Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Jumaat, Februari 13, 2009

Aku, kamu, tawaran kamu dan harapan aku~

"Terhutang budi, tergadai body" - peribahasa yang entah siapa reka.

Bukan pasal budi yang aku nak ceritakan. There are something to talk here. Bila kita tiada sesuatu, bila kita ditawarkan dengan sesuatu itu yang kita tak punya, apakah kita berhak ke atas sesuatu itu?

Contohnya, kita tiada handphone. Dan apabila kita ditawarkan untuk dipinjamkan sebuah handphone, adakah kita berhak ke atas handphone yang dipinjamkan itu?Apakah sekiranya ada satu panggilan dibuat untuk kita, berhakkah kita menjawab panggilan itu?Atau adakah orang yang memberi pinjam itu sahaja yang berhak untuk menjawab panggilan itu? Kenapa-apakah?

Inilah yang berlaku kepada aku (bukan pasal handphone - contoh je tuh). Apakah aku tidak berhak ke atas barang yang diberi pinjam itu?Walhal, bukanlah aku terhegeh-hegeh meminta untuk dipinjamkan barang itu kepada aku - aku ditawarkan untuk dipinjamkan sesuatu. Jadi, tidakkah aku berhak untuk mendapatkan apa yang telah dipinjamkan kepada aku?

Jikalau aku tidak berhak ke atas barang yang dipinjamkan itu, janganlah dikau menawarkannya untuk meminjamkan kepada aku. Setelah harapan diberi, apakah aku tidak boleh menuntut harapan itu? - tepuk dada, tanya selera.

Bermulalah sebuah krisis tatkala aku menuntut harapan yang ditawarkan itu. Hinggakan aku di'cop' sebagai seorang yang tidak bertimbang rasa! Kamu sibuk, aku sibuk, orang lain juga sibuk. Tapi sedarlah, sesibuk mana pun kamu, kamu masih punya masa untuk membuang najis kamu!! Benar atau tidak? Kalaulah kamu masih punya masa untuk BERAK, bukanlah kamu seorang yang sibuk, tapi perasan atau berpura-pura sibuk!

Sedarlah. Harap kamu pertimbangkan segala huruf/aksara ini. Terima kasih.


**p/s: jangan tawarkan aku apa-apa lagi! - andai kamu tidak dapat tunaikan apa yang ditawarkan!


Hafiz

Tiada ulasan: