Semalam, mencatat sejarah tersendiri buat diri aku kerana aku memaksa diri aku untuk diangkat tinggi tinggi. Apa maksud aku? Yeah, semalam aku telah diarahkan untuk menaiki sebuah kren untuk melihat pemandangan sauna (cewah...) di SPACE. Tujuan sebenarnya adalah untuk melihat samada persekitaran di UTM dan Desa Bakti dapat dilihat atau tidak dari SPACE.
Maka, aku terpaksa juga menaiki kren tersebut yang bergerak setinggi tinggi yang boleh. Oh dunia. Hanya tuhan saja tahu perasaan kegayatan aku di ketika itu. Nak taknak pun kena buat, dah arahan kan..
Terima kasih diucapkan kepada brader kren yang sudi memandu kren tersebut dengan sangat berhati hati. SAFETY FIRST la katakan.
Hafiz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan