Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Selasa, Januari 13, 2009

Berhati-hati di Lebuh raya/Jalan raya/Jalan kampung/Felda dan seumpama

Pagi tadi masa sampai kt opis, gua googling sana, gua googling sini. Gua baca member gua punya entry kt blog dia pasal satu kenderaan yang sungguh hensem di pandangan mata si penunggang tuh. Nak tgk? Klik sini. Aku terfikir nak menduplikasi/memanipulasi muka si Olmert baruah menjadi seekor hanjing (mula-mula nak samakan dengan muka khinzir, tp mcm geli jer). sampai satu tahap gua terjumpa satu gambar hanjing yang disatukan dengan muka manusia (aku pon tak kenal sapa lahanat yang disatukan dengan hanjing tuh). Tiba-tiba, tercetus bak gunung berapi di kepala aku akan idea yg sangat hampes dan jahat.

Buat punya buat, aku tgk mcm ada yg tak kena. Oh, aku terlupakan seseorang! Ya, orang itu adalah encik Semak atau lebih gemar mengGLAMORkan diri dgn nama omputih sebagai Bush. Aku pon googling la cari gambar orang jalan2 bawak hanjing. Jumpa la satu gambar selebriti Hollywood jalan2 dgn hanjing beliau. Aku pon modified la gambar tuh. Bab muka hanjing tuh kira nampak ok la. Dah siap dah. Nanti aku 'up' untuk tontonan semua.

Bukan pasal dua ekor lahanat tuh aku nak cerita. Tajuk artikel nih pon pasal Berhati-hati di Jalan raya/ Lebuh raya/ Jalan Kampung/ Felda dsb. So, aku nak cerita pasal kemalangan. Kemalangan yang biasa kita dgr/lihat adalah kemalangan yang membabitkan orang perseorangan/harta benda seperti motor, kereta, lori, bas dsb.

Jarang-jarang kita lihat kemalangan yang membabitkan haiwan (bukan kucing/hanjing yang mmg selalu kita nampak bangkainya bergelimpangan di tepi jalan akibat dilanggar oleh seekor sengal yang memandu/menunggang menggunakan kepala lutot!). Haiwan yang dimaksudkan ialah LEMBU. Aku terkenang pasal sorang member aku yang mengalaminya pada penghujung tahun 2008 lalu.

Tadi masa lunchbreak aku telah berjaya mengangkat idea aku untuk dijadikan animasi menganjing/membahan mmber aku itu. Bila dah siap, aku terfikir plak. Kalau aku menganjing/membahan beliao, takut2 nnt ALLAH Taala balas pada aku plak. Tapi aku agak terlambat kerana telah mengepos komen di Friendster beliao. Arghh...

Habislah aku. Kalau dibalikkan bala tersebut pada aku, apa akan terjadi kepada kesayangan aku (yang berwarna putih comey lotey)?? Semoga Dia meredhai dan melindungi aku. Amin.

Kepada member aku tuh, I am sorry bro. I terlajak sent to ur comment box at Friendster. So sorry.

Apa-apa pon, aku dgn riak dan bongkaknya nak menunjuk-nunjuk animasi tersebut. Tapi bukan untuk menganjing mmber aku tuh, untuk peringatan bersama. PEACE!

Hafiz



Copyright (C) 2009 Hafiznor

Tiada ulasan: