Mari berkenalan dengan kerja-kerja seharian aku. Hantarkan ON KERJA ke 00000 - sila abaikan kerana saya sedang merepek. Cepat, sebelum terlambat~

Ini ialah
SWITCH rack yang menempatkan
switches dan
patch panel untuk menyambungkan talian internet ke kolej kediaman pelajar.
1st Senior, iaitu
Encik Tarikat sedang menyiasat
SWITCH yang bermasalah menggunakan
notebook ehsan daripada boss aku (sebab peruntukan
notebook seorang satu belum sampai, begitu juga dengan peruntukan
iPhone)..hahaha

Pelajar praktikal dari
ILP Mersing iaitu
cik Elis dan
cik Apai sedang pura-pura berminat terhadap masalah yang sedang dihadapi oleh
SWITCHES.

Ini ialah lubang bawah tanah atau nama saintifiknya ialah
[dot][dot][dot] (aku tak tao la nama saintifiknya, sesapa yang tao boleh lah bagitao) di mana kabel fiber optik ditarik untuk sampai ke destinasinya. Lokasi: di hadapan
Masjid Sultan Ismail.

Pekerja-pekerja mahir dari
KEMTRONIK sedang mengular sebentar bersama boss aku memerhati lubang bawah tanah tempat untuk menarik kabel fiber optik.

Boss aku begitu riang ketika melawat tapak meninjau pergerakan pemasangan kabel fiber optik di hadapan
Masjid Sultan Ismail.Akhir kata, bergembiralah dengan kerja anda.
pengkaki: kepada yang masih samar-samar tentang keberadaan aku atau pura-pura bertanya di mana aku, biar aku suluh mata kamu kamu supaya terang dan nyata bahawasanya aku lah fotographer yang tak bertauliah yang merakam semua gambar di atas.
Hafiz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan