Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Jumaat, Februari 20, 2009

Jalan jalan habiskan duit

Walaupun aku mengaku (sejak azali lagi) aku adalah anak jati Johor, namun masih banyak tempat yang aku belum explore lagi sepanjang hayat aku pada hari ini.

Memandangkan minggu hadapan adalah minggu yang paling aku nantikan kerana minggu hadapan terselit satu tarikh keramat pada setiap bulan yang menjadi buruan aku dan pastinya lain-lain orang kakitangan awam. So, dengan tersisanya sedikit uang untuk minggu hadapan (sebab dah plan mcm2: nak tgk wayang - upin ipin, beli handphone baru, bayar duit kereta, bil-bil bulanan dsb), maka terpacullah sebuah idea untuk jalan jalan cari makan. Kat mana? Yeah, aku sedang berusaha mengusha jalan ke Restoran Anjung Warisan (makan atas pokok).

Seperti yang termaktub di awal perenggan di atas, walau aku merupakan anak jati Johor, namun, tidak semua ceruk aku pernah sampai. Maka dengan itu, dengan sisa-sisa kehidupan bujang sebelum terikat dengan komitmen bersama 'orang rumah' dan 'askar-askar yang akan datang', inilah yang aku harapkan iaitu melakukan aktiviti BUJANG!

Puas aku usha map untuk ke restoran tersebut, namun masih samar samar lagi. Kepada kamu kamu yang ada map ke, atau tahu jalan nak ke restoran tersebut, silalah inform kepada aku. Jasa baik kamu kamu amatlah aku hargai - kalau nak join pon boleh gak.


Harapan aku moga kamu kamu yang tahu jalan ke restoran tersebut dapatlah membantu aku sebelum aku sendiri meronda ronda macam orang giler di tengah bandaraya mencari tempat tersebut. Kasihanilah saya.


Hafiz

Tiada ulasan: