Apa pendapat kamu kamu kalau aku berhenti daripada berblog? Kamu ada pendapat? Silalah berikan pendapat kamu.
Aku rasa lebih baik aku berhenti daripada terus menimbulkan konflik atas penulisan aku ini. Heh, sekian lama aku mengelolakan blog ini yang umpama sebuah cinta bagi aku, akhirnya bakal kecundang juga hanya kerana konflik yang pertama kali aku timbulkan dalam blog ini.
Apa pendapa kamu? Perlukah aku berhenti? Adakah kandungan penulisan aku sungguh melampau?
Apa kata kamu tentukan. Penulisan aku seterusnya bergantung kepada kamu. Harap kamu berikan pendapat kamu..
Kepada rakan rakan seangkatan dan seperjuangan, harap kamu kamu teruskan usaha kamu dan kekalkan legasi berblog kamu itu. Luahkan apa yang kamu mahu sekadar mampu diluahkan untuk meringankan beban minda dan rohani kamu.
Terima kasih atas segala sokongan dan dorongan kamu kamu selama ini.
Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Khamis, April 09, 2009
Rasanya cukuplah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan