Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Rabu, April 16, 2008

ULANG TAHUN


April 2007 merupakan tarikh keramat di mana pembentukan blog yang ditadbir sendiri oleh theMysterious@admin dengan menggunakan tag 'theMysterious - Secebis Karya Buat Jiwa, Biar MiSTERi sebagai Identiti'.

Konsep asal kemunculan blog terawal ini mengenengahkan latar belakang serta perjalanan peribadi theMysterious@admin seperti perjalanan pengajian Diploma di Politeknik Johor Bahru, hal ehwal semasa dan sebagainya.

Bermula 2008, theMysterious@admin ingin menggubal konsep tersebut kepada konsep pembelajaran secara umum dan info-info yang terkini berkaitan kehidupan seharian. Dan dengan inisiatif tersebut, terbitlah 'HAFIZ Resource - komuniti info & tutor' yang mengadunkan pelbagai info serta tutor yang berguna kepada pengunjung. Konsep baru ini juga turut menampilkan artikel muaturun seperti lagu-lagu mp3 yang boleh dimuaturun secara percuma.

Kemudahan mempamerkan iklan secara percuma juga disediakan dalam konsep yang baru ini.

Pada April 2008 ini, maka genaplah SETAHUN usia http://hafiznor.blogspot.com dan secara keseluruhannya, sepanjang setahun ini lebih 1000 orang pengunjung telah mengunjungi blog ini. Setinggi penghargaan buat pengunjung yang sudi berkunjung ke blog ini sepanjang tempoh penerbitan blog ini. Kerana sokongan anda, blog ini dapat diteruskan dan diharap dapat memberikan manfaat yang berguna kepada semua.

Terima kasih semua. Teruskan sokongan anda di HAFIZ Resource - komuniti info & tutor



regards;
theMysterious@admin
mymisteri@gmail.com - www.friendster.com/brotherhulk


Tiada ulasan: