Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Jumaat, Januari 09, 2009

Socialisme yang 'awesome'

Lately kehidupan sosial aku semakin rumit. Yeah, aku semakin bersosial. Jauh tersimpang daripada diri aku yang sebenarnya. Apa dah jadi dgn aku? Aku dah jadi bukan aku!

Kenapa aku jadi macam nih? Entah, kalau aku tanya kat Obama pun, dia mesti tak buleh jawab. Tapi memang sesuatu yang sangat hebat. Untuk menggambarkan perasaan itu, aku suka meminjam perkataan daripada member aku iaitu 'awesome'. Muahahaha...kehidupan aku kini semakin 'awesome'. Macam-macam yang aku tak buat dulu, aku dah buat.

Contohnya, main bowling. Dulu, bapak ah, memang aku tak reti nak melepakkan diri bermain bowling, tapi akhirnya terjebak gak. Waduh... Then, masa kursus tuari, aku telah berjaya mensosialkan diri aku walhal aku nih seorang yang pemalu yang boleh dikategorikan sombong (orang lah kata, abang tak kata apa-apa).. Banyak perubahan yang aku lalui menjengah usia 23 tahun nih...

Next, malam tadi (bukan malam tadi jer, sebelum-sebelum nih pun dah buat) aku telah menjebakkan diri aku ke dalam Song Box di Danga Bay bersama-sama mereka yang sedia ada sosial. Sampai serak-serak suara aku dibuatnya. Kalau aku nyanyi lagi dua buah lagu, konpem suara aku iras-iras Amy Search.

Lepas bersosial di Song Box, bersosial plak kt Singgah Selalu menikmati hidangan Western (member aku yang ber'western', aku masih lagi eastern) sambil menghembus serta menyedut Shissha berperisa Strawberry.. Wah, kehidupan sosial aku semakin galak. Aku semakin suka dengan perubahan yang duniawi nih semata-mata..

After Singgah Selalu, balik lah...on the way home, satu lagi sosialisme yang aku tak pernah buat telah aku buat malam tadi. Yeah, ber'racing' dengan member aku. Muahaha...sangat..sangat..'awesome'...

Dengan bermodalkan Myvi SE aku, merembatlah aku dengan member aku yang bermodalkan Vios...

'AWESOME'...aku sangat hepi dalam per'racing'an tersebut...

Rasa macam nak buat lagi...tapi apakan daya, aku masih menyayangi diri aku ini. Kepada yang suka ber'racing' hentikanlah perbuatan korang (yang ber'racing' haram jer)... sangat bahaya walaupun 'awesome'..


Hoho...kehidupan sosial aku semakin rumit dan awesome...aku semakin terbiasa dengan perubahan ini. Diharap kepada bakal awek aku, kenalah memahami kesosialan aku yang awesome ini..kalau tak nak paham, boleh lah blah dan aku sedia mencari awek yang lebih awesome..

Terima kasih kepada Bob kerana mengajar aku perkataan 'awesome' nih. Aku semakin gemar menggunakannya di khalayak ramai kerana ia sangat 'awesome'.

Ok..semoga kehidupan sosial korang tak serumit aku dan 'awesome'!


Hafiz