Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Memaparkan catatan dengan label Update. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Update. Papar semua catatan

Ahad, April 19, 2009

This is the last one....:(

Yeah, this will be the last one.

Hope there is no regret/sorry for anyone..but deep inside my heart. Damn! 2 years! Yeah, it's been 2 years I spent my light life in this blog!!!!

But WHY????


YOU are the one who responsible to everything you did to MINE!!!!

YOU ARE THE ONE!!! no matter if my damn writings be the caused! But it still YOU the one should be blame for everything happened in my LOVELY blog!! THIS IS MY LOVE!!!

Why you take it from me...? How could you!!


So, that's it! This is my last breathe.. this is my last breathe of my blog...my LOVE...

You are the one!
Thanks...no more sorry...it's too LATE!

Khamis, April 09, 2009

Rasanya cukuplah

Apa pendapat kamu kamu kalau aku berhenti daripada berblog? Kamu ada pendapat? Silalah berikan pendapat kamu.

Aku rasa lebih baik aku berhenti daripada terus menimbulkan konflik atas penulisan aku ini. Heh, sekian lama aku mengelolakan blog ini yang umpama sebuah cinta bagi aku, akhirnya bakal kecundang juga hanya kerana konflik yang pertama kali aku timbulkan dalam blog ini.

Apa pendapa kamu? Perlukah aku berhenti? Adakah kandungan penulisan aku sungguh melampau?

Apa kata kamu tentukan. Penulisan aku seterusnya bergantung kepada kamu. Harap kamu berikan pendapat kamu..

Kepada rakan rakan seangkatan dan seperjuangan, harap kamu kamu teruskan usaha kamu dan kekalkan legasi berblog kamu itu. Luahkan apa yang kamu mahu sekadar mampu diluahkan untuk meringankan beban minda dan rohani kamu.

Terima kasih atas segala sokongan dan dorongan kamu kamu selama ini.


Release a tense 2

Heh, aku cuba melepaskan ketensenan aku dgn bermain game bangang. Tapi masih belom reda lagi. Oleh itu, aku cuba pula menonton game bangang dari Jepon untuk melepaskan tensen aku.


Mula mula aku memang tak paham. Apa kejadahnya diorang buat nih. Rupa rupanya, nih permainan tak boleh gelak. Sapa gelak, kena rotan. So, kamu kamu silalah enjoy dengan video ini dan pelbagai percubaan dilakukan untuk membuat para peserta gelak - kena rotan bukan pelan pelan, macam kena rotan sebab merogol la..


1 = one, 2 = two, 3 = three, 4 = four, 5= five, 6 = six, 7 = seven, 8 = eight, 9 = nine, 10 = ten
17 = seventeen, 18 = eighteen, 19 = nineteen, 20 = ten ten
..., ..., ..., ..., ..., 28 = ten ten eight, 29 = ten ten nine, 30 = ten ten ten
..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., 100 = ten ten ten ten ten ten ten ten ten ten

pengkaki: hoh, tensen masih blom reda. dibelenggu rasa bersalah.. oh tuhan, ampunkan aku!

credit: akeq

Rabu, April 08, 2009

MAAF ANDAI TERGURIS!

Ciss...akibat keterlanjuran jari jemari + kepala hotak + keegoan + kelancangan diri aku, aku telah memporak perandakan serta menegangkan satu hubungan di antara sahabat baik aku dengan SESEORANG!

Ciss...aku sungguh jahat+kejam! Tak sangka! Aku sekejam tersebut.

Kepada encik sahabat baik, aku mintak mahap ye andai entry aku tersebut menyusahkan kamu. Aku tak anggap artikel itu bakal mengguris mana mana pihak. Maapkan keterlanjuran saya. Saya sangat menyesali keterlanjuran saya itu yang mengguris hati kamu serta pihak2 yang terlibat..

Kepada cik puan yang terlibat, saya juga memohon maap andai kamu terguris hati atas kemasukan artikel tersebut. Tak sangka kamu bakal menjengah ke blog aku yang tak seberapa ini. Harap maap daripada kamu - kalau suruh aku mintak maap depan2, mintak maap gak la pasal aku tak berani berdepan yer. Saya menyesal atas apa yang berlaku.

Harap maap. Terima kasih.



pengkaki: gua memang jahat. gua suka sakitkan hati orang. cuba tanya berapa ramai je yang kat keliling gua yang tak sakit hati dek kerana gua?? sila lah tanya...tengs


Hafiz

Gua letih hari ini...

Memandangkan hari ini adalah cuti umum bagi negeri Johor dan taklukan wilayahnya, maka aku pun cuti la kan.

Dek kerana bercuti hari ini, keletihan mula menguasai diri aku. Bermula dengan keletihan berpeluh peluh malam tadi akibat aktiviti berbadminton, badan aku terus dikuasai oleh keletihan kerana melayan parents aku berbelanja/jalan jalan.

Hoh, sangat penat. Tapi takpa la, parents punya pasal. Apa ada hal. Dulu kecik kecik diorang selalu bawak jalan jalan, takkan dah tua bangka mcm skrg nih tak boleh bawak mereka berjalan jalan. Ye tak?

Dek kerana itu juga lah terpacul ungkapan daripada mak kesayangan aku, "Macamana nak cari jodoh macam nih? Mak asik dok kat sebelah je dalam kereta..heh (sambil tersenyum sinis)" nak buat macamana mak, pasrah je la. Kalao ada jodoh, ada la. Apa kata mak tolong ushakan anak pakcik Lias dgn makcik Noi. Heh, anak dara dia pon ok gak. Heh... - kemiangan aku terserlah di sini.

Apa apa la. Badan gua terasa letih banget nih. Gua nak lelap mata kejap. Chow..


pengkaki: balek jalan jalan, boleh pulak melalak 14 buah lagu kt rumah...aaaarrrrggghhhh...suara gua memang tak merdu!!!


Hafiz

Kisah di suatu hari 2

AkuSiMisteri: hoh
anak-sudiman: hohohoh
anak-sudiman: hijau nmpk
AkuSiMisteri: heh
AkuSiMisteri: hijao dan berketaq
anak-sudiman: owg pas ek
anak-sudiman: hahaha
AkuSiMisteri: heh
AkuSiMisteri: biasa la
AkuSiMisteri: dacing da kalah
anak-sudiman: hahahha
anak-sudiman: bese ler
anak-sudiman: aku xgi berkempen
anak-sudiman: huhuhu
AkuSiMisteri: tak dapat bonos la taon nih
AkuSiMisteri: asik kalah je
anak-sudiman: hahahah
anak-sudiman: tu ler psl
anak-sudiman: hahaha
AkuSiMisteri: heh
AkuSiMisteri: update la lagi post
AkuSiMisteri: senang gua nak mencaci
anak-sudiman: hahahah
anak-sudiman: hahhaah
anak-sudiman: internet bengong
anak-sudiman: hahahah
AkuSiMisteri: hoh..
AkuSiMisteri: biasa la
anak-sudiman: hahahaha
AkuSiMisteri: lu apasal gelak je
AkuSiMisteri: bengong ke hapa?
anak-sudiman: hahahaha
anak-sudiman: suka ma
AkuSiMisteri: ye la...
AkuSiMisteri: senang ati
anak-sudiman: hahaha
anak-sudiman: aku dah awek kat pagoh
anak-sudiman: hahahha
AkuSiMisteri: cepat betol engko
AkuSiMisteri: patah tumbuh...
AkuSiMisteri: hilang cepat je cari ganti
anak-sudiman: hahahah
anak-sudiman: bese
anak-sudiman: kata player
AkuSiMisteri: ye la...
AkuSiMisteri: ko sangat hebat..
AkuSiMisteri: aku sangat hancurr...
anak-sudiman: hahahaha
anak-sudiman: amek ler kaklong (bukan nama sebenar)
anak-sudiman: aku dah ada awek kat cn
AkuSiMisteri: bro..
AkuSiMisteri: gua tanya sket la...
AkuSiMisteri: lu apsal beria benar nak gua tekel kaklong (bukan nama sebenar)?
anak-sudiman: napa
anak-sudiman: kaklong (bukan nama sebenar) xok k kat mata lu
AkuSiMisteri: takda la..
AkuSiMisteri: kaklong (bukan nama sebenar) ok
AkuSiMisteri: tp gua rasa mcm lu nak tgk apa reaction gua terhadap awek je
anak-sudiman: ai lain mcm j byi
AkuSiMisteri: bukan gua tak bersyukur lu tolong gua
AkuSiMisteri: tp...
AkuSiMisteri: gua rasa lain la...
anak-sudiman: pelan2 ar
AkuSiMisteri: ewah...
AkuSiMisteri: sekarang lu cakap pelan2
AkuSiMisteri: tp lu bg masa sebulan stgh
AkuSiMisteri: bengong ke hapa
anak-sudiman: lama tu
anak-sudiman: huhu
AkuSiMisteri: heh
AkuSiMisteri: rilek suda
AkuSiMisteri: tp pada mata aku
AkuSiMisteri: lu lebih baek la..
AkuSiMisteri: lu je tekel kaklong (bukan nama sebenar)
AkuSiMisteri: untuk diri lu je
AkuSiMisteri: bukn utk orang laen
anak-sudiman: xnak2
anak-sudiman: aku dah ada kat pagoh ni
AkuSiMisteri: buto!
AkuSiMisteri: poyo la lu
anak-sudiman: iyer
anak-sudiman: ko jaga kaklong (bukan nama sebenar) elok2 ek
anak-sudiman: dia ngah on ym ni
AkuSiMisteri: heh
AkuSiMisteri: aku tak add dia pon
AkuSiMisteri: kem salam je la...
anak-sudiman: alahai
anak-sudiman: lemahnya syawat aku ngan ko ni
AkuSiMisteri: hoh...
AkuSiMisteri: gua tak pandai la beb
AkuSiMisteri: benda2 mcm nih
AkuSiMisteri: kalao ko baca artikel aku pasal "Kisah di suatu hari"
AkuSiMisteri: hah...
AkuSiMisteri: itu la cara aku dgn dia tuh skrg nih
AkuSiMisteri: dulu takda nya mcm nih
AkuSiMisteri: lagi malu2
anak-sudiman: xpe
anak-sudiman: ko try wat kaklong (bukan nama sebenar) mcm ngan farhana
anak-sudiman: tapi bahasa saya n awak ler
AkuSiMisteri: heh
AkuSiMisteri: farhana
AkuSiMisteri: alamak
AkuSiMisteri: sebot pasal farhana br aku teringat
AkuSiMisteri: semalam dia mtk no phone muaz
AkuSiMisteri: aku lupa le
AkuSiMisteri: kejap2
AkuSiMisteri: nk reply msj dia
anak-sudiman: aku dah ckp ngan kaklong (bukan nama sebenar)
anak-sudiman: dia kat nak maen boling
anak-sudiman: boleh aje
AkuSiMisteri: ye la
AkuSiMisteri: time ko ada boleh je
AkuSiMisteri: bapak ar...segan siot nak keluar berdua je
anak-sudiman: dia kim salam syg
anak-sudiman: heheheeh
AkuSiMisteri: bai..
AkuSiMisteri: jgn tambah2...
AkuSiMisteri: tak baek...


Gambar hiasan - tiada kaitan dengan yang telah meninggal dunia



pengkaki: hoh, susah jadi diri gua ini..


Hafiz

Jalan ditebas, tapi....

"Jalan dah ditebas, tinggal nak cantikkan je jalan tuh.."itulah ungkapan seseorang pada aku. Kepada yang paham maksudnya, kira paham la. Yang tak paham harap paham paham sendiri. [link]

Memang betul jalan tuh dah ditebas, tapi masih ada sisa sisa akar kayu yang melintang di tengah jalan. Alang alang nak menebas, biar tebas semua. Jangan sekerat jalan. Keje kasi abes la. Heh, apa apa pun, usaha menebas jalan tersebut diucapkan ribuan terima kasih.

Walaubagaimanapun, aku masih belum nampak sinar harapan untuk aku mencantikkan jalan tersebut. Bukan apa, takut takut jalan tuh banyak sangat akar akar kayu yang melintang. Penat jugak nak bersihkan. Takut takut gak nanti menebas akar akar kayu tuh, last last sangkut kat kaki sendiri. Tak ke tersembam jatuh?

Bila dah tertonggeng tuh, malu lah muka. Hoh, jadi, kita tunggu dan lihat saja andai aku nih akan datang kerajinan atau keberanian untuk mencatikkan jalan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada yang telah berusaha menebas.

Sekadar hiasan.


pengkaki: alang alang seluk pekasam, biar sampai pangkal lengan. Apa kata kamu habiskan saja menebas untuk diri kamu sendiri. Jalan tersebut pun nampaknya sangat sesuai untuk kamu sendiri laluinya.



Hafiz

Isnin, April 06, 2009

Mari jadi blogger

Hoh, seorang lagi member aku berjaya dijerat untuk menjadi seorang blogger. Heh, akhirnya kamu terjebak juga ye encik.

Blog pertama beliau adalah sangat menusuk kalbu. Heh, agak terkena pada batang hidung sendiri nih. Terima kasih lah encik kerana sudi mengupdate your 1st posting tuh. Hebat, walaupun hakikatnya kamu mencilok orang punya ye.

Tapi takpa, itulah antara tujuan blog. Mengenengahkan apa yang kita rasa perlu bukan untuk diri sendiri saja tapi untuk orang lain juga.

Kepada kamu kamu yang nak menziarahi laman blog encik tersebut, sila klik di sini atau kamu taip je sendiri http://anak-sudiman.blogspot.com (beliau bukanlah anak kepada biduan Sudirman ye, harap perbetulkan persepsi pertama kamu itu).


pengkaki: mari jebak ramai ramai lagi untuk jadi blogger


Hafiz

Ahad, April 05, 2009

Wajah Baru Tapi Serupa

Akhirnya!

Yeah, akhirnya aku selesai memodifikasi atau lebih tepat, mengubah banner bagi blog ini. Hoh, penat aku memerah keringat otak aku yang sedia ada membeku. Akhirnya, banner di atas adalah hasilnya.

Konsep:
Kalau kamu kamu perasan, aku telah mengubah tagline blog ini daripada 'Hitam Putih Kehidupan.. - WARNA KEHIDUPAN' kepada 'Kecelaruan Jiwa Yang Kacau Bilau - ..jiwa yang tenang jadi kacau hingga bilau..' Konsep blog ini masih sama iaitu suara hati dan kehidupan aku secara peribadi. Cuma tagline nya sahaja yang berbeza.

Maskot:
Dalam pembaharuan ini juga, aku ingin memperkenalkan maskot blog aku ini sebagaimana kamu kamu dapat lihat di penjuru kanan-bawah laman blog ini. Siapa maskot ini? Aku pon tak tahu. Mungkin juga sedikit karikatur lakaran wajah aku yang sememangnya tak hensem tetapi penuh dengan kemisterian.
Kalau kamu kamu masih perasan, sebelum ini, aku menggunakan maskot lain iaitu lakaran si kacak menunjukkan 'peace'. Lakaran tersebut adalah lakaran lukisan aku sekitar 2 tahun lalu semasa menyiapkan projek akhir. Sekadar satu percubaan meletakkan si kacak dalam blog ini dan digantikan dengan maskot yang lain yang baru sahaja aku selesai melukisnya sekitar jam 2 petang tadi.

So, selamat datang ke laman blog HAFIZNOR.BLOGSPOT.COM yang berwajah baru dengan tagline Kecelaruan Jiwa yang Kacau Bilau.

Terima kasih atas sokongan anda!



pengkaki: berejam jugaklah aku mengadap PC nak setelkan benda nih. Akhirnya SIAP!


Hafiz

Saya seorang yang gayat~

Semalam, mencatat sejarah tersendiri buat diri aku kerana aku memaksa diri aku untuk diangkat tinggi tinggi. Apa maksud aku? Yeah, semalam aku telah diarahkan untuk menaiki sebuah kren untuk melihat pemandangan sauna (cewah...) di SPACE. Tujuan sebenarnya adalah untuk melihat samada persekitaran di UTM dan Desa Bakti dapat dilihat atau tidak dari SPACE.

Maka, aku terpaksa juga menaiki kren tersebut yang bergerak setinggi tinggi yang boleh. Oh dunia. Hanya tuhan saja tahu perasaan kegayatan aku di ketika itu. Nak taknak pun kena buat, dah arahan kan..

Terima kasih diucapkan kepada brader kren yang sudi memandu kren tersebut dengan sangat berhati hati. SAFETY FIRST la katakan.

hoho...kren berhenti pada stage yang pertama. aku cuba amek gambar dari SPACE ke UTM tapi malangnya tak nampak.

Nih tinggi sket. 2nd stage tapi kira dah cukup tinggi la nih. Aku rasa brader pemandu kren nih pun cuak gak nak tinggi lagi. Heh, sama la kita bro.

Cuba tengok tahap tingginya. Hoh, mengerikan...

Ini pemandangan untuk melihat Desa Bakti. Aku pun tak tau mana satu kawasan Desa Bakti.

Hah, pemandangan 2nd stage. Gayat beb...

Inilah kren yang digunapakai..kena gelak je dgn kontraktor tgk kegayatan aku..ceh..


pengkaki: gayat tak gayat ke, kalau dah arahan terpaksa juga. Lepas nih taknak aku buat~



Hafiz

Sabtu, April 04, 2009

Kegalakan diteruskan...

Yeah, aku semakin galak. Dah lama tak menggalakkan diri melakukan aktiviti laghah tahap kronik. Hari ini, berulang kembali aktiviti yang sungguh menggalakkan diri aku.

Kalau kamu kamu mengikuti perkembangan aktiviti laghah aku pada artikel artikel yang lepas, aku telah pun menghuraikan antara aktiviti aktiviti lasak yang telah aku sertai bersama beberapa orang rakan/teman.

Bowling:
Yeah, antara aktiviti yang mungkin aku akan sematkan dalam kalendar hidup aku sebagai satu aktiviti tradisi yang harus dilakukan sekurang kurangnya sebulan sekali dan sebanyak banyaknya adalah seminggu sekali (tapi tak mungkin setiap hari - pokai lah aku kalau macam nih selalu..heh).
Di bawah, aku selitkan beberapa detik nostalgia semasa melakukan aktiviti ini dengan disertai oleh dua orang anggota baru (heh, kaklong kena lah selalu join kalau nak jadi ahli jawatankuasa..heh).

Ini ialah encik Sharir (bukan nama sebenar), antara ahli jawatankuasa tertinggi aktiviti berboling

Ini ialah encik Rudy (memang nama dia cuma bukan nama sebenar - entahlah) yang baru sahaja menganggotai aktiviti ini. Mungkin beliao sedang memikirkan kerelevanan aktiviti yang disertai beliau ini. Hmmm...pikir..pikirr...extra: encik Rudy nih, kalo korang nak tau muka dia macamana, korang tgk muka Shah Rukh Khan...sebijik muka dia...kira dia nih Shah Rukh Khan Malaysia la...tapi beliao tak suka dipanggil SRK..hahaha..

Hari ini encik Sharir agak MANTOP dengan persembahan bolingnya. Agak banyak juga beliau buat STRIKE...

Hehe...inilah kaklong cik Ehem (bukan nama sebenar - kalau nak tahu nama sebenar beliau, sila PM aku...tengs). Sedang merancang/berpikir macamana nak baling bola tersebut. Baling ke kanan masuk longkang, baling ke kiri masuk parit. Apa kata kaklong baling je ke belakang, sebab kt belakang tu takda longkang. Heh..teruskan berlatih...moga markah kita taklah se'kosong' mana..hehe

Sila ambil perhatian pada arrow merah di atas. Siapa punya result agaknya? hmmm...

Anjung Warisan:
Yeah, tidak dilupakan juga aktiviti ini iaitu mengenyangkan temolok dengan menghadap hidangan di Anjung Warisan. Wah..wah..sejak dah tahu jalan ke sana, asyik nak ke sana je. Rasanya, AW nih antara yang popular kot kat Johor nih. Entahlah, selagi berduit/berkemampuan, boleh aje melayan makan makan di sini.

Karaoke:
Erm..aktiviti yang tidak asing lagi. Dah lama tak melalak puas puas. Akhirnya terlerai sudah ke'gian'an untuk melalak mengikut hawa nafsu. Yeah, hari ini kegalakan melalak diteruskan dengan 15 buah lagu. Tidak syak lagi, aku semakin galak dan semakin tak betol kerana sanggup melayan 15 buah lagu.
cik Ehem nih malu malu plak disuruh menyanyi..ewah...kalau sumbang pun bukan orang lain tahu..kita kita je..paling koman pon reader/visitor of this blog je..

Hoh, gambar ini bukanlah satu kontroversi. Hanya sebuah ilusi. Harap diamati. Terima kasih

Yeah, itu dia...nyanyi jugak kaklong yer...lagu apa nih? Rano Karno ke? Eh, bukan...lagu Bila Cinta di Dusta kot..bukanlah, Biarlah Bulan Bicara nyanyian Akon...upppss...Broery..maafkan keterlanjuran saya...hahahaha

Wah, sekali dah dapat microphone, dah tak ingat kiri kanan..hehe...teruskan..


Apa apa pun, aktiviti pada hari ini sangat awesome seperti aktiviti aktiviti yang lalu walaupun pada mulanya aku agak tak ada mood untuk meneruskan aktiviti seperti ini kerana pada hari ini aku memulakan hari cuti hujung minggu aku dengan BEKERJA! Arggghhh...nasib baik aku cabut awal. Terima kasih kepada Kak Gie dan Cik Imah (bakal bergelar PUAN) kerana sudi meng'cover' aku. Heh...

Hari ini juga aku berjaya menghasut dua orang untuk bersama aku serta seorang member aku si Sharir (bukan nama sebenar - tapi kata dia nama dia Sharir, aku pun konpius). Selamat berkenalan kepada Cik Ehem (bukan nama sebenar - kalau letak nama sebenar pun bukan orang kenal, lainlah kalau cik Siti Perigi yang baca..jangan marah aaa..) dan selamat datang kepada encik Rudy (memang nama dia) kerana berjaya menyertai aktiviti laghah aku bersama rakan rakan. Harap jangan menyesal menyertai kami.

Terima kasih encik Sharir kerana memperkenalkan cik Ehem. Heh, sori la kalao saya kurang berbual ye. Segan borak borak dengan perempuan. Almaklomlah, saya nih kuat mencarot..nak borak dengan perempuan kenalah sopan santun..hahaha...ye ke? sama je...
Salam perkenalan ye cik Ehem..rajin rajinlah singgah sini..bagi komen/ketidakpuasan hati pon ok je..

Whatever it is, today is an awesome day~

pengkaki: heh, lain kali boleh kita buat lagi aktiviti macam nih ye...Cik Siti Perigi nak join? Tak boleh kot sebab nih aktiviti untuk perigi cari timba je...Timba cari perigi takda..belum diwujudkan lagi..lain kali ye... pengkaki kaki: kaklong lain kali jangan malu malu...kitorang sempoi je, nyanyi sumbang macam mana pun bukan orang lain tau..kita kita je..heh...


Hafiz

Jumaat, April 03, 2009

Terima Kasih adik adik ILP Mersing

Kalau kamu kamu ada baca satu artikel aku bertajuk "Kenali Kerja Saya", aku ada selitkan beberapa keping gambar. Dan di antara makhluk yang terselit dalam gambar tersebut ialah adik adik yang menjalani latihan industri.

So, hari ini adalah hari terakhir mereka di sini. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan yang diberikan kepada kami sepanjang kamu bekerja bersama kami. Harap maaf andai terkasar bahasa, terlanjur kata. Semoga kamu sukses di masa hadapan.

Selamat maju jaya.

Credit:
Nurul Huda
Tahirah
Elis (bukan nama sebenar - lupa nama betul daa)
Apai (bukan nama sebenar - lupa nama betul daa)

pengkaki: semoga ada lagi adik adik yang nak berpraktikal di sini untuk dibuli. Heh..


Hafiz

Rokok: Kini semakin EXTREME

Gua tak tau nak letak tajuk apa untuk posting kali nih. Tapi, gua rasa tajuk di atas amat sesuai untuk gua gambarkan posting kali ini. EXTREME - gua rasa perkataan yang sesuai. Sangat sesuai apabila kamu kamu dapat melihat rupa bentuk serta wajah terbaru kotak kotak rokok pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Kesihatan kerana berjaya juga akhirnya memanipulasi tokey kilang rokok untuk mereka bekerjasama bagi mengeluarkan model kotak rokok yang seperti ini.

Gua ingatkan kotak rokok jenama gua (brand yang gua sedut asapnya) je yang takda menatang haram nih, rupanya petang tadi gua sambar sekotak seperti biasa dan gua melihat tatu pada kotak rokok tersebut amat EXTREME.

Betullah kata mereka mereka yang melihat kotak rokok yang baru nih. Sangat tak berselera untuk merokok. Hoh, sungguh EXTREME dan boleh dikategorikan sebagai sangat KEJAM kerana mempamerkan gambar sebegitu pada kotak rokok. Apakah dosa seorang perokok? - heh, kenyataan tak relevan, sila abaikan.

Tapi, walau apa jua rupa model kotak rokok tersebut, gua rasa belum tiba saat dan ketikanya untuk gua berhenti merokok kerana gua mempunyai banyak kotak kotak rokok kosong yang menjadi koleksi peribadi gua dan gua akan gunakannya sebaik mungkin dengan mengalihkan batang batang rokok ke dalam kotak rokok gua yang gua simpan sebagai koleksi. Inilah alternatifnya untuk terus merokok. Hehe..jangan terpengaruh dengan kenyataan gua yer.

Apa pun, silalah enjoy gambar/model terbaru design kotak rokok pada hari ini. Semoga kesedaran datang dalam diri anda.

Ngeri dan mengerikan..

Geli dan menggelikan...

Chill~


pengkaki: belum sampai seru lagi untuk gua - mungkin, ya, tidak!



Hafiz

Ahad, Mac 29, 2009

Komuniti Web

Boleh dikatakan setiap hari dalam mailbox aku - samada official mail atau tidak, aku akan menerima jemputan daripada para member serta bekas kekasih dan kekasih yang tak sudi yang mengundang aku menyertai mereka dalam komuniti web.

Apakah komuniti web yang aku maksudkan? Friendster, Facebook, Hi-5, Myspace dan macam macam lagi. Aku dah bosan dengan undangan seperti sampah itu.

Kepada kamu kamu, aku dah pun menyertai beberapa komuniti web yang mana aku tak berapa aktif pun melainkan Friendster.

Harap kamu kamu akan sedar akan ketidak mahuan aku menyertai kamu dan berharap semoga kamu menghentikan tabiat menjemput aku kerana aku takkan melayan sebarang surat menyurat.

Terima kasih.


pengkaki: aku baru je join facebook semalam. Hehe..

Hafiz

Tukang gunting atau tukang potong rumput

Hari ini gua menjadi sangat bengang dengan sekor Indian yang berkerjaya sebagai barber/tukang gunting kerana telah memperkotak katikkan kepala gua.

Al-kisah, rambut gua memang dah panjang, tapi nawaitu gua ke kedai makhluk tu hanyalah untuk memendekkan rerambut di kepala gua di bahagian tepi hingga belakang je.

Arakian, si mangkok tersebut dengan penuh keyakinan dan tanpa was was menyodok kepala gua sebagaimana yang gua kehendaki. Tapi, terjadilah kebodohan beliao tatkala mengambil gunting dan terus menebas rerambut gua!

Ciss...tak paham punya paria! Gua cakap gua nak pendek kat tepi je. Nih dia pegi gunting rambut gua sehingga menyebabkan gua sangat panas dengannya. Kuang ajor. Lepas tuh buat-buatlah tak bersalah. Siap nak cukurkan jambang gua lagi. Ewah, lu ingat trick lu boleh kena kat gua ke?

Kalao kamu kamu nak tau, kalau beliao mencukur kamu, beliau akan charge extra RM3 dan menjadikannya RM10. Wah, lemak betol engko. Dah la potong rambut aku ikut sesuka hati dan sesenak engko ajer. CIss...


Argghhh...gua sangat tak puas hati dengan gaya potongan rambut gua yang baru nih. Pergh, nak dapatkan balik potongan asal makan masa hampir sebulan. Tuh pon belom tentu betul-betul panjang.


Arghh...harap kamu kamu akan lebih berhati hati ketika memberi arahan memotong rambut kamu kamu kepada tukang gunting especially kalau tukang gunting itu adalah Indian!

Inilah fesyen rambut gua yang pendek yang menyakitkan hati nurani gua! Cikai punya paria!

Cheh...


pengkaki: nasib baek si tukang gunting tuh botak, kalau tak memang aku togelkan je kepala dia.


Hafiz

Sabtu, Mac 28, 2009

60 minutes: Mari bergelap

Tgk kalendar hari ini. Tarikh: 28 Mac 2009!

Yeah, malam nih kita akan bergelap seketika untuk sejam (harap2 kamu kamu akan join) menyahut seruan kempen 60 minutes: Earth Hour.

So, start 8.30 pm to 9.30 pm, please turn off your light - house, office, shopping complexes, premises etc. Harap gelap lah sikit bumi nih malam karang. Dari timur ke barat, utara sampai selatan.

Selamat bergelap seketika!

Chill..


pengkaki: rumah gua kalo takda kempen cenggini pon, kadang2 gelap gak.~

Hafiz

Jumaat, Mac 06, 2009

Vanishing...

Mungkin sepanjang minggu depan aku tak dapat update blog aku berikutan aku diarahkan ke Petaling Jaya atas urusan rasmi. So, kepada yang sangat suka melepak di blog aku ini dengan membaca penulisan kurang bijak daripada aku, harap kamu kamu bersabar dan tabah menunggu kembalinya aku untuk update blog ini.

Dan kepada yang tinggal di sekitar Petaling Jaya yang teringin menemui aku, aku mungkin akan menginap di Eastin Hotel. Bolehlah cari aku dan belanja aku makan serta berpoya poya di sekitar Kuala Lumpur. Terima kasih.

Khamis, Mac 05, 2009

Tiba-tiba...

Walau sekeras mana aku bekerja, keras lagi tar yang diturap di sepanjang jalan sekitar tempat aku bekerja ini.

Dah dua hari! yeah, dua hari line internet yang sungguh awesome dan laju yang aku gunakan selama beberapa minggu yang lepas diputuskan oleh makhluk yang tak boleh aku nak selitkan di sini. Dan dengan perbuatan mereka mereka yang berhati longkang tersebut telah menyebabkan kehidupan aku di opis dilanda kesuraman di mana tiada lagi movie movie awesome dapat aku download.

Tiba-tiba dengan tidak semena mena line diputuskan. Alasannya, F.O.C! Lantaklah F.O.C ke hapa ke, bagi sudah. Nih dah bagi boleh pulak ditarik balik. Ewah, mcm order maki hamum daripada aku jer. Dan dengan itu, terpaksalah aku kembali menggunakan line yang silam dan purba yang memberikan perkhidmatannya yang sangatlah lambat (siput buleh gerak 2mm tau - lebih laju daripada line tersebut.)

So, harap kamu kamu tidak berharap aku akan sentiasa mengupdate blog aku kerana baran aku terhadap kelajuan internet purba ini sangatlah tinggi. Nak bukak friendster pon payah. So, kepada awek awek yang menunggu approval daripada aku untuk kamu kamu menjadi antara gundik gundik maya aku, harap bersabar dan kesabaran itu merupakan sebahagian daripada keimanan! (bukan separuh yer - harap betulkan mentaliti anda).

ok lah, gua nak chow. Di waktu petang ini sungguh awesome kalau tido sehingga habes waktu kerja lebih lebih lagi setelah makan dengan kenyangnya di Mak Jah Corner sehingga kantoi dengan Pengarah. Hahahahaha...


pengkaki: encik Bob, harap bersabar dengan perilaku encik guard dan puan warden yer...


Hafiz

Isnin, Mac 02, 2009

Lagi lagi lepak~

Seperti minggu-minggu yang lalu (kebiasaan setiap hujung minggu), aku dan seorang (mungkin beberapa - bergantung keadaan) akan melakukan aktiviti melepak sambil menghabiskan duit.

Dan pada minggu lalu, seperti juga minggu lepas, aku telah melepakkan diri di Anjung Warisan. Sebagai kesinambungan topik (posting) yang aku post minggu lepas, aku mempersembahkan beberapa keping gambar sebagai bukti aktiviti yang sungguh lasak ini untuk tontonan umum dan bebas untuk ditonton oleh kanak-kanak di bawah usia 18 tahun tanpa pengawasan ibu bapa/penjaga.

'SILA TANGGALKAN KASUT' - jadi tanggalkan kasut anda untuk duduk di beranda atas pokok ini yer.

Cuba teka berapa ramaikah yang menyertai aktiviti kami ini?
A. 2 Orang
B. 3 Orang
C. 4 Orang
D. 5 Orang

dan jawapannya adalah 2 Orang sahaja. Walaupun gelasnya 5, pundi kencing kami agak besar untuk menampung jumlah kelima-lima gelas di atas. terima kasih...

Ini lah menu kami. Berlaku sedikit perselisihan faham di antara aku dgn brader tukang amek order kerana aku mintak Nasi Goreng Special yang aku sangkakan sangat special rupanya hanyalah sebijik telur yang digoreng di atasnya. Sebelum itu, aku mengorder juga telur dadar (sebab tak sangka nasi goreng special itu telah ada telurnya)

Sebagaimana tercatat, inilah menu aku dan encik Sharir.

"Blllrrrrr..errrrkkk...." Alhamdulillah, kenyang~

Ini lah rupa encik yang tensen untuk menghabiskan menu beliao.

Habis licin semuanya. Tak membazir. Pembaziran itu amalan syaitan dan orang yang membazir itu member kamcing dengan encik setan. - take note~

Lepas makan, mestilah kena melalak 10 buah lagu plak. BEST~

pengkaki: lakukan aktiviti ini sekali sekala dan jangan selalu melainkan kamu kamu bergaji besar dan dikenakan cukai pendapatan!


Hafiz

Jumaat, Februari 27, 2009

Top visitors of the day - 27022009

Sebelum aku mengakhiri posting terakhir untuk hari ini (mungkin juga bulan Februari ini - sebab bulan Mac is coming soon), aku nak tunjuk top visitors of the day - sebab aku tak pernah nampak bilangan sebanyak ini SERENTAK dalam satu masa mengunjungi blog aku. Thanks very much and I appreciate it.

Paling ramai visitors yang view yang pernah aku nampak ialah 2 orang sahaja dalam satu masa. Kali ini 6 orang! WOW.




pengkaki: harap kamu kamu akan terus menyokong penulisan aku yang entah apa apa ini. Tengs.


Hafiz