Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Ahad, Mac 01, 2009

Edisi Raja Lawak Astro 3 - Pengundi BODOH??

Jumaat lepas aku tidak ketinggalan menyaksikan siaran secara langsung rancangan kegemaran aku iaitu Raja Lawak Astro musim ke-3 bagi minggu ke-9.

Malam tersebut menentukan 3 peserta untuk ke peringkat akhir yang dijangka berlangsung pada 6 Mac 2009.

Biar aku komen sedikit setiap peserta -

Amir:
Lawak dia semakin tidak menjadi. Membuat lawak berdasarkan skrip yang ditulis dan dihafal. Langsung tidak melucukan. Aku menunggu untuk ketawa tapi hampa. Dan setiap kali dia mempersembahkan lawaknya, aku tak sabar menunggu masa untuknya habiskan lawaknya.

Sepah:
Antara peserta kegemaran. Setiap minggu memberikan lawak yang baru dan segar dan membuatkan penonton serta aku sendiri tidak kering gusi menyaksikan telatah mereka. Kemungkinan besar, daripada ramalan aku SEPAH mungkin akan dinobatkan sebagai Raja Lawak Astro ke-3.

Jihan:
Satu-satunya peserta wanita tunggal yang masih kekal. Lawaknya juga semakin galak. Peningkatan setiap minggu walau ada juga minggu-minggu yang lalu kurang menyengat. Dia juga merupakan salah seorang peserta kegemaran dan tidak mustahil untuk dinobatkan sebagai Raja Lawak Astro ke-3 sekaligus memecah rekod sebagai Raja Lawak Astro Wanita pertama.

LNJ:
Sebenarnya pada aku lawak yang dibawakan LNJ kurang menyengat. Dengan loghat 'utara' yang menjadi trademark mereka, aku kadang-kadang tak paham langsung dengan penyampaian mereka. Mungkin orang utara faham agaknya. Walau apa pun, LNJ is better than Amir.


Kesimpulannya, pada malam tersebut, telah diumumkan 3 orang peserta yang berjaya layak ke peringkat akhir iaitu Sepah, Jihan dan.... Amir. AMIR?????

yeah, di sinilah nampak kelemahan pengundian atau penjurian. Penilaian diberikan 100% kepada penonton dan inilah yang terjadi. Amir yang SUCK telah diangkat untuk ke peringkat akhir. Apa nak jadi?? Kamu kamu fikirlah sendiri.


pengkaki: Moga SEPAH dinobatkan juara. aku tak mengundi pon...Amir SUCK!


Hafiz

Tiada ulasan: