Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Jumaat, Februari 27, 2009

Oh...Sampoerna

Rokok!

Yeah, keadaan aku sekarang agak kurang sehat (bukan kurang hajar) kerana dilanda simptom batuk2 (akibat aktiviti berkaraoke - Aerosmith: I don't Want Miss A Thing).

So, dek kerana simptom tersebut, keadaan tidak mengizinkan aku untuk merokok, maka termaktublah kata-kata aku malam tadi untuk berhenti merokok~

TAPI...

Ketika sedang bermenung di dalam toilet pagi tadi, tiba-tiba perasaan dan nafsu untuk merokok membuak-buak. Dipendekkan cerita, untuk menyelesaikan masalah tersebut, aku mengakhiri buah fikiran aku.

Sebelum bergerak menuju ke medan pekerjaan, aku start enjin motor dan terus memecut laju tanpa mengira had usia ke kedai untuk membeli sekotak rokok. Yeah..

So, kepada encik Sharir, anggap je la aku tak pernah kata apa-apa malam tadi tentang nak berhenti daripada merokok. Harap kita dapat terus kekalkan aktiviti membakar duit kita bersama.

pengkaki: rokok boleh membantu kita daripada membatu ketika sedang melepak sehingga over night..betol tak encik Bob dan rakan2?


Hafiz

Tiada ulasan: