Hoh, aku agak tersentak/gamam sikit setelah mendapat panggilan daripada seseorang. Heh, buat sekian kalinya, aku telah membuat seseorang menangis. Huh, bukan melalui kata kata, sebaliknya hanya melalui penulisan.
Apa kejadahnya yang tak kena pada diri aku? Apa silapnya penulisan aku. Yang sekor tuh pon tak pandai kalis.
Untuk pengetahuan semua, ganti nama diri bagi seseorang awek yang aku tak kenal/taknak kenal/sedang aku usha, semuanya aku bahasakan sebagai kaklong. Bukanlah maksudnya aku tahu kamu itu anak sulung atau anak tunggal. Kalau kamu biasa melepak dengan aku, aku akan memanggil awek2 cun yang melintas di hadapan aku dengan membahasakan kaklong yer. Lebih elok/manis/sopan walaupun sebaliknya kerana menganggu-gugat emosi mereka.
Contohnya, "Hai, kaklong. Helmet mana? Kang kena saman dgn pak guard," .. "Kaklong, internet kat bilik ok tak?" .. "Jalan kaki je kaklong?"
itulah antaranya contoh ganti nama diri yang sering aku gunakan pada awek2 yang melintas depan mata aku. Harap kamu kamu tak terasa ye. Bukanlah kamu seorang kaklong yang aku panggil begitu. Ramai lagi kaklong2 yang aku sapa/kacao di tengah/tepi/atas jalan.
Mintak maap sekali lagi ye andai penulisan saya itu mengguris hingga menitiskan air mata kaklong. Begitu juga dengan kaklong kaklong yang lain. Kalau tak suka dipanggil kaklong, aku boleh gunakan nama sebenar. Nak?
Itulah pentingnya kefahaman dalam membaca penulisan di alam maya seperti blog ini. Kalau tak faham, kita jugak yang dipersalahkan. Heemmm...
Satu lagi yang merunsingkan aku, kenapa kaklong tersebut sampai menangis? Ada ke orang yang kenal dengan kaklong? Mungkin ayat perbualan aku itu sungguh menusuk bak selumbar dalam daging...ye tak?
Mahap sekali lagi ye.
pengkaki: ish...lepas nih kena guna ganti nama diri lain pulak..kaksu ok tak? harap jangan menyesal mengenali diri aku. Inilah aku yang jahat dan penuh kemisterian...
Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Khamis, April 09, 2009
Kaklong..kakngah..kakchik dan kak kak yang laen
Rabu, April 08, 2009
MAAF ANDAI TERGURIS!
Ciss...akibat keterlanjuran jari jemari + kepala hotak + keegoan + kelancangan diri aku, aku telah memporak perandakan serta menegangkan satu hubungan di antara sahabat baik aku dengan SESEORANG!
Ciss...aku sungguh jahat+kejam! Tak sangka! Aku sekejam tersebut.
Kepada encik sahabat baik, aku mintak mahap ye andai entry aku tersebut menyusahkan kamu. Aku tak anggap artikel itu bakal mengguris mana mana pihak. Maapkan keterlanjuran saya. Saya sangat menyesali keterlanjuran saya itu yang mengguris hati kamu serta pihak2 yang terlibat..
Kepada cik puan yang terlibat, saya juga memohon maap andai kamu terguris hati atas kemasukan artikel tersebut. Tak sangka kamu bakal menjengah ke blog aku yang tak seberapa ini. Harap maap daripada kamu - kalau suruh aku mintak maap depan2, mintak maap gak la pasal aku tak berani berdepan yer. Saya menyesal atas apa yang berlaku.
Harap maap. Terima kasih.
pengkaki: gua memang jahat. gua suka sakitkan hati orang. cuba tanya berapa ramai je yang kat keliling gua yang tak sakit hati dek kerana gua?? sila lah tanya...tengs
Hafiz
Jumaat, April 03, 2009
Rokok: Kini semakin EXTREME
Gua tak tau nak letak tajuk apa untuk posting kali nih. Tapi, gua rasa tajuk di atas amat sesuai untuk gua gambarkan posting kali ini. EXTREME - gua rasa perkataan yang sesuai. Sangat sesuai apabila kamu kamu dapat melihat rupa bentuk serta wajah terbaru kotak kotak rokok pada hari ini.
Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Kesihatan kerana berjaya juga akhirnya memanipulasi tokey kilang rokok untuk mereka bekerjasama bagi mengeluarkan model kotak rokok yang seperti ini.
Gua ingatkan kotak rokok jenama gua (brand yang gua sedut asapnya) je yang takda menatang haram nih, rupanya petang tadi gua sambar sekotak seperti biasa dan gua melihat tatu pada kotak rokok tersebut amat EXTREME.
Betullah kata mereka mereka yang melihat kotak rokok yang baru nih. Sangat tak berselera untuk merokok. Hoh, sungguh EXTREME dan boleh dikategorikan sebagai sangat KEJAM kerana mempamerkan gambar sebegitu pada kotak rokok. Apakah dosa seorang perokok? - heh, kenyataan tak relevan, sila abaikan.
Tapi, walau apa jua rupa model kotak rokok tersebut, gua rasa belum tiba saat dan ketikanya untuk gua berhenti merokok kerana gua mempunyai banyak kotak kotak rokok kosong yang menjadi koleksi peribadi gua dan gua akan gunakannya sebaik mungkin dengan mengalihkan batang batang rokok ke dalam kotak rokok gua yang gua simpan sebagai koleksi. Inilah alternatifnya untuk terus merokok. Hehe..jangan terpengaruh dengan kenyataan gua yer.
Apa pun, silalah enjoy gambar/model terbaru design kotak rokok pada hari ini. Semoga kesedaran datang dalam diri anda.
Chill~
pengkaki: belum sampai seru lagi untuk gua - mungkin, ya, tidak!
Hafiz
Rabu, April 01, 2009
April Fool
Hari ini 1 April.
Dulu masa zaman sekolah, pada tarikh ini kawan kawan akan mengenakan kawan kawan yang lain dengan pelbagai cara yang boleh mengganggu emosi kawan kawan dengan berkata "APRIL FOOL!"
Apa relevan sambutan ini? Pagi ini, aku mendengar FlyFm dan dua ekor dJ yang ke udara membicarakan (macam diorang sambut APRIL Fool dengan gembira je) tentang APRIL Fool. Perlu ke menyambut hari kebodohan APRIL? Ada ke hari begitu?
Aku berkeyakinan masih ada Melayu beragama Islam yang menyambut hari kebodohan begini kerana mereka sememangnya bodoh kerana menyambut sambutan begini. Harap kamu kamu yang singgah ke sini bukanlah dari golongan yang bodoh.
Terima Kasih.
pengkaki: APRIL Fool itu megaibkan orang, menipu orang, menjadikan seseorang itu tidak jujur dsb walau niatya hanya bergurau. Kenakah pada tempatnya?
Hafiz
Isnin, Mac 30, 2009
Indah Ciptaan Tuhan
Lepas balek daripada meronda-ronda (usha awek sekitar kampus) buat servis, dengan badan yang kepenatan serta keletihan (tak letih mana pun)..aku meronda-ronda lah ke dunia maya nih.
Ronda punya ronda, aku masuklah dari satu blog ke satu blog yang lain (blog perempuan sahaja - hehe) dan tetiba aku terlintas nak menuai kata kata untuk posting kali ini.
Kebanyakan blog yang aku jengah dimiliki/ditulis/dituani oleh perempuan. Dan perempuan tersebut pada pandangan mata aku adalah cantik (belum tahap 'sangat' mahupun 'awesome'). Dek kerana kecantikan mereka itu, maka kebanyakan daripada mereka itu telah disunting dek lelaki idaman memasing - apa apa lah.
Apa yang aku nak coretkan di sini, ciptaan tuhan itu semuanya indah. Allah Maha Bijaksana kerana menciptakan manusia serta makhluk yang lainnya. Semua makhluk ciptaan tuhan itu indah, cuma kita sebagai manusia yang menghakimi paras kecantikan mereka. Tak dapat aku nafikan, aku pun sama juga. Kalau ada perempuan yang kurang cantik (semua ciptaan tuhan itu indah yer - ini pandangan mata aku sendiri), maka kuranglah saham mereka nak dipancing/dipetik dek lelaki. Kenapa?
Entah. Aku pun sama juga. Menilai sendiri. Pada aku macam tak adil (bukan macam, tapi MEMANG tak adil) perempuan yang kurang cantik (pada persepsi manusia sesama manusia) tidak dipedulikan/dipikat oleh lelaki - macam lah si lelaki tuh hensem sangat (pada pandangan sesama manusia yer).
Namun begitu, terdapat juga lelaki yang tidak begitu. Mereka tidak kisah akan paras rupa, malah yang mereka pentingkan adalah niat/nawaitu/hati seseorang perempuan. Aku tidak begitu. heh, jangan marah ye kaum hawa.
Islam menggariskan beberapa ciri ciri wanita untuk dijadikan isteri untuk seorang lelaki:
1. kerana agamanya
2. kerana keturunannya
3. kerana rupanya
4. kerana hartanya
So, aku menitik beratkan yang ke-3 itu barulah aku melihat yang pertama, seterusnya ke-2 dan akhir sekali ke-4.
Moga ciri ciri di atas ada pada calon/bakal isteri aku kelak. Aminn..
pengkaki: saya sedar saya tak hensem - harap ada yang cunn sudi nak kat saya..hih
Hafiz
Ahad, Mac 22, 2009
Edisi Khas: Perigi Cari Timba
Susulan artikel lalu (Perigi Cari Timba atau Timba Cari Perigi?), aku keluarkan edisi khas ini mengupas tentang Perigi Cari Timba.
Pada kebanyakan wanita pada hari ini merasakan bahawa istilah perigi cari timba adalah sesuatu yang memalukan bagi kaum adam. Betul! Istilah ini sungguh memalukan bagi kaum adam. Tapi pada aku, tiada salahnya perigi mencari timba (wanita memikat lelaki).
Kalau kamu kamu yang merasakan perigi cari timba ini sesuatu yang memalukan, pastinya kamu kamu cetek tentang sirah junjungan Nabi SAW. Kalau kamu kamu masih ingat atau pernah mendengar sirah Nabi, tahukah kamu bahawasanya isteri pertama baginda, Siti Khadijah merupakan wanita yang memikat nabi? Siti Khadijah sangat kagum dengan nabi atas kejujuran baginda menjalankan urusan perniagaan Siti Khadijah. Bertitik tolak daripada itu, Siti Khadijah menaruh hati kepada nabi.
Kalau kamu kamu wahai wanita merasakan bahawa perigi cari timba ini memalukan, sedarlah bahawa wanita yang amat disayangi Nabi SAW merupakan insan yang boleh diistilahkan sebagai perigi cari timba.
Jahilnya kamu andai kamu istilahkan bahawa perigi cari timba ini sangat memalukan. Sedarlah wahai wanita, andai lelaki yang kamu cintai itu seorang yang pemalu, tidak salah rasanya kamu mendahuluinya.
Aku amat tertarik dengan perbualan antara seorang member aku dengan seorang kawan sepejabatnya (perempuan) yang menyamakan member aku dengan aku iaitu perigi mencari timba. Hina sangatkah perempuan yang memikat lelaki?
Cuba kamu renungkan, seandainya timba yang mencari perigi (lelaki memikat wanita), tidakkah kamu rasa bahawa kemungkinan yang BESAR si timba akan menduakan perigi? Kalau dalam realitinya, perigi itu terletak di satu tempat tanpa bisa bergerak ke mana mana berbanding timba yang bebas dibawa untuk ke perigi yang lain? Maksud aku di sini, lelaki yang memikat wanita tidak mustahil mampu memikat wanita yang lain seandainya masih berhubungan dengan wanita sedia ada. Dengan lebih jelasnya, kamu berkemungkinan diPOLIGAMI.
Sedarlah. Artikel ini aku sebenarnya tujukan kepada kawan sepejabat member aku itu yang menganggap lelaki yang pemalu (perigi cari timba) adalah seorang memalukan dan kurang keyakinan diri. Kamu rasa perigi cari timba adalah yang tidak patut berlaku - kamu anggap tidak gentlemen.
Ingat dan tauladanilah Siti Khadijah Binti Khuwailid yang menjadi inspirasi nabi SAW.
pengkaki: hei kamu wanita! perigi cari timba lebih baik daripada timba mencari perigi, dari satu perigi pergi pula kepada perigi lain. Lelaki yang memikat kamu belum tentu setia dengan kamu!
Hafiz
Sabtu, Mac 21, 2009
Mulut tempayan
Dalam simpulan bahasa melayu, "Mulut Tempayan" ertinya seseorang yang tak pandai menyimpan rahsia. Jadi, simpulan inilah yang dapat aku labelkan pada seorang member aku yang sangat...sangat...bermulut tempayan. Pelbagai cerita yang patut disimpan agar tidak menghuru harakan dunia serta dapat menutup keaiban seseorang telah terdedah dek kerana mulut.
Alkisah, satu kisah silam aku yang dah bertahun berlalu dan berlaku. Hanya orang orang tertentu je yang mendapat keistimewaan mendengar cerita dan luahan daripada aku. Dan dengan harapan cerita itu hanya tersorok di dalam kocek mereka, maka pelbagailah cerita dan luahan aku kepada mereka mereka tertentu tersebut.
Aku baru dapat tahu tentang satu cerita. Dan hal ini memang aku dah duga dari dulu cuma tiada sebarang bukti atau saksi untuk menuduhnya. Dan pada hari ini, kekemakan (ungkapan encik bob) pada dirinya sangat terserlah. Aku memang sedar akan sifatnya yang tak boleh menyimpan rahsia kerana aku sedar, dia selalu menceritakan pelbagai kisah kepada keluarganya especially to his parents. Itu kira tak apa la kot sebab aku pon agak rapat dengan his parents. But, apa yang mengecewakan aku ialah, kisah silam aku terbongkar dari mulut dia kepada orang yang memang berkait secara langsung dengan hal tersebut.
Hoh, kenapalah kekemakan ko nih aku tak sedar yer? Pandai betol engko. Bila aku tanya, engko kata tak tao. Boy, I know, you don't like to talk shit about other people, but you are shit when you talk to people the story that you supposed to keep it as save as you can.
Harap, lepas nih aku takkan bercerita lagi apa apa kepada dia. Kalau beginilah kesudahannya.
Terima kasih saja kerana sudi mendengar luahan aku selama nih. Lepas nih harap aku takkan cerita lagi apa apa my privacy to you. Hope you understand and stood. Will you?
Ok, shit. GTG....jpg)
pengkaki: mulut tempayan adalah sangat busuk, lebih busuk dari bau bangkai babi dan hanjing. - mungkin kisah di atas akan mengugat satu perhubungan~ MUNGKIN...
Hafiz
Rabu, Mac 18, 2009
Lelaki pemalu
Yeah, satu pernyataan yang sensitif. Sensitif ke?
Erm..lelaki pemalu. It's me! Aku la pemalu. Ye ke? Kamu kamu kenal siapa aku? Entah, sehingga artikel ini ditulis, aku sendiri keliru dan bingung samada aku masih mengenali diri aku atau sebaliknya.
Ada perempuan tak suka pada lelaki pemalu? Betul ke? Mungkin...probably its true. But on the other side, lelaki pemalu nih banyak kelebihannya. Contohnya macam aku ler. Bukan seorang yang kaki jalan, bukan seorang yang suka mengusha awek tak tentu pasal (walau sebenarnya hari hari aku 'Hai..hai' kat awek tempat aku kerja nih - pemalu ke?) serta pelbagai lagi isi kandungan perangai yang baik2 belaka yang pada aku mesti didambakan oleh wanita-wanita yang solehah - mungkin.
Pada awek awek yang tak suka dengan sifat pemalu seorang lelaki nih, mungkin anda ada alasan tersendiri. Kamu kamu suka ke kekasih jantung hati kamu yang tiada sifat pemalu mengusha awek di belakang kamu tanpa pengetahuan kamu? Ini adalah antara keburukan orang yang tak berapa pemalu nih. Takda kesetiaan tau.
Tetapi, ada juga wanita yang suka pada lelaki pemalu nih. Sebabnya, orang yang pemalu nih nampak pendiam (kadang2 dilabel sombong), serius (kadang2 pelawak macam badut), sentiasa berfikir dan pelbagai lagi karektor seorang lelaki yang baik - hahaha..aku cuba puji diri sendiri, harap abaikan!
Entahlah, aku dah memang bersifat pemalu seperti ini walaupun ada yang mengatakan aku punya ketokohan memimpin kerana keberanian dan keyakinan diri aku, hakikatnya aku seorang yang pemalu.
Tapi aku agak terkedu dengan pernyataan brother Bob. Beliau mengatakan bahawasanya, sifat yang sedang/telah merebak menusuk sanubari aku ini bukanlah sifat pemalu tetapi ia adalah kurangnya keyakinan pada diri sendiri. Menurut beliau lagi, kurangnya keyakinan diri ini yang paling banyak melanda mereka mereka yang mengaku pemalu (termasuk encik Bob juga, hehe).
Contohnya, "Kalau ko tengah usha sorang awek tuh, usha punya usha tiba-tiba awek tuh plak usha ko, apa yang ko buat?" kata encik Bob. "Mestilah aku tengok tempat lain," jawab aku sambil menghempus asap rokok. "Yeah, tepat sekali!" sambil gelak terbahak-bahak sehingga ingin menyaman sesiapa sahaja yang memaki beliau supaya beliau mendapatkan wang sehingga RM800 juta akibat daripada menyaman orang.
So, fikirkan lah yer. Pada aku, memang betul pendapat encik Bob itu. Kurang keyakinan diri tapi bukan sebarang keyakinan. Ianya adalah kurangnya keyakinan diri dalam mengusha awek yer.
So, biarkan aku bertenang seketika untuk memutuskan samada untuk meningkatkan keyakinan aku atau mengekalkannya atau memburukkannya lagi. Sama sama kita renungkan.
Tengs for your perusal.
pengkaki: terima kasih kepada encik yang bersusah payah tolong kenenkan seorang awek untuk aku. Jasa anda saya hargai dan terima kasih je la kepada awek tersebut yang berusaha untuk kenenkan aku untuk member beliau. Susah susah je. Ingat aku nih pelacur ke - hahahahahahahaha
Hafiz
Jumaat, Mac 13, 2009
PPSMI - Pembelajaran dan Pengajaran Sains, Matematik dalam Bahasa Inggeris
PPSMI - Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Aku tertarik untuk membahaskan isu ini setelah mengusha status seorang demi seorang member Y!M aku yang antara mereka mencatatkan sebagai "Bantah PPSMI".
Kenapa membantah? Kamu kamu berkenaan atau terlibat ke dengan PPSMI? Even kamu terlibat pun, aku merasakan bahawasanya PPSMI adalah sesuatu yang baik. Pihak pembangkang pun sibuk membantah begitu juga persatuan persatuan berkaitan Melayu yang membantah perlaksanaan PPSMI. Sedarkah kamu kamu yang membantah ini bahawasanya PPSMI telah dilaksanakan 6 tahun lalu!
Kenapa baru sekarang kamu membantah? Kenapa tidak semasa mula mula ia diperkenalkan sebelum sebulat suara bersetuju perlaksanaannya di Parlimen? Why now?
Tak masuk akal betul. Kalau nak dilihat hasil perlaksanaan PPSMI, lihatlah keputusan anak-anak dan cucu cucu kamu yang menduduki UPSR tahun lalu dan keputusannya adalah meningkat daripada tahun sebelumnya bagi dua subjek tersebut. Kamu dah hilang akal?
Kalau difikirkan balik akan kebaikan PPSMI, ia adalah sesuatu yang sangat berfaedah dan bermanfaat untuk generasi pelapis kepada kamu kamu yang dah tua bangka serta haprak. Adakah kamu sahaja yang berasakan layak untuk menguasai bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik? Kenapa anak anak dan cucu cucu kamu tidak boleh belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris? Rosak ke akidah mereka? Semakin tongong ke mereka? Lupakah mereka pada bahasa Melayu? Kamu ini terlalu pentingkan diri sendiri. Fikirkanlah masa depan mereka. Kamu sendiri dah nampak masa kamu. Kamu yang membantah semuanya berpendidikan tinggi seperti doktorat, sarjana muda dan sebagainya yang mempelajari ilmu kamu itu yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.
Fikirlah semula. Apa relevannya kamu membantah? Lambat laun andai kata mereka ke menara gading, subjek itu jugalah yang akan mereka pelajari dalam bahasa Inggeris. Bodoh sungguh kamu ini walau kamu menggenggam seketul ijazah, doktorat dan sebagainya.
Dan kepada yang menulis status di Y!M tersebut (member kepada akU), kamu pun sama juga. Kenapa kamu nak membantah. Masa zaman kamu belajar di sekolah bukannya kamu belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris malah dalam bahasa Melayu tapi apa keputusan SPM kamu? Cemerlang? WOW...
Kalau kamu membantah, baik kamu resign daripada pekerjaan yang kamu lakukan sekarang(untuk rekod: beliao bekerja dalam bidang IT) dan koyakkan sahaja Diploma Teknologi Maklumat kamu kerana setahu aku, bahasa pengaturcaraan yang kamu gunakan untuk membina sistem, laman web dan sewaktu dengannya boleh dikatakan 100% dalam bahasa Inggeris.
Harap kamu akan tersedar daripada lamunan mimpi pembangkang/mereka mereka yang membantah PPSMI (sebab hampir semua pihak yang membantah PPSMI adalah pihak pembangkang).
OK, chill semua.
renung-renungkan dan selamat beramal~
pengkaki: kalau kamu bangkang Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, apa kata kamu bangkang juga bacaan solat kepada bahasa Melayu? - jgn jadi bengong yer. Bukan kamu sahaja yang nak pandai~
Hafiz
Update: Kerjalah semampu jawatan kamu
Assalamualaikum..
Hampir seminggu menghilangkan diri, now it's time to pay back for all my thought about life around me.
Nah, ini artikel pertama minggu ini:
Kamu seorang yang sibuk? Yeah, semua orang punya kesibukan tersendiri begitu juga aku. Walau sesibuk mana aku, tidak pula aku rasa aku pernah mengarah orang sejawatan aku dengan nada seorang bos mengarahkan kulinya bekerja.
Kamu baru bekerja? Yeah, semua orang pernah merasakan pengalaman baru bekerja dan mungkin kamu seorang yang istimewa dan komited terhadap kerja kamu. Aku juga pernah mengalami pengalaman baru bekerja tetapi tidak pula terlalu komited dengan kerja walhal baru sahaja mengenali fungsi tugas dan belum memahami susur galur serta selok belok deskripsi tugas tersebut hatta sehingga hari ini.
Tidak pula aku mengarah orang seolah olah aku telah bekerja selama lebih 10 TAHUN!
Walau apa pun, pertimbangkanlah pandangan dan nasihat orang yang lebih lama bekerja dari kamu hatta perbezaan seminit dari kamu. Kerana mungkin pengalamannya yang seminit lebih daripada kamu itu adalah lebih bermakna. Jangan pula nanti kamu dilabel sebagai seorang yang giler kuasa atau bahasa tipikalnya ialah POYO kerana kamu memikul tugas yang bukan dalam bidang kuasa kamu hatta kamu penuh keyakinan dan pengalaman dalam melaksanakan tugas kamu itu kerana kelak keputusan atau tindakan kamu itu akan memakan diri kamu.
Bukanlah aku berlagak tahu segala hal, tapi mintalah pendapat orang lain jika kamu masih baru. Jangan jadi "Kaduk naik junjung" pula.
Sekadar pemerhatian aku terhadap beberapa sikap kamu kamu yang baru bekerja yang mempunya komitmen yang terlampao 'beyond your limits'.
Ok, renung-renungkan dan selamat beramal.
pengkaki: aku bekerja lebih lama (walau tak lama) daripada kamu dan apa yang aku katakan pada kamu adalah apa yang diberitahu oleh bos aku. So, jangan melawan. Dengar dan pertimbangkan samada kamu itu bos, atau bos kamu itu bos atau bos aku adalah bos.
Hafiz
Khamis, Mac 05, 2009
Kapor - kenching - chong
Tadi lepas posting artikel yang bawah nih tadi, aku dengan sengaja telah menegur seorang member aku. Ketika kejadian tegur menegur di Y!M berlaku, tiba-tiba aku teringat akan kisah seorang member aku yang juga member kepada yang aku tegur tadi.
Apa yang membuatkan aku ingat kat beliau? Yeah, aku baru dapat tahu bahawasanya beliau adalah seorang kaki chong atau kapor atau kencing dsb yang sewaktu dengannya. Kejap lagi aku cerita. aku nak reply private message member aku nih jap.
dua minit kemudian...
Yeah, aku baru mendapat tahu tentang sikap member aku tersebut yang aku namakan di sini sebagai Sepol (bukan nama sebenar). Masa hari raya tahun lepas, aku dan beberapa member ada la projek menziarah ke rumah member2. Nak dijadikan cerita, untuk aktiviti tersebut si Sepol telah memperagakan sebuah kereta Wira kepada aku dan rakan rakan lain. Maka aku amatlah kagum kepada beliau kerana telah mampu memiliki sebuah kereta (sebagai rekod beliau merupakan seorang kakitangan awam). Yeah, bila aku tanya, jawapan yang diberikan amatlah memberangsangkan bahawasanya kereta tersebut adalah milik beliau. Kejap yer, nak reply PM member jap..
kurang seminit kemudian...
Yah, sambung balik. Maka bertanyalah aku tentang downpayment, monthly dsb tentang kehidupan seorang yang memiliki aset bergelar kereta. Dan setiap persoalan aku dijawab dengan penuh keyakinan tanpa was was.
Dipendekkan cerita, setelah peristiwa itu berlaku beberapa bulan yang lalu, pada beberapa malam yang lalu semasa melepak, terbukalah cerita tentang kereta tersebut. Rupa-rupanya kereta tersebut bukanlah milik beliau, sebaliknya adalah milik member beliau. Oh, dunia. Penipuan rupanya!
Kenapa sanggup manusia membesarkan diri untuk mendapat sedikit respek daripada orang lain. Bila berlaku kejadian seperti itu, jangankan kata respek, suspek pon susah nak dikenakan ke atas engkau walaupun engkau memandu sebuah kereta lembu (edisi Thailand).
Cisss... Kaki kapor rupanya. Nasib baik kawan kawan baik engkau kantoikan kat aku. Entah entah kalau aku tak tahu cerita sebenar, mungkin sampai mati aku ditipu oleh engkau.
Kuang hajor!...
Okla..lantaklah kamu kamu semua. Pikir-pikirlah sendiri. Harap kamu kamu tidak menipu, mengencing, mengapor atau menchong member2 kamu.
Hafiz
Jumaat, Februari 27, 2009
Hukum ALLAH - Al Quran merekod segalanya
Assalamualaikum. Aku mulakan dengan nama Allah untuk posting kali ini.
Maha Suci Allah pemilik hari Kiamat, Pentadbir sekalian Alam.
Berikutan posting sebelum ini berkaitan hukum hudud, ada yang mempersoalkan kelayakan/had umur seseorang untuk dikenakan hukuman berdasarkan hudud seperti gambar yang aku selitkan dalam posting sebelum ini yang memaparkan tangan seorang kanak-kanak digeles/digelek oleh tayar kenderaan akibat perbuatannya mencuri.
Jadi, untuk merungkai kerunsingan tersebut, aku selitkan sedikit sebanyak info berkaitan hudud.
Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:
1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)
2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)
3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:
"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .
4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:
"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)
5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)
Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:
"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)
So, di atas adalah sedikit petikan yang dipetik daripada http://www.al-azim.com berkaitan Jenayat dan hukumannya dalam Islam.
Yang dipersoalkan oleh hamba Allah tersebut ialah, "Mengapa kanak-kanak juga dihukum mengikut undang-undang Islam walaupun belum mencapai usia akil baligh? Tidakkah itu kejam/melampao? Sedangkan kanak-kanak berusia 7 tahun kalau tak sembahyang pun, dosanya ditanggung oleh ibu bapanya."
Pada aku cukup mudah, dalam al-Quran tidak pula disabitkan had usia untuk menerima hukuman tersebut. Tak tahulah kalau ada disebutkan di dalam al-Quran sebab aku pun bukanlah seorang 'Hafiz' atau 'Pentafsir' al-Quran. Sekadar mengulangkaji sekiranya berlaku kekeliruan.
ALLAH Maha Mengetahui
Renung-renungkan dan selamat beramal~
pengkaki: kalau masih tak puas hati tentang artikel tersebut atau menganggap masih samar-samar, sila rujuk kepada yang lebih arif.
Salinan penuh: Download - Hukum Jenayat dalam Islam.pdf
Hafiz
Khamis, Februari 26, 2009
al-Fatihah buat saudara Nurazlan
Sebelum kamu kamu membaca lebih lanjut artikel ini, marilah kita sama sama sedekahkan al-Fatihah kepada muslimin, muslimah, mukminin dan mukminah yang telah kembali ke rahmatullah sebelum kita.
Pagi ini ketika sedang syok melayan hindustan, aku didatangi dengan SMS oleh bekas kekasih aku. SMS tersebut mengandungi info mengenai salah seorang sahabat kami iaitu saudara Nurazlan. Dikhabarkan beliau telah kembali ke rahmatullah kerana menghidap penyakit paru-paru berair.
Dengan perasaan terkejut dan hati yang berdebar-debar, aku sedekahkan al-Fatihah buat allahyarham dengan harapan moga doa aku sampai kepada allahyarham dan allahyarham di tempatkan di kalangan mereka mereka yang beriman di sisi ALLAH SWT.
Kepada yang mengenali allahyarham (bekas pelajar MRSM Muar tahun 2002-2003), dan kepada kamu kamu marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada allahyarham dan saudara Islam kita yang telah kembali kepada ALLAH sebelum kita.
Al-Fatihah
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (al-'Imran, 3:185)
Rabu, Februari 25, 2009
Hudud - Hukum ALLAH
Dalam al-Quran al-Karim dah termaktub akan segala macam hukum Allah SWT yang kita kenali sebagai hukum hudud. Hukum ini adalah hukum yang ditentukan atau ditetapkan oleh Allah SWT kepada umat manusia yang melakukan kesalahan.
Walaubagaimanapun, kita pada hari ini tidak dapat menerima hukum tersebut kerana kononnya Islam pada zaman ini berbeza dengan Islam pada zaman nabi. Relevan? Apakah relevan alasan tersebut?
Pada aku, inilah hukum yang kekal untuk digunapakai oleh umat manusia di atas dunia ini supaya keamanan dan kesejahteraan hidup dapat kita jalani di atas muka bumi. Walaupun ia nampak kejam, tapi hikmah disebaliknya amat besar.
Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.
Kanak-kanak tersebut dihukum dengan meletakkan tangan kirinya di atas jalan supaya digelek oleh tayar kereta - kalau diikutkan, hukuman bagi mencuri dalam hudud ialah dipotong tangan.
Tangan kanak-kanak terbabit digelek oleh tayar sebagai ganti hukuman memotong tangan. Pada aku, hukuman seperti ini sudah memadai untuk menyedarkan kanak-kanak terbabit dan juga umat manusia sekalian akan akibat mencuri.
Renung-renungkanlah dan selamat beramal~Amal Ma'aruf Nahi Munkar
(Kerja kan kebaikan tinggalkan kejahatan)
ALLAH jua Maha Mengetahui
pengkaki: Islam hadhari? Apa itu Islam hadhari? Ada termaktub hukum hudud tak? - aku bukan anti-kerajaan atau pro-pembangkang atau sebaliknya bagi kedua-dua pihak. Cuma mencari di mana relevannya..
Hafiz
Selasa, Februari 24, 2009
Renung-renungkan dan selamat beramal~
Di sini aku nak berkongsi sedikit video yang aku dapat daripada seorang teman melalui email. Sangat kelakar, lawak, lucu dan setara dengannya.
Renung-renungkan dan selamat beramal~
Jumaat, Februari 20, 2009
Santapan nurani - Jumaat ullul Ayyam
4 hari aku tak meng'update' blog aku berikutan kesibukan yang membanjiri kehidupan kerja aku minggu nih. Tak tao nak story apa untuk tatapan nurani kamu kamu.
Aku suka bercerita tentang agama, tapi kang bila aku cerita pasal agama kat sini, ada pula label aku sebagai seorang yang sangat taksub yang membolehkan diri aku tersesat/terpesong - orang kata lah..
walaubagaimanapun, aku tidaklah terlalu alim dalam soal agama, dan aku masih belajar. Tahap pengetahuan aku adalah sama seperti kamu kamu juga, tidak pula setaraf dengan mufti-mufti kebangsaan atau international.
Ok la, aku taknak bercerita tentang agama. Tapi ada lah sikit untuk tatapan nurani kamu kamu di hari Jumaat yang dimuliakan ini.
DARUL TAQWA & DATUK DR JOHARpetikan email daripada: zarihan@fke.utm.my
Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya
apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan
purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas
tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.
"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti
pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa
berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.
"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman
dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian
putih dengan serban yang melilit kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia
datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit
merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr . Johar terus hairan. Bangunan
pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter
bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet
train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak
dipikul oleh manusia-manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di
mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.
"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak
yang menegurnya tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan
bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya:
teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak
itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba- tiba datang sebuah
kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan
pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.
"Assalamualaikum. ...Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda
pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di
Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman.
Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30
kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."
Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar
tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di
seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya
membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?
" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu
minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ?
" tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji.
Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai
alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan
tenang.
"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit,
kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu
?" Tanya pegawai itu pula.
Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr.
Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui
cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali
leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal
pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah!
Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang
kolot, dia yang ketinggalan zaman.
"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang
besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "
"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam
belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang
pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang,
kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah
zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang
kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan
Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul
Taqwa."
Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku
sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak
kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar
Kuala lumpur . Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah
sana . Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.
"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya.
Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk
memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."
Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah?
Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia
mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak
Datuk Dr. Johar.
"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak
boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan
pakcik dunia dan Akhirat..."
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari
jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada
seorang pegawai penguatkuasa.
"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa
Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di
hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.
Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan
kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat
hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar
mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di
mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi
jalan :
"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah.
Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu
fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan
minuman. Sila datang!"
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan
mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun
masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan.
Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua
itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.
"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk
lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan
daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "
Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan
perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".
Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu
adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran
dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir
Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's
Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di
sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak
perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.
"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem
pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak
macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi
tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan
Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman
jahiliyyah tu... Subhanallah. ..." Keluh tuan restoran itu sambil
mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia
manggeleng -gelengkan kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar
pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",
"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan
berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang
menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal
dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang.
Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan
ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata
pelayan itu dengan sopan.
Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu
berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan
seorang diri bagai kera sumbang.
" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana
masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan
wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja
"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain
?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati.
Datuk Dr . Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan
lima ribu ringgit ... malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan
tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya." Susah kita
sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka
patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang
kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia
orang tak sudi pula terima sedekah kita.�
�Oh...!� keluh seorang yang sama-sama makan dengan
lelaki muda tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita
korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan
daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita
tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit
untuk kemaskinikan kementerian- kementeriannya. ... saya nak labur
habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan.
Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.
Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!"
ujarnya kepada pelayan restoran.
"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah
sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan
kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi.
"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan
luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan
di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.
"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk
bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera
ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan
berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu
hospital!�
"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing
manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca
buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada
siapa menghidapnya. ...."
"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring.
Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
"Di sana , tuan. Melalui butang pada sistem komputer di
sebelah sana , tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah
risau pasal bil. Percuma.�
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke
tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna
berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia
malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan
kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah
atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam
skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul
nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN
NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk
tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.
Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu.
aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.
Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya.
Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu.
Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA,
KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI�.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing.
Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit
ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot
sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya
dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar
lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.
Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji,"
"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian
baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di
tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.
Kemudian getaran suara bergema
.... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
stanza hati merindu Ilahi!"
Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke
kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar
kami halalkan sajalah ..."
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya
bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.
"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh
kami terima, kami halalkan sajalah."
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan
berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar
pencuri."
" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah
dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim
kerana takutkan seksa Neraka."
"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku
dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.
Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir
teknologi begini tinggi.
Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya.
Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan
urusannya. Di seberang jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas
:" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar
seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban,
berjubah dan berpurdah.
Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan
salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek.
Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk
Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu
tiba-tiba meletus.
"Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"
Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu
keputusan pilihanraya hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? " tanya Datuk Dr.
Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu
demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya. .."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi
matanya.
"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH
JANJI ILAHI"
"Pasakkan Sabat Teguhkan Istiqamah"
Isnin, Februari 16, 2009
Hei..encik Faizal Bin Tahir
Semalam, aku usha usha balek tengok Anugerah Juara Lagu 23 dan dalam satu part, aku terasa nak bercerita tentang seorang mamat artis yang menang 3 anugerah (kalao tak silap) malam tuh. Yeah, tak dapat dinafikan lagi beliao adalah Faizal Tahir (baca tajuk artikel pon dah tao). Aku actually tak suka sangat pada Faizal Tahir nih.
Hanya kerana dia berubah 100%, membuatkan aku tak suka pada beliao. Memang tak dapat dinafikan beliao punya bakat. Tapi, kalau diimbas kronologi pembabitannya ke dalam industri seni sungguh memalukan! Bayangkanlah, daripada seorang artis nasyid, kini menjadi artis pop rock. Mungkin tak salah menjadi artis pop rock, tapi perubahan yang ketara dilakukan oleh beliao. Bandingkan gambar berikut.
Lihat gambar di sebelah kiri, semasa menganggotai kumpulan Mirwana dan gambar di sebelah kanan semasa persembahan anugerah Juara Lagu lalu. Lihat saja penampilannya, dengan kuku diwarnakan hitam, memakai rantai dsb. Jadi, aku tertanya tanya, betul ke dia nih dulu seorang artis nasyid? Atau sekadar join Mirwana untuk mencipta nama semata-mata?
Memalukan sungguh! Memalukan persada nasyid negara. Banyak lagi perkara yang luar biasa pernah dilakukannya. Antaranya, beberapa tahun lepas, beliao membuka baju di khalayak ramai dalam satu konsert. Huh, apa kata encik Faizal fikirkan sejenak. Apa yang anda lakukan itu betul atau tidak?
Yang tak boleh tahan tuh, daripada artis nasyid kepada artis rock yang tak keruan! Fikir-fikirkanlah. Dan selamat berubah (bertaubat).
Hafiz
Jumaat, Februari 13, 2009
Valentine - hari bodoh pasangan yang meraikannya
Valentine day - hari pasangan bercinta menjadi bodoh!
yEAH..
Apakah aku benar dalam definisi Valentine Day? Mungkin.. inilah definisi aku terhadap satu hari yang disambut oleh pasangan kekasih pada setiap tahun iaitu 14 Februari.
Hari tersebut diwar warkan sebagai hari memperingati kekasih. Apakah kebodohan di sebalik hari ini? Yeah, hari memperingati kekasih. Kenapa mesti memperingati kekasih kau pada hari ini setiap tahun?Kalau benar kamu kamu menyayangi pasangan kamu kamu, kamu seharusnya memperingatinya setiap detik, setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun (maksud di sini ialah non-stop loving/remembering). Kenapa kamu perlu isytihar 14 Februari sebagai hari memperingatinya?
Cuba fikirkan kembali kebodohan kamu yang terang dan nyata itu. Pelbagai versi sejarah disebarkan mengenai hari Valentine ini yang rata-rata (actually semua versi berkonsep sama) mengutuk/menyelar hari Valentine yang konon-kononnya berkaitan penghinaan terhadap Islam. Tapi pada aku, walau apa jua definisi atau versi sejarah Valentine, ianya satu sambutan yang membodohkan, bukan sahaja diri sendiri mahupun pasangan, malah membodohkan ketua kampung jiran pasangan anda - tidak releven, sila abaikan!
So, kebodohan kamu kamu wahai pasangan berkasih yang menyambut hari tersebut amatlah terserlah. Hentikanlah kegiatan tak bermaruah ini. Carilah alternatif lain untuk menyayangi kekasih kamu.
Valentine is SUCK and FUCK! Dem to those who celebrated it!
**p/s:kalao kamu pasangan suami isteri, silalah memperingati pasangan kamu setiap waktu dan jangan lupa memperingati Dia yang Maha Agung kerna cinta-Nya melebihi cinta kamu sesama manusia.
Hafiz
Selasa, Februari 10, 2009
Sifat kejam dalam diri seorang pemimpin?
Aktiviti harian (hampir) setiap malam, aku akan melepak di sebuah restoran mamak dengan seorang atau beberapa orang kawan aku. Dalam aktiviti melepak tersebut, pelbagai topik dibincangkan samada dari segi politik, peribadi etc.
So, malam tadi ada sedikit topik berkaitan politik yang kami borakkan. Antaranya berkaitan kepimpinan. Menurut seorang rakan aku, untuk menjadi seorang pemimpin, sedikit sifat kejam perlu ada dalam diri pemimpin tersebut. Prinsip seperti itu dibantah oleh aku.
Pada aku, seseorang pemimpin itu tidak semestinya bersikap kejam untuk menjadi seorang pemimpin. Aku berikan contoh yang pada aku amat bernas, iaitu melihat kepimpinan Nabi SAW. Nabi selaku seorang utusan ALLAH SWT, juga sebagai seorang pemimpin sebuah negara iaitu Madinah. Sepanjang Nabi SAW menjadi pemimpin, baginda tidak pernah berlaku kejam. Memang tidak dapat dinafikan lagi, Nabi SAW dilindungi oleh ALLAH SWT dan para Malaikat. Oleh itu, sifat kejam atau mazmumah memang tidak akan ada pada Nabi SAW.
Apa yang membuatkan aku tertarik adalah mengenai persepsi kawan aku itu iaitu, 'zaman Nabi SAW lain, zaman sekarang lain'.
Absolutely right, memang zaman Nabi dulu sangat berbeza dengan zaman sekarang. Tapi apa yang perlu diingat ialah, cara atau tauladan Nabi SAW itu adalah untuk umat baginda sampai akhir zaman (akhirat/kiamat). Nabi pon pernah bersabda sebelum baginda wafat yang bermaksud, "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara sebagai panduan kamu iaitu al-Quran al-Karim dan sunnahku." So, perbezaan itu hanyalah pada zaman tapi tidak pada asasnya.
Tak perlulah aku nak huraikan lebih lanjut lagi pendapat aku sebab walau apa pun yang akan aku suarakan nanti akan dibidas melalui logik akal.
Apa yang mengelirukan aku ialah, kawan aku tersebut menyatakan pemimpin yang kejam adalah pemimpin yang berjaya. Betul ke? Diberikan contoh seperti Hitler dan Saddam Hussin. Berjayakah mereka?
Entahlah, aku sendiri adalah seorang yang buta sejarah. Tapi, aku tetap dengan pendirian aku bahawasanya, seseorang pemimpin itu tidak perlu menggunakan walau sedikit pun sifat kejam dalam kepimpinannya.
Renung-renungkan dan selamat beramal~
Hafiz
Isnin, Februari 09, 2009
Bengang, bengong, bingung...
Hari ini betol betol menguji kesabaran aku terhadap kengkawan aku berbangsa Melayu yang berjanji seperti seekor k#l*!g.
Nak dijadikan sebuah cerita yang tak berapa best, minggu lepas aku didatangi dengan sebuah SMS daripada seorang bekas rakan sekelas aku yang berbunyi, “Akum hafiz, ko cht ke?Aku minah (bukan nama sebenar) dit.Ingat lg x?Aku dh bsalin.Aku duk kt kota msai.Ko xnk dtg tgk bby aku ke?”
Bila dapat SMS tersebut, aku pon teruslah berbalas SMS dgn nya. Dan dengan itu juga tercetuslah idea aku untuk mengorganisasi sebuah lawatan tanpa belajar ke rumah beliao. Dan berlakulah jemputan demi jemputan aku kepada member member yang lain. Dan dengan itu, adalah dua-tiga orang yang dah setuju (deal) untuk melakukan aktiviti tersebut.
Dan pada hari yang dijanjikan (hari ini), aku cuba menghubungi mereka mereka yang berkenaan dan ada di antara mereka yang menghantar SMS kepada aku mengatakan dia berada di Pontian dan terlupa nak bagitao aku bahawasanya dia tak dapat join. Hoh, buat aku bengang betol. Tak nak bagitao awal2. Ingat aku apa? Pak pacak nak tunggu SMS daripada diorang? SMS nih memang betol betol buat aku bengang. Memang aku tak layan lah SMS dia tuh.
Tak cukup dengan itu, aku dengan seorang member pon menuju ke rumah cik minah tadi. Dengan harapan lagi dua ekor tuh dah ada kt rumah cik minah. Sebab minggu lepas, dalam perjanjian tak rasmi kami dah deal untuk berjumpa di rumah cik minah jam 2 petang. Dan bila aku sampai ke rumah cik minah, aku tengok rumah cik minah senyap je (kosong mcm takda orang). Mungkin cik minah sedang tidur dgn baby beliao. Tak kisah lah tuh. Yang buat aku bengang tuh, orang yang janji nak jumpa kt rumah cik minah tak nampak bayangnya, jangan kan kata bayang, bau kentot pon takda. Ceh, betol2 aku bengang.
Dah lah aku call sekor2 tak berjawab! Ingat aku nak ngorat sangat ke? Heran ke aku??? Dan dengan itu, aku dgn member aku mengambil keputusan untuk blah jer. Gila ke kamu kamu kalao tunggu kat luar rumah atau masuk ke rumah bini orang? Kami nih lelaki. Buatnya laki cik minah takda, aku dgn member aku masuk, kang jiran-jiran mula lah bukak mulut yang busuk tersebut. Bermulalah fitnah terhadap cik minah. Tak elok betol. Aku pon dgn member aku tersebut teros chow menuju ke Cahaya Masai atas tujuan lain kerana tujuan ke rumah cik minah terbantot.
So, kepada kamu kamu yang berkenaan, silalah insaf daripada berjanji atau bermulut busuk . kerana orang orang seperti kamu adalah seorang yang munafik. Sekurang kurangnya kalao tak dapat pergi, silalah inform kepada aku lebih awal. Taklah aku dengan member aku bersusah payah memandu dari Tampoi ke Pasir Gudang. Lebih kasihan, member aku yang datang dari Kulai. Hoh, kamu memang menyusahkan. Membazir minyak kereta aku. Nasib baik aku dengan member aku membatalkan niat membeli hamper untuk baby cik minah. Kalao tidak, sapa nak guna barang tuh? Kamu ke? Sedar lah sikit, kamu tuh dah tua bangka.
Oklah, kepada kamu kamu, sila lah insaf. Lepas nih aku mungkin akan berfikir lebih 10 kali sebelum mengajak kamu lagi.
Sorry to say.
Selepas menaip artikel di atas, aku telah menerima SMS daripada mereka mereka yang bertanggungjawab di atas kebengangan aku pada hari ini. SMS yang berbunyi, "Slm.hafiz sory.joyah (bukan nama sebenar) xblk jb.dr t'ganu trus blk sgmt.mak joyah (bukan nama sebenar) skit.soryxsmpt bgtau."
Daripada kiriman tersebut, barulah aku tahu sebab musabab ketidak munculan beliao di tempat yang dijanjikan. Tapi, walaubagaimanapun, artikel yang telah penat aku taip sambil menonton Buletin Utama di atas tetap aku publish. Ia sebagai satu renungan buat semua terutama yang berbangsa Melayu yang meluahkan kata janji supaya mengotakannya walau kamu kamu tidak tinggal di Kota Melaka, Kota Tinggi atau kota kota yang setaraf dengannya.
Next time, please bagitao awal awal supaya mudah aku nak arrange perjalanan yang lain. Tidaklah aku dan member aku tuh dok menunggu dalam keta depan rumah cik minah macam orang tongong (tp mcm detektif pun ada gak, dok usha markas penyamun untuk rush - bola 1 kepada bola 2, bola sepak lagi besar daripada bola futsal..hahahaha).
updated:10th Feb 2009
Hafiz







