Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Isnin, Mac 02, 2009

Lagi lagi lepak~

Seperti minggu-minggu yang lalu (kebiasaan setiap hujung minggu), aku dan seorang (mungkin beberapa - bergantung keadaan) akan melakukan aktiviti melepak sambil menghabiskan duit.

Dan pada minggu lalu, seperti juga minggu lepas, aku telah melepakkan diri di Anjung Warisan. Sebagai kesinambungan topik (posting) yang aku post minggu lepas, aku mempersembahkan beberapa keping gambar sebagai bukti aktiviti yang sungguh lasak ini untuk tontonan umum dan bebas untuk ditonton oleh kanak-kanak di bawah usia 18 tahun tanpa pengawasan ibu bapa/penjaga.

'SILA TANGGALKAN KASUT' - jadi tanggalkan kasut anda untuk duduk di beranda atas pokok ini yer.

Cuba teka berapa ramaikah yang menyertai aktiviti kami ini?
A. 2 Orang
B. 3 Orang
C. 4 Orang
D. 5 Orang

dan jawapannya adalah 2 Orang sahaja. Walaupun gelasnya 5, pundi kencing kami agak besar untuk menampung jumlah kelima-lima gelas di atas. terima kasih...

Ini lah menu kami. Berlaku sedikit perselisihan faham di antara aku dgn brader tukang amek order kerana aku mintak Nasi Goreng Special yang aku sangkakan sangat special rupanya hanyalah sebijik telur yang digoreng di atasnya. Sebelum itu, aku mengorder juga telur dadar (sebab tak sangka nasi goreng special itu telah ada telurnya)

Sebagaimana tercatat, inilah menu aku dan encik Sharir.

"Blllrrrrr..errrrkkk...." Alhamdulillah, kenyang~

Ini lah rupa encik yang tensen untuk menghabiskan menu beliao.

Habis licin semuanya. Tak membazir. Pembaziran itu amalan syaitan dan orang yang membazir itu member kamcing dengan encik setan. - take note~

Lepas makan, mestilah kena melalak 10 buah lagu plak. BEST~

pengkaki: lakukan aktiviti ini sekali sekala dan jangan selalu melainkan kamu kamu bergaji besar dan dikenakan cukai pendapatan!


Hafiz

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cikgu..hahaxx..
nah tgk blog saye nnti cikgu knal..