Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Selasa, April 08, 2008

Ilmu benteng penyelamat diri - 50 soalan vs 1 soalan

Artikel info kali ini aku nak berkongsi tentang satu kisah yang aku kagumi mengenai kepentingan ilmu pengetahuan dan kehebatan seorang ilmuan Islam yang dipetik daripada kitab Akhlak darjah 6 Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (Majlis Agama Islam Johor).

Kepada pengunjung blog ini yang berasal dari Johor dan pernah bersekolah agama di Johor (bawah kelolaan MAIJ & kerajaan negeri Johor) sekitar tahun 2000 - 2001, mungkin masih ingat akan topik pelajaran ini (Bab/Pelajaran 3).

Di sini aku selitkan sedikit kandungan kisah berkenaan.

Kisah Teladan: Abu Yazid Al-Bustama


Abu Yazid Al-Bustama seorang ahli sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Sam'an. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Sam’an tanpa disedari oleh paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua paderi. Setelah ketua paderi datang, ketua paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, “Ada orang yang percaya kepada syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu dibunuh. Namun ketua paderi menghalang sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustama pun bangun, tanpa rasa takut.

Menjawab 50 soalan bertanya 1 soalan:

Ketua paderi berkata, “Wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu.”

Jawab Abu Yazid, “Baiklah! Tanyalah apa sahaja yang kamu mahu tanyakan.”


Secara keseluruhannya, aku tertarik dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh ketua paderi kepada Abu Yazid yang berjumlah 50 soalan dan berjaya dijawab dengan tenang dan betul oleh Abu Yazid. Sebagai balasan, Abu Yazid bertanyakan SATU soalan sahaja yang menyebabkan kesemua paderi memeluk Islam.

Untuk cerita penuh, sila muaturun DI SINI!
Moga kisah ini memberi tauladan dan pengajaran yang berguna sekali kepada semua.

Tiada ulasan: