Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Rabu, Februari 11, 2009

Warna kehidupan - hitam dan kelam

Berkonsepkan kehidupan dunia iaitu hitam dan putih, kebelakangan ini kehidupan aku adalah sangat rumit - hitam jer warnanya.

Pelbagai perkara berlaku ke atas aku dan yang terbaru adalah kejadian yang berlaku malam tadi selepas melepak di port biasa. Apa yang berlaku? Aku dengan tidak sengaja telah melanggar sebuah motosikal Kriss berwarna hitam (mcam warna motor aku plak) yang diletakkan/parking kt belakang kereta aku.

Kejadian berlaku apabila aku cuba mengundurkan kereta aku ke belakang dek kerana sebijik motor telah memblock depan kereta aku. Aku langsung tak perasan ada motosikal diletakkan di belakang kereta aku. Yeah, dengan penuh confident aku masuk gear reverse dan terus menekan minyak untuk mengundur (dari dalam kereta aku tengok cermin pandang belakang memang clear, tak nampak pun motor tu) dan sensor reverse yang kadang2 bangang fungsinya tiba-tiba berfungsi dengan baik dengan memberikan amaran pada aku namun aku langsung mengendahkannya (sebab selalunya sensor kereta aku ni gila sikit) dan kedengaran PPPRRRAAANNNGGGG...yeah, motor tersebut telah disondol oleh kereta aku.

Akibatnya, bengkok dan sedikit calar pada bumper belakang yang aku bangga banggakan. Yeah, dengan sedikit perasaan takut, cuak, marah dsb, aku terus mengangkat motor tersebut. Perkara pertama yang mendapat perhatian aku ialah keadaan bumper aku itu. Nasib baek tak berapa calar. Aku tak tunggu lama, nak tunggu owner motor tuh memang harapanlah. Yang engko pergi parking rapat kat kereta aku sapa suruh?

Lepas dah angkat motor tuh (pada firasat aku, takda apa yang patah pun) aku terus blah. Kebetulan kepala aku ketika itu sedang DING DONG akibat menelan paracetamol di kedai mamak (port biasa).

Pagi tadi (time panas enjin), aku check fuhh bengkok gak la bumper aku. Hampeh betol! Tapi tak ketara sangat.

Huh, aku kena lebih berhati-hati lepas nih. Moga kamu kamu pun begitu juga.

Chow.


Hafiz

Tiada ulasan: