuSiMisteri: bengong ke hapa?
anak-sudiman: hahahaha
anak-sudiman: suka ma
AkuSiMisteri: ye la...
AkuSiMisteri: senang ati
anak-sudiman: hahaha
anak-sudiman: aku dah awek kat pagoh
anak-sudiman: hahahha
AkuSiMisteri: cepat betol engko
AkuSiMisteri: patah tumbuh...
AkuSiMisteri: hilang cepat je cari ganti
anak-sudiman: hahahah
anak-sudiman: bese
anak-sudiman: kata player
AkuSiMisteri: ye la...
AkuSiMisteri: ko sangat hebat..
AkuSiMisteri: aku sangat hancurr...
anak-sudiman: hahahaha
anak-sudiman: amek ler kaklong (bukan nama sebenar)
anak-sudiman: aku dah ada awek kat cn
AkuSiMisteri: bro..
AkuSiMisteri: gua tanya sket la...
AkuSiMisteri: lu apsal beria benar nak gua tekel kaklong (bukan nama sebenar)?
anak-sudiman: napa
anak-sudiman: kaklong (bukan nama sebenar) xok k kat mata lu
AkuSiMisteri: takda la..
AkuSiMisteri: kaklong (bukan nama sebenar) ok
AkuSiMisteri: tp gua rasa mcm lu nak tgk apa reaction gua terhadap awek je
anak-sudiman: ai lain mcm j byi
AkuSiMisteri: bukan gua tak bersyukur lu tolong gua
AkuSiMisteri: tp...
AkuSiMisteri: gua rasa lain la...
anak-sudiman: pelan2 ar
AkuSiMisteri: ewah...
AkuSiMisteri: sekarang lu cakap pelan2
AkuSiMisteri: tp lu bg masa sebulan stgh
AkuSiMisteri: bengong ke hapa
anak-sudiman: lama tu
anak-sudiman: huhu
AkuSiMisteri: heh
AkuSiMisteri: rilek suda
AkuSiMisteri: tp pada mata aku
AkuSiMisteri: lu lebih baek la..
AkuSiMisteri: lu je tekel kaklong (bukan nama sebenar)
AkuSiMisteri: untuk diri lu je
AkuSiMisteri: bukn utk orang laen
anak-sudiman: xnak2
anak-sudiman: aku dah ada kat pagoh ni
AkuSiMisteri: buto!
AkuSiMisteri: poyo la lu
anak-sudiman: iyer
anak-sudiman: ko jaga kaklong (bukan nama sebenar) elok2 ek
anak-sudiman: dia ngah on ym ni
AkuSiMisteri: heh
AkuSiMisteri: aku tak add dia pon
AkuSiMisteri: kem salam je la...
anak-sudiman: alahai
anak-sudiman: lemahnya syawat aku ngan ko ni
AkuSiMisteri: hoh...
AkuSiMisteri: gua tak pandai la beb
AkuSiMisteri: benda2 mcm nih
AkuSiMisteri: kalao ko baca artikel aku pasal "Kisah di suatu hari"
AkuSiMisteri: hah...
AkuSiMisteri: itu la cara aku dgn dia tuh skrg nih
AkuSiMisteri: dulu takda nya mcm nih
AkuSiMisteri: lagi malu2
anak-sudiman: xpe
anak-sudiman: ko try wat kaklong (bukan nama sebenar) mcm ngan farhana
anak-sudiman: tapi bahasa saya n awak ler
AkuSiMisteri: heh
AkuSiMisteri: farhana
AkuSiMisteri: alamak
AkuSiMisteri: sebot pasal farhana br aku teringat
AkuSiMisteri: semalam dia mtk no phone muaz
AkuSiMisteri: aku lupa le
AkuSiMisteri: kejap2
AkuSiMisteri: nk reply msj dia
anak-sudiman: aku dah ckp ngan kaklong (bukan nama sebenar)
anak-sudiman: dia kat nak maen boling
anak-sudiman: boleh aje
AkuSiMisteri: ye la
AkuSiMisteri: time ko ada boleh je
AkuSiMisteri: bapak ar...segan siot nak keluar berdua je
anak-sudiman: dia kim salam syg
anak-sudiman: heheheeh
AkuSiMisteri: bai..
AkuSiMisteri: jgn tambah2...
AkuSiMisteri: tak baek...


Gambar hiasan - tiada kaitan dengan yang telah meninggal dunia



pengkaki: hoh, susah jadi diri gua ini..


Hafiz

Jalan ditebas, tapi....

"Jalan dah ditebas, tinggal nak cantikkan je jalan tuh.."itulah ungkapan seseorang pada aku. Kepada yang paham maksudnya, kira paham la. Yang tak paham harap paham paham sendiri. [link]

Memang betul jalan tuh dah ditebas, tapi masih ada sisa sisa akar kayu yang melintang di tengah jalan. Alang alang nak menebas, biar tebas semua. Jangan sekerat jalan. Keje kasi abes la. Heh, apa apa pun, usaha menebas jalan tersebut diucapkan ribuan terima kasih.

Walaubagaimanapun, aku masih belum nampak sinar harapan untuk aku mencantikkan jalan tersebut. Bukan apa, takut takut jalan tuh banyak sangat akar akar kayu yang melintang. Penat jugak nak bersihkan. Takut takut gak nanti menebas akar akar kayu tuh, last last sangkut kat kaki sendiri. Tak ke tersembam jatuh?

Bila dah tertonggeng tuh, malu lah muka. Hoh, jadi, kita tunggu dan lihat saja andai aku nih akan datang kerajinan atau keberanian untuk mencatikkan jalan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada yang telah berusaha menebas.

Sekadar hiasan.


pengkaki: alang alang seluk pekasam, biar sampai pangkal lengan. Apa kata kamu habiskan saja menebas untuk diri kamu sendiri. Jalan tersebut pun nampaknya sangat sesuai untuk kamu sendiri laluinya.



Hafiz

Selasa, April 07, 2009

Kisah di suatu hari

cik NAA: sibuk ke
AkuSiMisteri: tak...tgh standby
cik NAA: standby?
cik NAA: untuk apa?
AkuSiMisteri: tgh keje...tp bukan official...
AkuSiMisteri: standby je
cik NAA: ok
cik NAA: apa khabar?
AkuSiMisteri: sehat
AkuSiMisteri: kamu?
cik NAA: sihat
cik NAA: macam biasa
AkuSiMisteri: sama la
cik NAA: tapi nk cuba perbaiki lagi diri ni
AkuSiMisteri: maksudnya?
cik NAA: menjadi seorang muslimah sejati
AkuSiMisteri: alhamdulillah
AkuSiMisteri: bagusla
cik NAA: thankz
cik NAA: so u plak
AkuSiMisteri: biasa je
AkuSiMisteri: hidup mcm biasa
AkuSiMisteri: happy n lucky...
AkuSiMisteri: maybe, yes or no!
AkuSiMisteri: heh
cik NAA: knp plak ada yes or no
AkuSiMisteri: ye la
AkuSiMisteri: mungkin happy n lucky
AkuSiMisteri: ya, happy n lucky
AkuSiMisteri: atau
AkuSiMisteri: no, i'm not happy n not lucky
AkuSiMisteri:
cik NAA: maybe i can make u hppy?
AkuSiMisteri: maybe, yes or no
AkuSiMisteri: what u think?
cik NAA: tak pk apa2
cik NAA: tapi entah lah kenapa diri i ni rasa betul2 nak mengenali diri u lebih dalam
AkuSiMisteri: dulu tak cukup kenal ke?
cik NAA: tapi ini tak mungkin terjadi
cik NAA: dulu i kenal u baru 1%
AkuSiMisteri: oh ye ke
AkuSiMisteri: ingat dah kenal banyak
cik NAA: tak lah
cik NAA: terlalu sikit
AkuSiMisteri: so...apa yg sedikit tentang i kamu dah tahu?
AkuSiMisteri: takda jawapan?
cik NAA: ehmmm u still lagi tunggu bulan jatuh keriba,,, ehmmm u merokok..nampk perwatakan serius tapi tak mungkin saya yang kamu ni seorang romantik n happy n lucky wawawawawa... romantik ke heheheheh. u seorang perahsia...tak terlalu menunjukkan diri kamu.adakala u ok n adakala u tak ok... u setia pada seorang. walaupun org tu tak akan hadir dihadapan kamu.
cik NAA: kalau salah jangkaan saya harap maaf
AkuSiMisteri: buleh i hurai satu2?
cik NAA: ok
AkuSiMisteri: ehmmm u still lagi tunggu bulan jatuh keriba <-- rasanya siapa si bulan itu?
cik NAA:
hahahaha
cik NAA: maybe maliha
cik NAA: or first love
cik NAA: right?
AkuSiMisteri: mungkin juga
AkuSiMisteri: mungkin ya..mungkin tidak atau mungkin u salah sama sekali
cik NAA: or org kelantan budak kelas u
cik NAA: dulu
AkuSiMisteri: ehmmm u merokok <-- i memang seorang perokok...mungkin akan ada seseorang yang akan membantu i stop smoking
cik NAA:
ok
AkuSiMisteri: mungkin ya...mungkin tidak atau takkan sama sekali
cik NAA: i hope have a someone help u
AkuSiMisteri: nampk perwatakan serius tapi tak mungkin saya yang kamu ni seorang romantik n happy n lucky wawawawawa <-- i memang serius kalao kena tempatnya...tak mungkin menjadi sangat romantik tetapi seorang yang mungkin happy..tak boleh nak kata lucky... AkuSiMisteri: tak terlalu menunjukkan diri kamu <-- apa yg tidak terlalu menunjukkan diri? i seorang yang sangat ego...sangat panas baran...
AkuSiMisteri:
everyone around me realise that
AkuSiMisteri:
why not u?
AkuSiMisteri: adakala u ok n adakala u tak ok <-- i memang macam nih..everyone pon mcm nih...ada mood kan?
AkuSiMisteri:
u setia pada seorang. walaupun org tu tak akan hadir dihadapan kamu. <-- i mmg setia pada sesorang tp takkan terlalu tunduk padanya... i setia bergantung pada keadaan
cik NAA:
yes u panas baran n ego tapi tak mungkin seseorang boleh melembutkan hati u n hilang kan ego u '
cik NAA: ok
AkuSiMisteri: betol
AkuSiMisteri: TAKKAN ada yg boleh
cik NAA: u mean?
cik NAA: tak kan ada yang boleh
AkuSiMisteri: mungkin ya takkan ada yang boleh melembutkan ego i
AkuSiMisteri: mungkin tidak
AkuSiMisteri: atau mungkin juga akan ada seseorang
cik NAA: sorry i nak cakap tadi ada seseorng yang bboleh melembutkan hati u nak hilangkan ego u
AkuSiMisteri: heh
AkuSiMisteri: i dah bg jawapan
cik NAA: ok thank
cik NAA: so i tak kenal u sangt
cik NAA: apa yang i tau itu jerk
AkuSiMisteri: oh...
AkuSiMisteri: itu dah cukup lah
AkuSiMisteri: rasanya u observe me over than 100%
cik NAA: maybe from now u must have somebody
AkuSiMisteri: maybe
AkuSiMisteri: yes
AkuSiMisteri: or
AkuSiMisteri: no
cik NAA: saya tau yang kamu sekarang tumpukan pada kerjaya
cik NAA:but i want remember u, now somebody wait for u.
AkuSiMisteri: somebody?
cik NAA: yes
AkuSiMisteri: maksudnya?
cik NAA: u think who?
AkuSiMisteri: how do i know?
cik NAA: u cari lah sendiri n tanya pada diri u
AkuSiMisteri: mcmana?
AkuSiMisteri: biarlah seseorang itu datang sendiri
cik NAA: entah
cik NAA: u mean datng sendiri
cik NAA: datang sendiri dalam hati u or orag tu datang pada u
AkuSiMisteri: entah
AkuSiMisteri: i pun tak tao nak mcmana
AkuSiMisteri: datang sendiri pon ok
AkuSiMisteri: datang dalam hati pon ok
AkuSiMisteri: tgklah mcmana
cik NAA: ok
cik NAA: u dah makan lom?
cik NAA: hah u nak tau pasal apa kita clash?
AkuSiMisteri: hah...pasal apa?
cik NAA: dulu kan kita guna mama n papa. so don't like right?
cik NAA: wawawawa
cik NAA: so funny!
AkuSiMisteri: heh
AkuSiMisteri: what u think?
cik NAA: u mean ?
AkuSiMisteri: apa u rasa?
AkuSiMisteri: betul ke?
cik NAA: entah
cik NAA: rasanya betul kot
cik NAA: sebab ada org len yang bagitau pasal ni
cik NAA: saya rasa betul kot
AkuSiMisteri: org lain?
AkuSiMisteri: siapa org ke-3 tu?
cik NAA: hahaha
cik NAA: secret
AkuSiMisteri: then
AkuSiMisteri: how that 3rd person know..
AkuSiMisteri: and u think it;s true?
cik NAA: yang terlalu rapat ngan u lah
cik NAA: u pk lah sendiri
AkuSiMisteri: taknak pk2...
AkuSiMisteri: kalao nak sebut nama dia..u are please tu
AkuSiMisteri: *to
AkuSiMisteri: kalao taknak..takpe
cik NAA: sh****
cik NAA: n aizat
AkuSiMisteri: aizat?
AkuSiMisteri: aizat mana?
cik NAA: kawan u lah
cik NAA: mister
AkuSiMisteri:i tak kenal mana2 aizat
cik NAA: u ingat lagi tak?
AkuSiMisteri: tak
AkuSiMisteri: i mmg takda kawan nama mcm tu
cik NAA: ye ke
cik NAA: oklah
cik NAA: i pun tak kenal sangt
cik NAA: rasa nya i kenal nama dia dengan nama mister jerk
AkuSiMisteri: mister pon i tak kenal
cik NAA: ok
cik NAA: tak kenal tak pe lah
cik NAA: maybe u kepala u terhantuk kot
AkuSiMisteri: hoh
AkuSiMisteri: mungkin juga
cik NAA: tu yang nama member u sorang tu boleh shot
cik NAA: hehheheheh
AkuSiMisteri: let me tell u something
AkuSiMisteri: i dulu ada gak kot kawan nama mcm tuh
cik NAA: ok
cik NAA: so
AkuSiMisteri: tp dah lama kita putus hubungan dan mungkin takkan
AkuSiMisteri: bersambung lagi
AkuSiMisteri: atas sebab2 tak dapat dielakkan
cik NAA: ok i know all about u n mister
AkuSiMisteri: heh
AkuSiMisteri: u nih dah mcm reporter
AkuSiMisteri: everything u know
cik NAA: mister bagitau i segala nya
cik NAA: yes
AkuSiMisteri: tp cakap baru kenal 1%
cik NAA: heheheh
cik NAA: ok +lagi 1 %
cik NAA: hehehe boleh tak
AkuSiMisteri: sukati u la
cik NAA: hehehe suka nya
AkuSiMisteri: tp pada i u like know everything bout me
cik NAA: u tak suka ?
cik NAA: tapi bukan i nak tau sangt
cik NAA: dah benda diceritakan pada i
cik NAA: so i seorang yang pendengar setia
cik NAA: heheheheh
AkuSiMisteri: erm..
cik NAA: u tak suka ?
AkuSiMisteri: what ever he said
AkuSiMisteri: i just don't trust him anymore
AkuSiMisteri: never...since what he did to me
cik NAA: i mintak maaf kalau terlanjuran i untuk mengenali mu
AkuSiMisteri: tak kesah
AkuSiMisteri: semua orang boleh menilai i
AkuSiMisteri: terpulang pada individu
cik NAA: ok
AkuSiMisteri: dan terpulang juga pada u
AkuSiMisteri: nak berkawan dgn siapa pum
cik NAA: i tak sebelah mana2 pihak
AkuSiMisteri: *pun
cik NAA: ok that right
cik NAA: i still nak berkawan ngan saper yang boleh anggap i kawan
AkuSiMisteri: yup
cik NAA: u nak kawan ngan i ?
cik NAA: hehehehe
AkuSiMisteri: i mmg kawan u
AkuSiMisteri: cuma ada sedikit masa dulu i dont feel
AkuSiMisteri: wanna be ur friend
AkuSiMisteri: sorry to say that
AkuSiMisteri: but itu dulu
cik NAA: so now
cik NAA: berape peratus u kawan ngan i berbanding dulu
AkuSiMisteri: 100% la
AkuSiMisteri: sama mcm kawan2 lain
cik NAA: ok
cik NAA: knp dulu u anggap i kawan u
cik NAA: dulu u tak nak anggap i kawan u
AkuSiMisteri: entah la babe
AkuSiMisteri: pernah satu ketika dulu
AkuSiMisteri: kepala hotak i dilanda konflik
AkuSiMisteri: termasuk dgn rakan2 serumah i dulu
cik NAA: dengan mister?
AkuSiMisteri: dia tuh
AkuSiMisteri: sorry to say here
AkuSiMisteri: bukan dgn i je
AkuSiMisteri: almost satu kelas dia buat hal
cik NAA: really?
cik NAA: i tak pk macam tu
cik NAA: i penah jumpa dia sekali jerk
cik NAA: sbab masa tu i interview terserempak tempat interview yang sama
AkuSiMisteri: oh...really
AkuSiMisteri: what ever la babe
cik NAA: n then i diterima bekrja
cik NAA: n dia tak ada rezeki lagi
cik NAA: dia yang tegur i dulu
cik NAA: i kenal pun dia
cik NAA: kan kita masa tu contect kat fs
cik NAA: so dari situ dia citer kat i
cik NAA: knp u senyap ?
cik NAA: ok i tau u tak suka citer pasal dia
cik NAA: k kita stop citer pasal dia n open new story
AkuSiMisteri: kejap..
cik NAA: ok
AkuSiMisteri: ada call masok
AkuSiMisteri: ok
cik NAA: dah ke
AkuSiMisteri: dah
AkuSiMisteri: ada awek call td
AkuSiMisteri:
cik NAA: ye ke
cik NAA: best nya
cik NAA: saya tak ada saper pun balak nak call
cik NAA: heheheh
AkuSiMisteri: oh...
AkuSiMisteri: takpa..kena bersabar
cik NAA: ye lah tak cantik kan
cik NAA: mana ada org nak
AkuSiMisteri: sama la
cik NAA: lagi2 terhegeh2 kat org
AkuSiMisteri: u kena bc artikel i pasal perigi cari timba
AkuSiMisteri: pd i tak salah perigi cari timba
cik NAA: knp?
AkuSiMisteri: ye la
cik NAA: malu lah
AkuSiMisteri: u dianggap perigi
AkuSiMisteri: lelaki dianggap timba
cik NAA: perigi cari timba
cik NAA: tak ada sape pun nak kat i
AkuSiMisteri: hoho
AkuSiMisteri: dah ada blog sekrang
AkuSiMisteri:
cik NAA: baru nak mn ceburkan diri
cik NAA: baru buat tadi
cik NAA: tak sempat nak buat cantik2 lagi
AkuSiMisteri: heh
AkuSiMisteri:: takpa...pelan2
AkuSiMisteri: i pon mcm tuh gak dl
AkuSiMisteri: taktao apa pon
cik NAA: sekarng u lebih advance ngan blog so u boleh ajar i
AkuSiMisteri: takdala..
AkuSiMisteri: simple je
AkuSiMisteri: i taktao sangat pon
cik NAA: so macamana ngan blog first i tadi
AkuSiMisteri: ok la
cik NAA: apa yang ok
AkuSiMisteri: cuma terlalu banyak gambar
cik NAA: ohhh tak payah banyak sangt ke gambar
AkuSiMisteri: pada i
cik NAA: ok
AkuSiMisteri: maksud i
AkuSiMisteri: artikel u
cik NAA: i akan perbaiki lagi
AkuSiMisteri: kalao nak buat artikel
cik NAA: artikel i ?
AkuSiMisteri: yg penting2 je
AkuSiMisteri: pada i la..
cik NAA: ohhh
cik NAA: maksud u penting?
AkuSiMisteri: nk kena tao gak konsep blog u
cik NAA: konsep?
cik NAA: tak faham lah
AkuSiMisteri: ye la
AkuSiMisteri: u nak tulis dalam blog pasal apa?
AkuSiMisteri: tentang diri u ke
AkuSiMisteri: tentang kejaya u ke
cik NAA: apa2 tentang diri i
AkuSiMisteri:nih pendapat i je
cik NAA: ok nanti i perbaiki
cik NAA: u dah makan lom?
AkuSiMisteri: blom
cik NAA: or diet?
cik NAA: hehehhe
AkuSiMisteri: takda teman nak makan
AkuSiMisteri: kejap lg i nak kuar pegi SPACE
AkuSiMisteri: ada keje sket kt sana
cik NAA: ohhh ajak lah awek praktikal u
cik NAA: kul bape u nak kuar?'
AkuSiMisteri: i kena ada kt sana pkl2
AkuSiMisteri: so, dlm pkl 1.45 i gerak la
cik NAA: ohhh i still nak teruskan ym sampai 1.45 or nak stop sekarang
cik NAA: bukan i tapi u
cik NAA: hehehhe
cik NAA: salah taip
AkuSiMisteri: i nak solat jap
cik NAA: okkk
cik NAA: u can go now
cik NAA: sorry kalau ganggu masa u


pengkaki: perbualan di atas tiada kaitan dengan yang telah meninggal dunia. Terima kasih.


Hafiz

Isnin, April 06, 2009

Mereka dah melampau!!!

Aku kalau boleh taknak lah bercerita hal politik dalam blog aku nih. Tapi, batasan aku sebagai orang Islam (kamu kamu juga) dicabar oleh si kafir laknatullah!

Kalau kamu kamu ada menonton siaran Buletin Utama pada 05 April, laporan tentang seorang ahli politik sebuah parti bukan bumiputera membaca ayat al-Quran seolah-olah menunjukkan penghinaan terhadap kita umat Islam.

Celaka betul! Kau siapa hah mangkok? Ko penganut Islam ke? Apa yang ko baca tuh ko tau ke maksudnya? Betul ke lafaz engkau tuh! S*@l betol!

Yang buat aku rasa marah, pada ceramah si setan gondol tuh, ada juga orang melayu dan kalau tak silap aku mereka mereka dari parti Islam Malaysia. Apa dah jadi? Kamu tengok dan dengar sahaja ke si setan badigol tu membaca ayat suci agama kita? Ayat suci kalam ALLAH, Tuhan Maha Esa kita? Kamu diamkan sahaja? Kamu biarkan sahaja? Apa dah jadi? Kalau ye politik ini penting buat kamu, tapi jangan lupa agama kamu! Jangan biarkan si lanatullah itu mempersendakan agama kita yang agung ini.

Aku harap kamu wahai si setan, lebih baik memohon maaf kepada kami umat Islam di Malaysia khususnya dan amnya terhadap seluruh umat Islam di dunia. Berani sungguh kau mempersendakan ayat-ayat kitab kami. Sebut pun tak betul!



sedikit sedutan yang aku peroleh dari YouTube.com tentang ucapan si setan badigol tuh

pengkaki: aku bukanlah berpihak kepada mana mana parti, tapi sekali agama aku dipermainkan, berjuta kali aku sanggup nak penggal kepala si setan gondol tuh. ALLAH hu AKBAR! ALLAH hu AKBAR! ALLAH hu AKBAR!


Hafiz

Wrestlemania 25

Hari ini berlangsungnya acara Wrestlemania ke 25 di Houstan, Texas. Dan acara tersebut ditamatkan dengan kegemilangan para penggusti tersohor dunia yang memenangi acara masing-masing.

Antara acara yang paling aku nantikan pada hari ini ialah pertembungan antara Undertaker vs HBK Shawn Michael, Triple Threat Match: Edge vs Big Show vs John Cena dan main event, pertembungan dendam antara Randy Orton vs Triple H.

Pertembungan yang paling sengit ialah antara Undertaker vs HBK Shawn Michael. Undertaker turun ke gelanggang dengan rekod 16-0 iaitu 16 perlawanan tanpa kalah di Wrestlemania. Manakala Shawn Michael beraksi sebagai pencabar rekod tanpa kalah Undertaker. Menurut rekod, pertembungan antara Undertaker dengan Shawn Michael, rekod kemenangan berpihak kepada Shawn Michael kerana Undertaker belum pernah mengalahkan Shawn Michael dalam perlawanan satu lawan satu.
Tetapi, pertarungan yang sengit pada hari ini lebih berpihak kepada Undertaker walaupun pergelutan agak seimbang. Undertaker mengekalkan rekodnya 17-0 iaitu 17 perlawanan di Wrestlemania tanpa kalah dengan mengalahkan Shawn Michael. Sepanjang perlawanan, Undertaker menggunakan pemusnah popularnya seperti The Last Drive, Chokeslam dan Tombstone untuk menumbangkan Shawn Michael.



Pertarungan tiga penjuru antara Edge, Big Show dan John Cena dalam perebutan kejuaraan dunia memihak kepada The Champ, John Cena yang berjaya merampas kembali kejuaraannya daripada tangan Edge. John Cena kelihatan amat bersemangat dan bertenaga dalam persembahannya pada hari ini dengan usahanya mengangkat Big Show dan Edge di atas bahunya untuk melakukan penyudah F-U.


Dendam terbayar. Begitulah berakhirnya perlawanan antara Randy Orton dan juara WWE, Triple H. Triple H mengalahkan Randy Orton dengan penyudah popularnya, Pedigree. Walaupun Randy kadang kala berlawan dengan tipu muslihat, Triple H membuktikan bahawa dia lebih kuat. Randy Orton lembik dibelasah Triple H yang ingin membalas dendam atas perbuatan Randy pada keluarganya beberapa minggu lalu. Triple H mengekalkan keunggulannya dalam pertarungan tersebut dengan mengekalkan kejuaraan miliknya.



Kesimpulannya, pertarungan Wrestlemania ke 25 ini sangat menarik dengan pertembungan tiga acara utama tersebut.


Perlawanan lain
Money in the Bank Ladder Match - winner became #1 contender for any WWE Championship:
CM Punk mn Kofi Kingston, Kane, MVP, Shelton Benjamin, Mark Henry, Christian, Finlay

Extreme Rules Match:
Matt Hardy mn Jeff Hardy

Intercontinental Championship:
Rey Mysterio mn JBL (JBL Quit)

Handicap Match:
Chris Jericho mn 'Rowdy' Roddy Piper, Jimmy Snuka, Ricky 'The Dragon' Steambot


pengkaki: hahaha...tak sia sia cuti arini


Hafiz

Berkenalan?

Heh, tak sangka. Walaupun penulisan aku di sini sungguh teruk (kerana sering mencaci, mengkeji, mengkritik, memaki dsb tentang yang buruk buruk belaka), masih ada juga yang nak berkenalan dengan aku ini.

Hoh, terima kasih atas sokongan anda.

Walau apa jua persepsi kamu, biar aku berterus terang tentang diri aku ini yang sebenar. Aku hanyalah seorang penulis yang jahil merangkap seorang kuli yang pemalas tetapi tetap berdegil untuk menyembunyikan diri sendiri sehingga menjadi sungguh misteri di mata aku sendiri. - ayat tersembunyi, kalau kamu bijak silalah cari alternatif untuk membacanya. Heh.

Kerakusan hidup aku menjadi inspirasi penulisan blog aku ini. Aku tetap kekal misteri - walau hakikatnya, aku tidaklah semisteri mana...Hidup menjadi semakin mudah dengan menjadi diri sendiri. Jadi nasihat aku kepada kamu yang nak berkenalan dengan aku, aku hanyalah insan yang sangat rakus menjalani kehidupan seharian.

Terima kasih.

Antara karya aku yang menggambarkan diri aku yang sungguh misteri ini - sebuah karya projek akhir pengajian


pengkaki: AkuSiMisteri hanyalah sebuah ilusi yang dihalusi oleh sedikit naluri


Hafiz

Mari jadi blogger

Hoh, seorang lagi member aku berjaya dijerat untuk menjadi seorang blogger. Heh, akhirnya kamu terjebak juga ye encik.

Blog pertama beliau adalah sangat menusuk kalbu. Heh, agak terkena pada batang hidung sendiri nih. Terima kasih lah encik kerana sudi mengupdate your 1st posting tuh. Hebat, walaupun hakikatnya kamu mencilok orang punya ye.

Tapi takpa, itulah antara tujuan blog. Mengenengahkan apa yang kita rasa perlu bukan untuk diri sendiri saja tapi untuk orang lain juga.

Kepada kamu kamu yang nak menziarahi laman blog encik tersebut, sila klik di sini atau kamu taip je sendiri http://anak-sudiman.blogspot.com (beliau bukanlah anak kepada biduan Sudirman ye, harap perbetulkan persepsi pertama kamu itu).


pengkaki: mari jebak ramai ramai lagi untuk jadi blogger


Hafiz

Ahad, April 05, 2009

Wajah Baru Tapi Serupa

Akhirnya!

Yeah, akhirnya aku selesai memodifikasi atau lebih tepat, mengubah banner bagi blog ini. Hoh, penat aku memerah keringat otak aku yang sedia ada membeku. Akhirnya, banner di atas adalah hasilnya.

Konsep:
Kalau kamu kamu perasan, aku telah mengubah tagline blog ini daripada 'Hitam Putih Kehidupan.. - WARNA KEHIDUPAN' kepada 'Kecelaruan Jiwa Yang Kacau Bilau - ..jiwa yang tenang jadi kacau hingga bilau..' Konsep blog ini masih sama iaitu suara hati dan kehidupan aku secara peribadi. Cuma tagline nya sahaja yang berbeza.

Maskot:
Dalam pembaharuan ini juga, aku ingin memperkenalkan maskot blog aku ini sebagaimana kamu kamu dapat lihat di penjuru kanan-bawah laman blog ini. Siapa maskot ini? Aku pon tak tahu. Mungkin juga sedikit karikatur lakaran wajah aku yang sememangnya tak hensem tetapi penuh dengan kemisterian.
Kalau kamu kamu masih perasan, sebelum ini, aku menggunakan maskot lain iaitu lakaran si kacak menunjukkan 'peace'. Lakaran tersebut adalah lakaran lukisan aku sekitar 2 tahun lalu semasa menyiapkan projek akhir. Sekadar satu percubaan meletakkan si kacak dalam blog ini dan digantikan dengan maskot yang lain yang baru sahaja aku selesai melukisnya sekitar jam 2 petang tadi.

So, selamat datang ke laman blog HAFIZNOR.BLOGSPOT.COM yang berwajah baru dengan tagline Kecelaruan Jiwa yang Kacau Bilau.

Terima kasih atas sokongan anda!



pengkaki: berejam jugaklah aku mengadap PC nak setelkan benda nih. Akhirnya SIAP!


Hafiz

Saya seorang yang gayat~

Semalam, mencatat sejarah tersendiri buat diri aku kerana aku memaksa diri aku untuk diangkat tinggi tinggi. Apa maksud aku? Yeah, semalam aku telah diarahkan untuk menaiki sebuah kren untuk melihat pemandangan sauna (cewah...) di SPACE. Tujuan sebenarnya adalah untuk melihat samada persekitaran di UTM dan Desa Bakti dapat dilihat atau tidak dari SPACE.

Maka, aku terpaksa juga menaiki kren tersebut yang bergerak setinggi tinggi yang boleh. Oh dunia. Hanya tuhan saja tahu perasaan kegayatan aku di ketika itu. Nak taknak pun kena buat, dah arahan kan..

Terima kasih diucapkan kepada brader kren yang sudi memandu kren tersebut dengan sangat berhati hati. SAFETY FIRST la katakan.

hoho...kren berhenti pada stage yang pertama. aku cuba amek gambar dari SPACE ke UTM tapi malangnya tak nampak.

Nih tinggi sket. 2nd stage tapi kira dah cukup tinggi la nih. Aku rasa brader pemandu kren nih pun cuak gak nak tinggi lagi. Heh, sama la kita bro.

Cuba tengok tahap tingginya. Hoh, mengerikan...

Ini pemandangan untuk melihat Desa Bakti. Aku pun tak tau mana satu kawasan Desa Bakti.

Hah, pemandangan 2nd stage. Gayat beb...

Inilah kren yang digunapakai..kena gelak je dgn kontraktor tgk kegayatan aku..ceh..


pengkaki: gayat tak gayat ke, kalau dah arahan terpaksa juga. Lepas nih taknak aku buat~



Hafiz