Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Khamis, Februari 26, 2009

Paru-paru berair - Pneumonia

Posting sebelum ini mengisahkan tentang pemergian seorang member aku. Daripada soal siasat yang dilakukan, didapati punca kematian beliau adalah disebabkan oleh paru-paru berair atau pneumonia.

Di sini aku selitkan sedikit rencana berkaitan penyakit tersebut untuk renungan bersama.

-Juga dikenali sebagai ‘efusi pleura’
-Paru-paru itu dikelilingi oleh satu rongga kosong yang disebutkan sebagai kaviti pleura (pleural cavity) yang memisahkan antara paru-paru dan dinding dada.
-Ia diselaputi oleh ‘prietal pleura’ disebelah dalam dinding dada dan ‘viceral pleura’ yang meliputi paru-paru.Kaviti pleura ini penting semasa proses pengembangan dan pengucupan waktu bernafas.
-Jika rongga ini diisi oleh udara disebabkan oleh kebocoran pada viceral pleura ia dikenali sebagai ‘pnemothorax’, ‘hemothorax’ jika ia dipenuhi darah dan ‘pyothorax’ jika dipenuhi dengan nanah.

Jenis-Jenis Penyakit

-Exudate
-Transudate

Punca Penyakit / Faktor Risiko

-Terjadi daripada penyakit pada paru-paru itu sendiri atau penyakit organ lain seperti jantung, hati dan buah pinggang
-Batuk kering (TB)
-Pneumonia
-kanser paru-paru atau lain-lain kanser (efusi malignan)
-Embolisme paru-paru atau infarkasi (mati0 atau ‘infuction pulmonary’
-Kolagen (collegen disease) sepertti ‘rhuemathoid’ ‘arthritis’, SLE dan sistem sterosis
-Kegagalan jantung
-Sindrom nefrotik (kehilangan protin dari buah pinggang)
-Sirosis hati

Tanda-Tanda / Simptom

(1) Exudate
-Mempunyai kandungan protein yang tinggi (2 gram/100 ml)
-Cecairnya lebih pekat dengan spesifik graviti yang tinggi
-Jika warnanya keruh dan kelabu (cloudiness) ia mengandungi sel darah daripada penyakit kanser atau jangkitan paru-paru.
-Warna air tebu (straw colour) menentukan pesakit batuk kering (TB)
-Jika bernanah ia berpunca dari ‘lung abses’ atau jangkitan bakteria yang serius dalam kaviti pleura.

(2) Transudate
-berwarna lebih jernih dan cair
-kandungan protin yang kurang daripada 2 gram / 100ml
-terjadi akibat daripada kegagalan jantung mengepam air keluar dari paru-paru
-dalam penyakit sindrom nefrotik dan sirosis hati mengakibatkan tekanan onkotik palsma darah yang rendah, seterusnya berlakulah pergerakan air keluar dari pembuluh vena dan berkumpul di kaviti pleura.
Dipetik daripada: www.mahsuri.com.my


pengkaki: jangan mandi malam dan kurangkan/jgn minum air batu

Tiada ulasan: