Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Khamis, Mac 13, 2008

Elak ViRUS, Elak Masalah!

Di sini aku nak berikan tip berkenaan penjagaan PC daripada dijangkiti virus. Virus biasanya dijangkiti melalui device luar seperti tumbdrive, flashdrive, pendrive dan sebagainya. Virus diperoleh daripada lelaman web atau email. Kebiasaannya pengguna tidak tahu virus telah menjangkiti PC mereka. Antara tanda-tanda PC dijangkiti virus adalah performance PC agak slow dan program-program yang tidak diingini akan terpapar sendiri.

Antara cara mencegah pengaktifan virus pada PC melalui penggunaan tumbdrive, flashdrive atau pendrive dan sebagainya ialah tidak mengaktifkan device tersebut. Kebiasaannya, apabila pengguna menyambungkan device tersebut ke dalam USB port, satu paparan autoplay akan terpampang. JANGAN klik pada OPEN/OK!

Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas
Klik pada button CANCEL. Kemudian untuk membuka device tersebut, buka tetingkap my Computer. Terdapat partition/Volume label pada tetingkap tersebut yang menandakan terdapat sambungan USB. Klik kanan pada partition/Volume label dan pilih Explore atau klik pada Folders di bahagian Toolbar. Dengan cara ini, virus yang dicipta untuk merebak ke dalam PC tidak akan diaktifkan.
Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas
Selain itu, device yang dijangkiti virus dapat dikenalpasti dengan terdapatnya arahan Autoplay yang ditebalkan (bold) pada arahan semasa partition di'right-click'.
Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas
So, berhati-hati dengan VIRUS!! Semoga tips ini dapat membantu anda.

*Cara terbaik adalah SCAN device terlebih dahulu (pastikan antivirus UPDATED!)
*Sentiasa UPDATE antivirus!

Tiada ulasan: