Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Khamis, Januari 08, 2009

Mari ber'blog'

Malam nih dengan rancangan penuh rapi dari semalam, walaupun seorang daripada member aku tertimpa musibah yang kadang kala aku rasakan memang wujud daripada diri beliau sendiri walhal kejadian semalam adalah Qada' dan Qadar yang perlu diterima dengan rela tanpa perlu menuding jari antara satu sama lain (boleh dikatakan bukan salah beliau dan bukan salah brader sorang tuh).

Bukanlah topik ini aku nak menceritakan perihal apa yang terjadi kepada member aku tuh, cuma sekadar mukadimah saja. Sambung ayat yang atas balik.

Malam nih dengan rancangan penuh rapi yang terancang dari semalam, aku berjaya melepakkan diri bersama member-member aku yang mana salah seorangnya sedang bercuti (pura-pura cuti walhal tak cuti - ambil MC). Seperti lumrah pelepakkan kami, gelas dan cawan-cawan plastik akan berkeliaran di atas meja ditemani dengan berkotak-kotak rokok dari pelbagai keturunan dan disemakkan pula dengan sebuah notebook, maka tertubuhnya sebuah tamadun melepak di Starmuck (ala-ala Starbuck - kedai mamak free wi-fi).

Pelbagai topik perbualan dimesyuaratkan. Bukanlah aku nak ceritakan apa yang aku dan member-member aku mesyuaratkan di sini, tapi aku nak bercerita tentang blog. Ya, semasa aku menggodeh notebook member aku (dalam keadaan aku baran sebab connection tetiba lost akibat makhluk perosak yang men'download' entah hapa-hapa - tiada kaitan dengan kami), aku ternampak satu laman blog dengan URL yang sungguh menggerunkan dan menggeletek kepala lutut. akuxbiadab - itulah nama blog yang aku maksudkan. Namanya bukan saja gah, tapi melampau.

Apa yang 'best'nya tentang blog ni adalah isi kandungan yang sungguh mencolok mata sehingga membuatkan sesiapa yang membacanya akan terasa seperti ingin mendaftar/check-in ke Hospital Bahagia kerana akan tergelak dengan penulisannya. Siapa penulisnya? Itulah persoalan yang pertama terbenak dalam kepala otak aku. Dan aku dengan secara skimming scroll-down page tuh untuk melihat isi kandungannya.

Memang best isi kandungannya walaupun bahasa yang digunakan oleh si penulis begitu kesat (seperti menyamak najis anjing/babi - sehingga hilang rasa, warna dan bau), namun memang best la. Aku pun terus melihat profil sang penulis. Oh, lelaki berusia 22 tahun. Kemudian aku lihat pula tempat tinggalnya. Yeah, sekitar KL. Tiba-tiba aku terus menyuarakan persoalan aku kepada member aku, "Blog ko eh, aku tak biadab nih Bob?"

"Hah," member aku terus menganggok. Wah, aku tak sangka beliau telah menjadi seorang blogger. Namun, isi kandungan sebegitu lah yang menjadi trademark beliau. Tidak syak lagi.

So, kepada yang nak baca isi kandungan beliau (pastikan anda seorang yang humor dan berfikiran terbuka serta biasa dengan pelbagai carutan), bolehlah anda menziarahi laman blog beliau yang aku sertakan di panel sebelah kanan di bahagian Exchange Link.

Bacalah isi kandungannya yang memang ikhlas daripada jari-jemari beserta hati nurani beliau.

Sure anda terhibur.

Kepada yang masih belum menjadi blogger, marilah didik nurani anda menjadi blogger. Bersama-sama kita berblogger. Semoga blog anda dirahmati.


Hafiz


***p/s:
to my colleagues, sorry I can't attend to ur friendly futsal tournament tonight because I feel I don't like to be there and I don't know where it is. And sorry because I have my leave for two days which can't be with yaa for the damn registration parties! muahaha...

Tiada ulasan: