Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Memaparkan catatan dengan label lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lawak. Papar semua catatan

Khamis, April 09, 2009

Release a tense 2

Heh, aku cuba melepaskan ketensenan aku dgn bermain game bangang. Tapi masih belom reda lagi. Oleh itu, aku cuba pula menonton game bangang dari Jepon untuk melepaskan tensen aku.


Mula mula aku memang tak paham. Apa kejadahnya diorang buat nih. Rupa rupanya, nih permainan tak boleh gelak. Sapa gelak, kena rotan. So, kamu kamu silalah enjoy dengan video ini dan pelbagai percubaan dilakukan untuk membuat para peserta gelak - kena rotan bukan pelan pelan, macam kena rotan sebab merogol la..


1 = one, 2 = two, 3 = three, 4 = four, 5= five, 6 = six, 7 = seven, 8 = eight, 9 = nine, 10 = ten
17 = seventeen, 18 = eighteen, 19 = nineteen, 20 = ten ten
..., ..., ..., ..., ..., 28 = ten ten eight, 29 = ten ten nine, 30 = ten ten ten
..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., ..., 100 = ten ten ten ten ten ten ten ten ten ten

pengkaki: hoh, tensen masih blom reda. dibelenggu rasa bersalah.. oh tuhan, ampunkan aku!

credit: akeq

Isnin, Mac 23, 2009

Spontan

Spontan adalah tindakan yang tidak dibuat buat dengan sengaja kerana spontan adalah satu tindakan/perbuatan/pertuturan yang tidak dirancang atau dijangka.

Semasa sedang asyik menghirup segelas Nescafe O yang aku mintak suam tapi diberi panas di sebuah restoran bersama seorang member, aku dilemparkan dengan sebuah cerita yang pada aku semasa mendengarnya boleh diklasifikasikan sebagai lawak, kelakar dan lucu tapi bukan lucah!

Berikutan pada petang tadi hujan turun dengan lebatnya disertai oleh petir/kilat/guruh/halilintar, maka terjadilah sebuah bahan lawak yang menyebabkan aku membazer beberapa titisan air nescafe di dalam mulut kerana tak tahan nak gelak - aku sembur keluar air tersebut.

Ceritanya begini, semasa sedang hujan lebat di sekitar Taman Baiduri (area Taman Perling) dengan dentuman petir, maka datanglah seorang makhluk nih dengan tak pasal pasal telah men'snap' gambar di dalam opis. Berbekalkan sebuah kamera (mungkin juga handphone) yang menggunakan mode flash, maka si makhluk tadi pun menangkap sebuah gambar. Dan pancaran flash daripada kamera tersebut - mungkin juga handphone telah menyebabkan seorang minah telah dengan spontannya....(aku tengah gelak jap) beristighfar panjang dengan suara yang LANTANG! Bayangkan, minah tersebut ingat kilat memancar di dalam opis! HAHAHAHAHA...-aku tengah gelak...

Maka, mengekeklah semua insan di dalam opis tersebut menggelakkan gelagat minah tadi yang spontan kerana takut petir menyambar beliau (untuk rekod minah nih belum kawen lagi - takut mati awal ke kak? heh)

So, spontan nih kalau kena dengan tingkah laku/pertuturan yang lucu tapi bukan lucah (kadang-kadang lucah juga yang terpacul dari mulut) amatlah kelakar.

Elak-elakkanlah...banyak banyak istighfar yer. Jangan mudah melatah.


Ok, chill..



pengkaki: kepada kaklong yang terasa, kamu sangat lucu lah...


Hafiz

Sabtu, Mac 21, 2009

Wrestling itu AWESOME

Ada yang menganggap bahawa gusti itu tidak sesuai untuk pelbagai golongan usia, hanya untuk lelaki dewasa sahaja. Dan kadangkala, mungkin ia langsung tidak sesuai untuk ditonton sesiapa sahaja kerana ia GANAS!

Tapi, tahukah kamu, gusti ini sedikit sebanyak dapat membantu kamu? Aku sendiri seorang yang fanatik dalam sukan yang ganas ini seperti World Wrestling Entertainment (WWE).

Kepada kaum hawa, gusti ini dapat membantu kamu dalam situasi kecemasan seperti gambar berikut:

ragut.gif

Lantunan yang ganas dan awesome daripada seorang wanita untuk seorang peragut.
Move: Back Body Drop


Selepas ini, sama samalah kita menonton gusti kerana selain GANAS, ia juga satu hiburan. Work out itu AWESOME.

pengkaki: John Cena, The Rock, Stone Cold, Triple H dan ramai lagi. You all MANIAC and AWESOME.




Hafiz

Working out

Anda saket? Anda cerewet? Anda putus cinta?

Yeah, video berikut mungkin dapat membantu anda. Bersenam mampu mengubati segalanya dan pastinya your dreams will come true. Is it?



credit: nikzizieazuinnabidin


pengkaki: kejadahnya??? hahahaha



Hafiz

Jumaat, Mac 20, 2009

Tekanan pada pekerjaan - BEWARE!

Harap kamu kamu yang bekerja tidaklah mengalami tekanan di dalam melaksanakan pekerjaan kamu. Tapi, sekiranya kamu kamu tertekan, jangan pula melakukan aktiviti seperti berikut:













credit: nikzizieazuinnabidin

pengkaki: Encik Bob diharap bertenang semasa melayani karenah para pelanggan beliao! Jangan tensen sebagaimana di atas.

Khamis, Mac 19, 2009

Edisi Sepah: Raja Lawak sebenar Astro musim 3

Setelah hampir 3 minggu kehilangan talian internet yang laju, kini aku kembali dengan talian tersebut dan telah selamat memuaturun rancangan Raja Lawak Astro musim ketiga. So, aku selit kat sini lawak lawak yang digunapakai oleh team Sepah yang menobatkan mereka sebagai juaranya.

Lawak stage kedua (Musical Comedy):


Mamat:Patahlah hati, merajuklah diri

Nazri:Kenapa engkau merajuk? Muka dah buruk payahku nak pujuk. Engkau nih tadi aku dengar patah hati patah hati, yang aku pernah dengar patah tangan, patah ranting je. Hati kau nih jenis yang macam mana nih?

Mamat:Aku tengah sedih nih ngok.

Nazri:Kenapa?

Mamat:Anak aku daripada kecik sampai ke besar aku jaga diorang bagai BINATANG minyak yang penuh, ngok.

Nazri:Oih..binatang iras iras engkau, MENATANG!

Mamat:Aku jaga diorang....aku jaga diorang bagai menatang minyak yang penuh, ngok. Dah tua dia hantar aku kat rumah orang orang tua, ngok.

Nazri:Aduh kau ni, kita orang tua tua memang tempat dia kat rumah orang tua, takkan kat rumah mayat. Nak sangat???

Mamat:Nih ngok lagi satu ngok. Dah masuk raya ketiga nih ngok, batang hidung diorang pon aku tak nampak. Diorang tak nak amek aku ke beraya?

Nazri:Sah kau dah nyanyuk, sah kau dah nyanyuk.

Mamat:Kenapa ngok?

Nazri:Memang dah raya ketiga, tapi nih raya raya cina kau tau tak?

Mamat:Habis yang aku puasa selama nih buat apa ngok?

Nazri:Itu puasa ganti, kau kan uzur.

Mamat:Ye tak ye juga.

Shuaib:
Assalamualaikum... pakcik pakcik dah mencekik ke belom? saya bawak dedak dengan sekoi.. silakanlah mencekik..!



Mamat:Hei..hei..kau ingat aku nih burung ke apa nak kasi makan dedak.

Nazri:Kau jaga je la burung kau!


Shuaib:Pakcik, burung saya Nuri baru mati kena baham dek kucing tau, jangan sebut sebut, saya rindu tau burung saya.

Mamat:Sedihlah tuh.

Nazri:Eh, kau nih double meaning pulak.

Shuaib:Mana ada. Pakcik, saya kan ditugaskan jaga makan minum pakcik kat sini. Jadi pakcik tak rasa gembira ke dengan adanya saya kat sini?

Nazri:Aku tahu kebajikan kau kau jaga. Tapi aku nak komplen satu bab nih.

Shuaib:Apa benda?

Nazri:Memang pakai semua cebok kau kasi, tapi aku harap sangat keratlah kuku kau. Sebab hari tu kau cebok, luka kau tau tak?

Mamat:Ngok..ngok..engkau pun kena juga ke?

Nazri:Kena.

Mamat:Aku itu hari lagi teruk ngok.

Nazri:Apasal?

Mamat:Dia cebok aku tak bersih, aku tidur bersemut ngok, seluar.

Shuaib:Mintak maaf.

Nazri:Yang kau pun satu, dah tau bersemut, tak suruh aku ridsect kan.

Mamat:Gila kau.

Nazri:Kenapa?

Mamat:Terbakar nanti.
Shuaib:Minta maaf pakcik eh. Nampak sedih sedih nih kenapa nih?

Nazri:Sedihlah.

Mamat:Kau apa tau?

Nazri:Hiburkanlah.

Shuaib:Nak hibur?

Mamat:Nak.

Shuaib:Kalau pandai, pakcik pandai nyanyi, ikut saya nyanyi sekali boleh tak? Saya nyanyi pasal pakcik nih yang macam kusut kusut sangat nih. Saya backup pakcik tau.


Nazri:Hah, bior anak anak aku dengar.

Shuaib:Baru diorang tau.

Mamat:Nyanyi cepat nyanyi cepat.

Shuaib:Cepat.Jom.

Shuaib:
dulu kau ku belai... tak pernah ku lalai... tapi hilang ke mana.. aku pula yang merana..

Nazri@Jep:
sekarang kau dah pandai.. biarku terabai ..tinggallah aku terkapai kapai..


Sepah:
diriku sendiri.. tercampak di sini.. tak siapa peduli.. tiada arah tuju.. tentunya ****.. yang penting bahgia.. oo..oo..oo..oo


Secara keseluruhannya, lawak Sepah sangat sempoi. Hidup Sepah!

Rabu, Mac 18, 2009

Tenangkan diri, gelakkan hati

Suami isteri..

1.Cium Isteri
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami :Kenapa? Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja,
suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan
berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka.
Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'

2.Bunuh Setan
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa
yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.'Abang,
abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh
kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang
betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti
membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'. Kata si suami 'yerr kerr?'
Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg?
sambil ketawa.. Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ...........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'