Apa pendapat kamu kamu kalau aku berhenti daripada berblog? Kamu ada pendapat? Silalah berikan pendapat kamu.
Aku rasa lebih baik aku berhenti daripada terus menimbulkan konflik atas penulisan aku ini. Heh, sekian lama aku mengelolakan blog ini yang umpama sebuah cinta bagi aku, akhirnya bakal kecundang juga hanya kerana konflik yang pertama kali aku timbulkan dalam blog ini.
Apa pendapa kamu? Perlukah aku berhenti? Adakah kandungan penulisan aku sungguh melampau?
Apa kata kamu tentukan. Penulisan aku seterusnya bergantung kepada kamu. Harap kamu berikan pendapat kamu..
Kepada rakan rakan seangkatan dan seperjuangan, harap kamu kamu teruskan usaha kamu dan kekalkan legasi berblog kamu itu. Luahkan apa yang kamu mahu sekadar mampu diluahkan untuk meringankan beban minda dan rohani kamu.
Terima kasih atas segala sokongan dan dorongan kamu kamu selama ini.
Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Khamis, April 09, 2009
Rasanya cukuplah
Isnin, April 06, 2009
Berkenalan?
Heh, tak sangka. Walaupun penulisan aku di sini sungguh teruk (kerana sering mencaci, mengkeji, mengkritik, memaki dsb tentang yang buruk buruk belaka), masih ada juga yang nak berkenalan dengan aku ini.
Hoh, terima kasih atas sokongan anda.
Walau apa jua persepsi kamu, biar aku berterus terang tentang diri aku ini yang sebenar. Aku hanyalah seorang penulis yang jahil merangkap seorang kuli yang pemalas tetapi tetap berdegil untuk menyembunyikan diri sendiri sehingga menjadi sungguh misteri di mata aku sendiri. - ayat tersembunyi, kalau kamu bijak silalah cari alternatif untuk membacanya. Heh.
Kerakusan hidup aku menjadi inspirasi penulisan blog aku ini. Aku tetap kekal misteri - walau hakikatnya, aku tidaklah semisteri mana...Hidup menjadi semakin mudah dengan menjadi diri sendiri. Jadi nasihat aku kepada kamu yang nak berkenalan dengan aku, aku hanyalah insan yang sangat rakus menjalani kehidupan seharian.
Terima kasih.
Antara karya aku yang menggambarkan diri aku yang sungguh misteri ini - sebuah karya projek akhir pengajianpengkaki: AkuSiMisteri hanyalah sebuah ilusi yang dihalusi oleh sedikit naluri
Hafiz
Mari jadi blogger
Hoh, seorang lagi member aku berjaya dijerat untuk menjadi seorang blogger. Heh, akhirnya kamu terjebak juga ye encik.
Blog pertama beliau adalah sangat menusuk kalbu. Heh, agak terkena pada batang hidung sendiri nih. Terima kasih lah encik kerana sudi mengupdate your 1st posting tuh. Hebat, walaupun hakikatnya kamu mencilok orang punya ye.
Tapi takpa, itulah antara tujuan blog. Mengenengahkan apa yang kita rasa perlu bukan untuk diri sendiri saja tapi untuk orang lain juga.
Kepada kamu kamu yang nak menziarahi laman blog encik tersebut, sila klik di sini atau kamu taip je sendiri http://anak-sudiman.blogspot.com (beliau bukanlah anak kepada biduan Sudirman ye, harap perbetulkan persepsi pertama kamu itu).
pengkaki: mari jebak ramai ramai lagi untuk jadi blogger
Hafiz
Jumaat, April 03, 2009
Terima Kasih adik adik ILP Mersing
Kalau kamu kamu ada baca satu artikel aku bertajuk "Kenali Kerja Saya", aku ada selitkan beberapa keping gambar. Dan di antara makhluk yang terselit dalam gambar tersebut ialah adik adik yang menjalani latihan industri.
So, hari ini adalah hari terakhir mereka di sini. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan yang diberikan kepada kami sepanjang kamu bekerja bersama kami. Harap maaf andai terkasar bahasa, terlanjur kata. Semoga kamu sukses di masa hadapan.
Selamat maju jaya.
Credit:
Nurul Huda
Tahirah
Elis (bukan nama sebenar - lupa nama betul daa)
Apai (bukan nama sebenar - lupa nama betul daa)
pengkaki: semoga ada lagi adik adik yang nak berpraktikal di sini untuk dibuli. Heh..
Hafiz
Rokok: Kini semakin EXTREME
Gua tak tau nak letak tajuk apa untuk posting kali nih. Tapi, gua rasa tajuk di atas amat sesuai untuk gua gambarkan posting kali ini. EXTREME - gua rasa perkataan yang sesuai. Sangat sesuai apabila kamu kamu dapat melihat rupa bentuk serta wajah terbaru kotak kotak rokok pada hari ini.
Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Kesihatan kerana berjaya juga akhirnya memanipulasi tokey kilang rokok untuk mereka bekerjasama bagi mengeluarkan model kotak rokok yang seperti ini.
Gua ingatkan kotak rokok jenama gua (brand yang gua sedut asapnya) je yang takda menatang haram nih, rupanya petang tadi gua sambar sekotak seperti biasa dan gua melihat tatu pada kotak rokok tersebut amat EXTREME.
Betullah kata mereka mereka yang melihat kotak rokok yang baru nih. Sangat tak berselera untuk merokok. Hoh, sungguh EXTREME dan boleh dikategorikan sebagai sangat KEJAM kerana mempamerkan gambar sebegitu pada kotak rokok. Apakah dosa seorang perokok? - heh, kenyataan tak relevan, sila abaikan.
Tapi, walau apa jua rupa model kotak rokok tersebut, gua rasa belum tiba saat dan ketikanya untuk gua berhenti merokok kerana gua mempunyai banyak kotak kotak rokok kosong yang menjadi koleksi peribadi gua dan gua akan gunakannya sebaik mungkin dengan mengalihkan batang batang rokok ke dalam kotak rokok gua yang gua simpan sebagai koleksi. Inilah alternatifnya untuk terus merokok. Hehe..jangan terpengaruh dengan kenyataan gua yer.
Apa pun, silalah enjoy gambar/model terbaru design kotak rokok pada hari ini. Semoga kesedaran datang dalam diri anda.
Chill~
pengkaki: belum sampai seru lagi untuk gua - mungkin, ya, tidak!
Hafiz
Bijaklah sikit
Aku rasa hairan dan pelik melihat tingkah laku manusia nih. Kadang kadang tak berpikir untuk bertindak - macam aku gak.
Kalau ye kamu amat membenci seseorang dan ingin menghantar sebarang email berbentuk lucah ke, ugutan ke, caci maki ke, harap kamu dapat lakukannya dengan terperinci. Pastinya kamu nakkan identiti kamu tersorok bukan? Tak tahulah kalau kamu ini seorang yang sinis hingga tak kesah dikenali oleh si penerima email tersebut (seperti aku yang sangat sinis mengutuk, mengkeji, mengkritik, mencaci dsb kepada kawan2 secara terang2).
Tapi, kalau kamu cuba menyembunyikan identiti kamu, aku amat berharap kamu gunakanlah identiti palsu ke apa ke. Jangan gunakan sesuatu identiti kamu yang biasa kamu gunakan kerana ia PASTI memerangkap kamu.
Kerana kebengongan kamu itu, satu bentuk hukuman sedang menanti kamu kerana manusia yang berkecimpung dalam bidang IT seperti aku bukanlah seorang yang bodoh dan dumb serta useless. Kami dapat menghidu kamu di alam maya ini melalui sedikit siasatan dan kebarangkalian tentang identiti kamu (ewah, dah macam polis plak).
So, kepada yang suka menghantar email/surat layang berbaur lucah, ugutan, caci maki dsb harap kamu berfikir secara empat segi di setiap penjuru akan identiti kamu (kalau taknak identiti kamu terdedah). Kamu amat mudah terdedah kalau kamu tidak berhati-hati.
Chill~
pengkaki: walau kamu seorang budak/pelajar dalam bidang IT, harap kamu jangan terlalu bangga dengan kebolehan/pendidikan kamu kerana mereka yang dah lama berkecimpung dalam bidang IT sangat mudah menghidu kamu - berjaya jumpa kamu di FRIENDSTER
Hafiz
Rabu, April 01, 2009
April Fool
Hari ini 1 April.
Dulu masa zaman sekolah, pada tarikh ini kawan kawan akan mengenakan kawan kawan yang lain dengan pelbagai cara yang boleh mengganggu emosi kawan kawan dengan berkata "APRIL FOOL!"
Apa relevan sambutan ini? Pagi ini, aku mendengar FlyFm dan dua ekor dJ yang ke udara membicarakan (macam diorang sambut APRIL Fool dengan gembira je) tentang APRIL Fool. Perlu ke menyambut hari kebodohan APRIL? Ada ke hari begitu?
Aku berkeyakinan masih ada Melayu beragama Islam yang menyambut hari kebodohan begini kerana mereka sememangnya bodoh kerana menyambut sambutan begini. Harap kamu kamu yang singgah ke sini bukanlah dari golongan yang bodoh.
Terima Kasih.
pengkaki: APRIL Fool itu megaibkan orang, menipu orang, menjadikan seseorang itu tidak jujur dsb walau niatya hanya bergurau. Kenakah pada tempatnya?
Hafiz
Edisi Khas April: Ulangtahun ke-2
Selamat Ulang tahun ke-2 buat aku! Terima kasih..terima kasih..sila..sila, tambah lagi. Tak cukup boleh amek kat peti ais memasing kat rumah yer. Terima kasih atas sokongan kamu kamu yang semakin jemu menyinggah ke blog aku ini. Semoga kejemuan kamu itu nanti akan menyebabkan aku semakin hensem tanpa diduga.
Anyway, I appreciates all your supported to me either it's good or bad or both. Thanks.
Marilah sama sama berdoa kepada ALLAH, "Ya, Allah. Ampunkan segala dosa hamba-Mu, Hafiz (penulis blog ini). Limpahkan beliau dengan limpahan rezeki-Mu yang di langit dan di bumi, laut serta daratan. Limpahkan juga kebahagiaan buat beliau dunia dan akhirat. Kurniakan kesihatan kepadanya supaya dapat meningkatkan amal ibadatnya kepada-Mu. Hanya kepada-Mu kami meminta, perkenankanlah doa kami. Amin, ya rabbal alamin."
Terima kasih kerana mendoakan aku yer. Hanya tuhan dapat membalas jasa baik kamu.
Mari lah juga kita sama sama panjatkan kesyukuran kepada Ilahi di atas panjangnya umur aku kerana dengan izin-Nya, maka dapatlah aku curahkan segala bentuk idea aku yang waras mahupun bengong ke dalam blog ini. 
Hafiz
Isnin, Mac 30, 2009
Edit - pastu edit - lastly tak jadi
Gua sedang berusaha mengubah sedikit rupa bentuk blog gua nih. Tak banyak yang gua ubah, just top banner je. Anyway, kalao ada yang perasan, ada encik kacak sedang tunjuk 'peace' kat bawah tuh. I'll explain what he doing in here and who is he.
Ka ching~
pengkaki: gua tengah kebekuan otak nak buat make over nih. Nanti siap, lu orang sendiri tengok sudah~
Hafiz
Ahad, Mac 29, 2009
Komuniti Web
Boleh dikatakan setiap hari dalam mailbox aku - samada official mail atau tidak, aku akan menerima jemputan daripada para member serta bekas kekasih dan kekasih yang tak sudi yang mengundang aku menyertai mereka dalam komuniti web.
Apakah komuniti web yang aku maksudkan? Friendster, Facebook, Hi-5, Myspace dan macam macam lagi. Aku dah bosan dengan undangan seperti sampah itu.
Kepada kamu kamu, aku dah pun menyertai beberapa komuniti web yang mana aku tak berapa aktif pun melainkan Friendster.
Harap kamu kamu akan sedar akan ketidak mahuan aku menyertai kamu dan berharap semoga kamu menghentikan tabiat menjemput aku kerana aku takkan melayan sebarang surat menyurat.
Terima kasih.
pengkaki: aku baru je join facebook semalam. Hehe..
Hafiz
Khamis, Mac 26, 2009
3 - 2 - 1 - 4 - 5
Gua dah tak tau nak posting apa. Pagi tadi, ketika sedang melahu sementara menunggu untuk memonteng kerja keluar sarapan gua telah memeriksa antaramuka Friendster gua untuk mengusha andai ada awek2 yang awesome menengok page gua - skali gua check, suma muka yang sama.
Pastu, gua terpandang satu entry bulletin yang gua rasa memang malas nak baca, tapi memandangkan gua tengah bosan, gua bukaklah bulletin tersebut yang diposting oleh encik aL-bAmAnDHiJ (bukan nama sebenar). Isi kandungan bulletin yang dipost beliau adalah seperti berikut:
Lu orang baca dan pikir sendiri sudah. Gua memang takda masa nak kaitkan hidup gua dengan cerita di atas. Tapi, gua buat gaklah sebagaimana yang diarahkan dan jawapan gua adalah:Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.Ada 5 perkara berlaku serentak.1.Air mendidih kat dapur.2.Air paip melimpah kat bilik air.3.Bayi menangis.4.Telefon berbunyi.5. Ada orang ketuk pintu.Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikutkeutamaananda.Fikir...Fikir...Fikir...Fikir...Fiki r...OK , dah habis fikir dan buat keputusan?Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?Baik, mari kita semak jawapan anda...apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : mungkin menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : mungkin menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : mungkin menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : mungkin menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : mungkin menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.
3 - 2- 1 - 4 - 5.
Sebab musabab gua bagi jawapan di atas adalah kerana:
3. Bayi menangis - takkan nak biar je bayi menangis. Agak2 kalau tengah menderita kesakitan ke, tak ke naya. Baik gua layan bayi menangis dulu.
2. Air paip melimpah - mestilah gua kena tutup paip air tuh setelah gua sangat yakin bayi tadi dah tak menangis. Kang biar lama lama kang, bil air bertambah plak. Sapa nak bayar? Bayi tadi ke? Tak pun lu orang je la tolong bayarkan.
1. Air mendidih kat dapur - ala air mendidih kejap takpa la. Kasi bayi tak menangis pastuh tutup paip air, baru setelkan air yang mendidih tuh.
4. Telefon berbunyi - baik gua jawab terus panggilan misteri tuh. Manalah tau kalau kalau ada kecemasan ke kan? Entah entah ketua kampung jiran gua sakit ke, hapa ke kan? Setakat ada orang datang ketuk pintu, diorang kena tunggulah.
5. Ada orang ketuk pintu - ni la perkara terakhir gua akan buat iaitu melayan makhluk yang mengetuk pintu. Takkan diorang tak boleh dengar bayi menangis kan? mestilah gua kena setelkan bayi dulu. Pastu dalam masa yang sama gua mestilah menjerit suruh orang tuh tunggu dulu sambil berbual di telefon.
So, itulah jawapan gua. Lu orang pikir sendiri sudah. Tak payah nak missed call gua, hantar email ke hapa ke. Gua takkan layan punya. Lu orang pikir je la sendiri.
Ok, chill
credit: al-bamandhij (bukan nama sebenar)
pengkaki: gua rasa, tindakan gua sangat betul mengikut turutan di atas dan janganlah lu orang persoalkan kredibiliti gua tersebut.
Hafiz
Selasa, Mac 24, 2009
60 - Earth Hour
Daftar sekarang di earthhour.org.my
Sokonglah alam sekitar kita!
AkuSiMisteri menyokong penuh kempen di atas!Hafiz
Isnin, Mac 23, 2009
Petir - Kilat - Halilintar - Guruh
Petang ini cuaca hujan lebat di sekitar Skudai. Hoh, ketika enak melepak sambil ponteng kerja di Mak Jah Corner, hujan turun dengan sangat lebat sehingga mencetuskan fenomena ponteng kerja sehingga tamat kerja dalam kepala hotak aku.
Lantas, dalam hujan lebat itu, tersulam juga petir atau kilat atau guruh atau halilintar yang sangat dahsyat bunyinya saling berganti dari satu dentuman dengan satu dentuman yang mana kamu kamu bisa hangus tanpa meninggalkan sebarang sisa selain tulang yang takkan luput (apa namanya entah) sekiranya kamu disambar petir tersebut atau kamu sendiri yang cari pasal untuk disambar oleh petir.
Jadi, silalah baca tentang petir seperti di bawah:
Punca fenomena petir menjadi titik tengah spekulasi dan penyelidikan saintifik selama berabad-abad lamanya. Teori terawal yang pernah dicatat dipercayai diolah oleh ahli falsafah Yunani bernama Aristotle pada abad ke-3, manakala suatu kepercayaan awal mengatakan bahawa petir dihasilkan oleh pertembungan awan. Kemudiannya, baru bermacam-macam lagi teori yang dicadangkan. Menjelang petengahan abad ke-19, teori bahawa kilat menghasilkan vakum diterima umum. Pada abad ke-20, timbulnya satu ijmak bahawa petir harus bermula dengan gelombang kejutan di udara akibat pengembangan haba plasma secara mendadak dalam arus kilat. Dalam masa kurang sesaat, udara dipanaskan kepada suhu hampir 28,000 °C (50,000 °F). Pemanasan inilah yang menyebabkan udara mengembang ke luar lalu bertembung dengan udara sejuk di sekelilingya pada kelajuan mengatasi bunyi dalam udara sejuk itu. Denyut yang bergerak ke arah luar itu menghasilkan gelombang kejutan, serupa prinsipnya dengan gelombang kejutan yang dihasilkan letupan, atau di hadapan pesawat supersonik.
Baru-baru ini, ijmak tersebut telah dihakis oleh pemerhatian yang menyukat tekanan lampau dalam simulasi kilat lebih besar berbanding apa yang dapat tercapai oleh jumlah pemanasan yang didapati. Pemerhatian alternatif ini bergantung pada kesan elektrodinamik tindakan arus yang besar terhadap plasma dalam panahan kilat.

So, moral of the story:
Tunggu sampai hujan reda dan tiada petir berlegar legar di angkasa yang boleh menyebabkan kamu kamu menghadap yang Maha Esa sebelum sempat bertaubat - mungkin.
pengkaki: petir pada hari ini sangat dahsyat - kecut jadinya.
Hafiz
Sabtu, Mac 21, 2009
Wrestling itu AWESOME
Ada yang menganggap bahawa gusti itu tidak sesuai untuk pelbagai golongan usia, hanya untuk lelaki dewasa sahaja. Dan kadangkala, mungkin ia langsung tidak sesuai untuk ditonton sesiapa sahaja kerana ia GANAS!
Tapi, tahukah kamu, gusti ini sedikit sebanyak dapat membantu kamu? Aku sendiri seorang yang fanatik dalam sukan yang ganas ini seperti World Wrestling Entertainment (WWE).
Kepada kaum hawa, gusti ini dapat membantu kamu dalam situasi kecemasan seperti gambar berikut:
Move: Back Body Drop
pengkaki: John Cena, The Rock, Stone Cold, Triple H dan ramai lagi. You all MANIAC and AWESOME.
Hafiz
Akan datang...
Akan datang...topik yang akan aku kupas, ialah tentang 'Mulut Tempayan'.
Jadi, kepada kamu kamu yang rasa kamu kamu adalah seorang bermulut tempayan, nantikan...
Working out
Anda saket? Anda cerewet? Anda putus cinta?
Yeah, video berikut mungkin dapat membantu anda. Bersenam mampu mengubati segalanya dan pastinya your dreams will come true. Is it?
pengkaki: kejadahnya??? hahahaha
Hafiz
Jumaat, Mac 13, 2009
PPSMI - Pembelajaran dan Pengajaran Sains, Matematik dalam Bahasa Inggeris
PPSMI - Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Aku tertarik untuk membahaskan isu ini setelah mengusha status seorang demi seorang member Y!M aku yang antara mereka mencatatkan sebagai "Bantah PPSMI".
Kenapa membantah? Kamu kamu berkenaan atau terlibat ke dengan PPSMI? Even kamu terlibat pun, aku merasakan bahawasanya PPSMI adalah sesuatu yang baik. Pihak pembangkang pun sibuk membantah begitu juga persatuan persatuan berkaitan Melayu yang membantah perlaksanaan PPSMI. Sedarkah kamu kamu yang membantah ini bahawasanya PPSMI telah dilaksanakan 6 tahun lalu!
Kenapa baru sekarang kamu membantah? Kenapa tidak semasa mula mula ia diperkenalkan sebelum sebulat suara bersetuju perlaksanaannya di Parlimen? Why now?
Tak masuk akal betul. Kalau nak dilihat hasil perlaksanaan PPSMI, lihatlah keputusan anak-anak dan cucu cucu kamu yang menduduki UPSR tahun lalu dan keputusannya adalah meningkat daripada tahun sebelumnya bagi dua subjek tersebut. Kamu dah hilang akal?
Kalau difikirkan balik akan kebaikan PPSMI, ia adalah sesuatu yang sangat berfaedah dan bermanfaat untuk generasi pelapis kepada kamu kamu yang dah tua bangka serta haprak. Adakah kamu sahaja yang berasakan layak untuk menguasai bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik? Kenapa anak anak dan cucu cucu kamu tidak boleh belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris? Rosak ke akidah mereka? Semakin tongong ke mereka? Lupakah mereka pada bahasa Melayu? Kamu ini terlalu pentingkan diri sendiri. Fikirkanlah masa depan mereka. Kamu sendiri dah nampak masa kamu. Kamu yang membantah semuanya berpendidikan tinggi seperti doktorat, sarjana muda dan sebagainya yang mempelajari ilmu kamu itu yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.
Fikirlah semula. Apa relevannya kamu membantah? Lambat laun andai kata mereka ke menara gading, subjek itu jugalah yang akan mereka pelajari dalam bahasa Inggeris. Bodoh sungguh kamu ini walau kamu menggenggam seketul ijazah, doktorat dan sebagainya.
Dan kepada yang menulis status di Y!M tersebut (member kepada akU), kamu pun sama juga. Kenapa kamu nak membantah. Masa zaman kamu belajar di sekolah bukannya kamu belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris malah dalam bahasa Melayu tapi apa keputusan SPM kamu? Cemerlang? WOW...
Kalau kamu membantah, baik kamu resign daripada pekerjaan yang kamu lakukan sekarang(untuk rekod: beliao bekerja dalam bidang IT) dan koyakkan sahaja Diploma Teknologi Maklumat kamu kerana setahu aku, bahasa pengaturcaraan yang kamu gunakan untuk membina sistem, laman web dan sewaktu dengannya boleh dikatakan 100% dalam bahasa Inggeris.
Harap kamu akan tersedar daripada lamunan mimpi pembangkang/mereka mereka yang membantah PPSMI (sebab hampir semua pihak yang membantah PPSMI adalah pihak pembangkang).
OK, chill semua.
renung-renungkan dan selamat beramal~
pengkaki: kalau kamu bangkang Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, apa kata kamu bangkang juga bacaan solat kepada bahasa Melayu? - jgn jadi bengong yer. Bukan kamu sahaja yang nak pandai~
Hafiz
Jumaat, Mac 06, 2009
Vanishing...
Mungkin sepanjang minggu depan aku tak dapat update blog aku berikutan aku diarahkan ke Petaling Jaya atas urusan rasmi. So, kepada yang sangat suka melepak di blog aku ini dengan membaca penulisan kurang bijak daripada aku, harap kamu kamu bersabar dan tabah menunggu kembalinya aku untuk update blog ini.
Dan kepada yang tinggal di sekitar Petaling Jaya yang teringin menemui aku, aku mungkin akan menginap di Eastin Hotel. Bolehlah cari aku dan belanja aku makan serta berpoya poya di sekitar Kuala Lumpur. Terima kasih.
Ahad, Mac 01, 2009
Edisi Raja Lawak Astro 3 - Pengundi BODOH??
Jumaat lepas aku tidak ketinggalan menyaksikan siaran secara langsung rancangan kegemaran aku iaitu Raja Lawak Astro musim ke-3 bagi minggu ke-9.
Malam tersebut menentukan 3 peserta untuk ke peringkat akhir yang dijangka berlangsung pada 6 Mac 2009.
Biar aku komen sedikit setiap peserta -
Amir:
Lawak dia semakin tidak menjadi. Membuat lawak berdasarkan skrip yang ditulis dan dihafal. Langsung tidak melucukan. Aku menunggu untuk ketawa tapi hampa. Dan setiap kali dia mempersembahkan lawaknya, aku tak sabar menunggu masa untuknya habiskan lawaknya.
Sepah:
Antara peserta kegemaran. Setiap minggu memberikan lawak yang baru dan segar dan membuatkan penonton serta aku sendiri tidak kering gusi menyaksikan telatah mereka. Kemungkinan besar, daripada ramalan aku SEPAH mungkin akan dinobatkan sebagai Raja Lawak Astro ke-3.
Jihan:
Satu-satunya peserta wanita tunggal yang masih kekal. Lawaknya juga semakin galak. Peningkatan setiap minggu walau ada juga minggu-minggu yang lalu kurang menyengat. Dia juga merupakan salah seorang peserta kegemaran dan tidak mustahil untuk dinobatkan sebagai Raja Lawak Astro ke-3 sekaligus memecah rekod sebagai Raja Lawak Astro Wanita pertama.
LNJ:
Sebenarnya pada aku lawak yang dibawakan LNJ kurang menyengat. Dengan loghat 'utara' yang menjadi trademark mereka, aku kadang-kadang tak paham langsung dengan penyampaian mereka. Mungkin orang utara faham agaknya. Walau apa pun, LNJ is better than Amir.
Kesimpulannya, pada malam tersebut, telah diumumkan 3 orang peserta yang berjaya layak ke peringkat akhir iaitu Sepah, Jihan dan.... Amir. AMIR?????
yeah, di sinilah nampak kelemahan pengundian atau penjurian. Penilaian diberikan 100% kepada penonton dan inilah yang terjadi. Amir yang SUCK telah diangkat untuk ke peringkat akhir. Apa nak jadi?? Kamu kamu fikirlah sendiri.
pengkaki: Moga SEPAH dinobatkan juara. aku tak mengundi pon...Amir SUCK!
Hafiz
Jumaat, Februari 27, 2009
Top visitors of the day - 27022009
Sebelum aku mengakhiri posting terakhir untuk hari ini (mungkin juga bulan Februari ini - sebab bulan Mac is coming soon), aku nak tunjuk top visitors of the day - sebab aku tak pernah nampak bilangan sebanyak ini SERENTAK dalam satu masa mengunjungi blog aku. Thanks very much and I appreciate it.
Paling ramai visitors yang view yang pernah aku nampak ialah 2 orang sahaja dalam satu masa. Kali ini 6 orang! WOW.



