Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Jumaat, Februari 27, 2009

Kenali kerja SAYA~

Mari berkenalan dengan kerja-kerja seharian aku. Hantarkan ON KERJA ke 00000 - sila abaikan kerana saya sedang merepek. Cepat, sebelum terlambat~

Ini ialah SWITCH rack yang menempatkan switches dan patch panel untuk menyambungkan talian internet ke kolej kediaman pelajar.

1st Senior, iaitu Encik Tarikat sedang menyiasat SWITCH yang bermasalah menggunakan notebook ehsan daripada boss aku (sebab peruntukan notebook seorang satu belum sampai, begitu juga dengan peruntukan iPhone)..hahaha


Pelajar praktikal dari ILP Mersing iaitu cik Elis dan cik Apai sedang pura-pura berminat terhadap masalah yang sedang dihadapi oleh SWITCHES.

Ini ialah lubang bawah tanah atau nama saintifiknya ialah [dot][dot][dot] (aku tak tao la nama saintifiknya, sesapa yang tao boleh lah bagitao) di mana kabel fiber optik ditarik untuk sampai ke destinasinya. Lokasi: di hadapan Masjid Sultan Ismail.

Pekerja-pekerja mahir dari KEMTRONIK sedang mengular sebentar bersama boss aku memerhati lubang bawah tanah tempat untuk menarik kabel fiber optik.

Boss aku begitu riang ketika melawat tapak meninjau pergerakan pemasangan kabel fiber optik di hadapan Masjid Sultan Ismail.


Akhir kata, bergembiralah dengan kerja anda.


pengkaki: kepada yang masih samar-samar tentang keberadaan aku atau pura-pura bertanya di mana aku, biar aku suluh mata kamu kamu supaya terang dan nyata bahawasanya aku lah fotographer yang tak bertauliah yang merakam semua gambar di atas.



Hafiz

Tiada ulasan: