Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Isnin, Februari 23, 2009

Anjung Warisan - 21022009

Anjung Warisan (AW)! akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke tempat tersebut. Lama mencari, akhirnya ketemu jua.

Pada malam minggu yang lalu, aku bersama seoranga member telah dengan nekadnya menzahirkan idea kami untuk menjenguk lokasi AW.

Arakian, tepat jam 8.45 p.m (agak-agak jer), maka bermulalah pengembaraan kami menuju ke JB Town. Destinasi pertama dalam kepala otak aku adalah untuk meng'explore' Taman Nong Chik kerana menurut peta yang aku usha kat internet, ia menunjukkan kaitan AW dengan Taman Nong Chik. Dan berpusing-pusinglah kami mengelilingi Taman Nong Chik dan akhirnya mengambil keputusan berpatah balik kerana yakin, kami takkan bertemu dengan AW walaupun tawaf 10 juta kali di situ.

Maka, dipendekkan cerita, aku ingin memandu menuju ke restoran ZZ di jalan Petri tapi tiba di satu persimpangan lampu isyarat, member aku mengajak aku melalui satu jalan yang pada kami, mungkin AW berada berdekatan dengan jalan di situ.

Menujulah kami ke jalan tersebut sehingga pada satu persimpangan aku ternampak papan tanda mengarah ke JKR kerana aku yakin (menurut cakap-cakap) AW terletak berhampiran dengan JKR dan Yayasan Warisan Johor (YWJ). Setelah memandu lebih kurang 2 minit, maka ternampaklah YWJ yang memang aku dah jumpa banyak kali dalam ekspedisi mencari AW. So, aku terus memandu mengikut alur jalan raya YWJ hingga bertemu dengan restoran ZZ. Hingga di satu simpang, aku nekad untuk memandu menuju ke satu simpang yang belum pernah aku terokai walhal simpang tersebut memang aku pernah lalu.

Pandu punya pandu, sampai di satu point, aku ternampak satu cahaya lampu hijau dan aku berkata kepada member aku, mungkin inilah dia AW. Semakin hampir dengan tempat itu, aku dan member aku yakin itulah ANJUNG WARISAN dan dengan terujanya member aku menuding jari beliao ke luar tingkap sambil tersengih dan berkata (dengan exited), "Eeee, Anjung Warisan!,"...hahahaha...

Perancangan utamanya, adalah untuk mengusha jalan dan mungkin singgah sekejap untuk minum segelas dua air di situ. Tapi, memandangkan telah sampai di satu tempat yang boleh dikategorikan eksklusif, malulah kalau tak makan. Nak dijadikan cerita, kami pon memesan makanan walaupun masing-masing punya perut dah kenyang.

Memang best tempat tersebut. Sayangnya, aku tiada bukti nak ditunjukkan kepada kamu kamu kerana tidak membawa sebarang peranti berbentuk kamera. Tapi, coming soon.

Lepas tuh, kami menuju ke Danga Bay untuk berkaraoke. Sekian saja aktiviti kami malam tersebut.


pengkaki: mari lah ramai-ramai ke Anjung Warisan


Hafiz

Tiada ulasan: