Yeah, aku semakin galak. Dah lama tak menggalakkan diri melakukan aktiviti laghah tahap kronik. Hari ini, berulang kembali aktiviti yang sungguh menggalakkan diri aku.
Kalau kamu kamu mengikuti perkembangan aktiviti laghah aku pada artikel artikel yang lepas, aku telah pun menghuraikan antara aktiviti aktiviti lasak yang telah aku sertai bersama beberapa orang rakan/teman.
Bowling:
Yeah, antara aktiviti yang mungkin aku akan sematkan dalam kalendar hidup aku sebagai satu aktiviti tradisi yang harus dilakukan sekurang kurangnya sebulan sekali dan sebanyak banyaknya adalah seminggu sekali (tapi tak mungkin setiap hari - pokai lah aku kalau macam nih selalu..heh).
Di bawah, aku selitkan beberapa detik nostalgia semasa melakukan aktiviti ini dengan disertai oleh dua orang anggota baru (heh, kaklong kena lah selalu join kalau nak jadi ahli jawatankuasa..heh).





Yeah, tidak dilupakan juga aktiviti ini iaitu mengenyangkan temolok dengan menghadap hidangan di Anjung Warisan. Wah..wah..sejak dah tahu jalan ke sana, asyik nak ke sana je. Rasanya, AW nih antara yang popular kot kat Johor nih. Entahlah, selagi berduit/berkemampuan, boleh aje melayan makan makan di sini.
Karaoke:
Erm..aktiviti yang tidak asing lagi. Dah lama tak melalak puas puas. Akhirnya terlerai sudah ke'gian'an untuk melalak mengikut hawa nafsu. Yeah, hari ini kegalakan melalak diteruskan dengan 15 buah lagu. Tidak syak lagi, aku semakin galak dan semakin tak betol kerana sanggup melayan 15 buah lagu.




Hari ini juga aku berjaya menghasut dua orang untuk bersama aku serta seorang member aku si Sharir (bukan nama sebenar - tapi kata dia nama dia Sharir, aku pun konpius). Selamat berkenalan kepada Cik Ehem (bukan nama sebenar - kalau letak nama sebenar pun bukan orang kenal, lainlah kalau cik Siti Perigi yang baca..jangan marah aaa..) dan selamat datang kepada encik Rudy (memang nama dia) kerana berjaya menyertai aktiviti laghah aku bersama rakan rakan. Harap jangan menyesal menyertai kami.
Terima kasih encik Sharir kerana memperkenalkan cik Ehem. Heh, sori la kalao saya kurang berbual ye. Segan borak borak dengan perempuan. Almaklomlah, saya nih kuat mencarot..nak borak dengan perempuan kenalah sopan santun..hahaha...ye ke? sama je...
Salam perkenalan ye cik Ehem..rajin rajinlah singgah sini..bagi komen/ketidakpuasan hati pon ok je..
Whatever it is, today is an awesome day~
pengkaki: heh, lain kali boleh kita buat lagi aktiviti macam nih ye...Cik Siti Perigi nak join? Tak boleh kot sebab nih aktiviti untuk perigi cari timba je...Timba cari perigi takda..belum diwujudkan lagi..lain kali ye... pengkaki kaki: kaklong lain kali jangan malu malu...kitorang sempoi je, nyanyi sumbang macam mana pun bukan orang lain tau..kita kita je..heh...
Hafiz
2 ulasan:
kalau saya diberi kesempatan saya akan menyanyi lagu "salam untuk kekasih" dari Nadia
hoh...pulak..
Catat Ulasan