Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Khamis, Mac 05, 2009

Kapor - kenching - chong

Tadi lepas posting artikel yang bawah nih tadi, aku dengan sengaja telah menegur seorang member aku. Ketika kejadian tegur menegur di Y!M berlaku, tiba-tiba aku teringat akan kisah seorang member aku yang juga member kepada yang aku tegur tadi.

Apa yang membuatkan aku ingat kat beliau? Yeah, aku baru dapat tahu bahawasanya beliau adalah seorang kaki chong atau kapor atau kencing dsb yang sewaktu dengannya. Kejap lagi aku cerita. aku nak reply private message member aku nih jap.

dua minit kemudian...


Yeah, aku baru mendapat tahu tentang sikap member aku tersebut yang aku namakan di sini sebagai Sepol (bukan nama sebenar). Masa hari raya tahun lepas, aku dan beberapa member ada la projek menziarah ke rumah member2. Nak dijadikan cerita, untuk aktiviti tersebut si Sepol telah memperagakan sebuah kereta Wira kepada aku dan rakan rakan lain. Maka aku amatlah kagum kepada beliau kerana telah mampu memiliki sebuah kereta (sebagai rekod beliau merupakan seorang kakitangan awam). Yeah, bila aku tanya, jawapan yang diberikan amatlah memberangsangkan bahawasanya kereta tersebut adalah milik beliau. Kejap yer, nak reply PM member jap..

kurang seminit kemudian...


Yah, sambung balik. Maka bertanyalah aku tentang downpayment, monthly dsb tentang kehidupan seorang yang memiliki aset bergelar kereta. Dan setiap persoalan aku dijawab dengan penuh keyakinan tanpa was was.

Dipendekkan cerita, setelah peristiwa itu berlaku beberapa bulan yang lalu, pada beberapa malam yang lalu semasa melepak, terbukalah cerita tentang kereta tersebut. Rupa-rupanya kereta tersebut bukanlah milik beliau, sebaliknya adalah milik member beliau. Oh, dunia. Penipuan rupanya!

Kenapa sanggup manusia membesarkan diri untuk mendapat sedikit respek daripada orang lain. Bila berlaku kejadian seperti itu, jangankan kata respek, suspek pon susah nak dikenakan ke atas engkau walaupun engkau memandu sebuah kereta lembu (edisi Thailand).

Cisss... Kaki kapor rupanya. Nasib baik kawan kawan baik engkau kantoikan kat aku. Entah entah kalau aku tak tahu cerita sebenar, mungkin sampai mati aku ditipu oleh engkau.

Kuang hajor!...


Okla..lantaklah kamu kamu semua. Pikir-pikirlah sendiri. Harap kamu kamu tidak menipu, mengencing, mengapor atau menchong member2 kamu.

Aku pon takkan sangka kalau kamu yang memandu/menunggang kenderaan ini kerana sudah tidak percaya dengan omongan bangsat dari kamu.

pengkaki: aku lebih rela kata aku tak berharta walau aku ada sedikit aset daripada menipu mengatakan aku berharta walhal aku tak ada walau habuk...


Hafiz

Tiada ulasan: