Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Selasa, Mac 17, 2009

Perigi cari timba atau timba cari perigi?

Baru baru nih ada la seorang member aku nih telah dengan niat suci murni beliao meng'kenen'kan aku dengan seorang awek di tempat kerja beliau (di opis yer, bukan di lapangan pembinaan kandang lembu).

Unfortunately, beliao hanya memberikan ID Yahoo Messenger awek tersebut kepada aku. Dan seperti azalinya akan sifat aku yang pemalu ini (ewah, lelaki melayu terakhir nih beb), memang lah aku tak add beliao (awek tersebut dan bukanlah member aku tuh). Kerana apa? Kerana aku amatlah malu untuk meng'add' beliao dan memulakan babak babak permulaan seperti:

"Hai, boleh kenal?"
"Hai, awak kawan Sipolan (bukan nama sebenar)?"
"Hai, saya kawan kepada Sipolan"
"Hai, pekabar?"

dan sebagainya.

Hoh, apa kata beliao saja yang memulakannya? Kalau dah ada yang mula, tanpa segan silu aku akan terus melayan selagi termampu (layan berborak yer, sila betolkan mindset anda). Tapi, kenyataan aku itu diselar oleh member aku tersebut kerana menurut beliao, "Takkan perigi cari timba bang?"

Oh, tak boleh ke perigi cari timba? Boleh apa? Letak la signboard kt perigi tuh, "Perigi ini tiada timba, sila beri satu timba". Kan boleh begitu.

Walau apa pun, aku MUNGKIN tidak akan memulakan babak babak pertama perkenalan memandangkan aku bukanlah seorang yang hensem atau macho (tapi tegap). So, kepada awek awek yang teringin nak berkenalan dengan aku, anda dialu alukan dan jangan malu malu sebab cukuplah aku sorang je yang malu.


Ok, chill.


pengkaki: awek biar beribu, senang nak cari bini yang satu.


Hafiz

Tiada ulasan: