Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Ahad, April 13, 2008

Solat Sunat Tasbih


Artikel info kali ini theMysterious@admin nak berkongsi berkenaan ibadat yang dituntut walau sekali dilakukan dalam seumur hidup iaitu Solat Sunat Tasbih. Sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud di mana Nabi SAW bersabda dan diterjemah seperti berikut:

'Ikrimah reports from Ibn 'Abbas that the Messenger of Allah said to 'Abbas ibn 'Abdal-Mutalib: "O 'Abbas, O Uncle, shall I not give you, shall I not present to you, shall I not donate to you, shall I not tell you ten things which, if you do, Allah will forgive your first and last sins, past and present sins, intentional and unintentional sins, private and public sins? The ten actions are: pray four rak'at, reciting in every rak'ah al-Fatihah and a surah. And when you finish the Qur'anic recitation of the first rak'ah, say, while standing, 'Subhanallah, al-hamdulillah, wa la ilaha illallah, wa Allahu Akbar' ['Glory be to Allah. All praise is due to Allah. There is no God except Allah. Allah is the greatest.'] fifteen times. Then make ruku', and while you are in ruku', say the same ten times; then stand, and say the same ten times. Then go down and make sajdah, and while you're in sajdah, say the same ten times. Then sit after the sajdah, and say the same ten times. Then make sajdah, and say the same ten times. Then sit after the second sajdah, and say the same another ten times.

That is seventy-five [repetitions of the phrases] in each rak'ah.

Do that in each of the four rak'at. If you can pray it once a day, do so. If you cannot, then once every Friday. If you cannot do that, then once a year. And if you cannot do that then once in your life."

‘Ikrimah mendengar daripada Ibn ‘Abbas di mana utusan Allah (Nabi Muhammad SAW) berkata kepada Abbas ibn Abdul Mutalib:

“Oh Abbas, oh pakcik, patutkah aku tidak memberikanmu, patutkah aku tidak menghadiahkan kepadamu, patutkah aku tidak menderma kepadamu, patutkah aku tidak memberitahu 10 perkara yang mana jikalau kau lakukan, Allah akan mengampunkan dosa-dosa pertama dan terakhirmu, dosa-dosa silam dan akan datang, dosa-dosa yang disengajakan atau tidak, dosa-dosa peribadi dan umum?

10 perkara tersebut adalah: solat 4 rakaat, membaca Al-Fatihah dan surah di setiap rakaat. Dan tatkala kau tamat membaca Quran (surah) pada rakaat pertama, bacalah (ketika berdiri sebelum rukuk) “Subhanallah, Alhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahuakbar" ("Mahasuci Allah dan segala puji bagi Allah , dan tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah,Allah Maha Besar" ) sebanyak 15 kali. Kemudian, rukuk dan ketika masih rukuk, bacalah yang sama sebanyak 10 kali, kemudian berdiri (iktidal) dan bacalah yang sama 10 kali. Kemudian turunlah sujud dan ketika masih sujud bacalah yang sama sebanyak 10 kali. Kemudian duduk antara dua sujud dan bacalah yang sama 10 kali. Kemudian sujud kembali ketika masih sujud) dan bacalah yang sama 10 kali. Kemudian duduk selepas sujud (sebelum berdiri untuk rakaat seterusnya) dan bacalah yang sama 10 kali.

Jumlah kesemuanya 75 kali dalam satu rakaat.

Lakukanlah di dalam setiap 4 rakaat. Jika kau boleh solat (sunat tasbih) dalam sehari, lakukanlah. Jika tidak, sekali dalam setiap Jumaat. Jika kau tidak dapat melakukannya, lakukanlah sekali dalam setahun. Dan jika kau tidak lakukannya, lakukanlah sekali dalam seumur hidup.

Hadith ini daripada Abu Dawud, Ibn Majah, Ibn Khuzaimah dalam sahihnya dan At-Tabrani. Tentang hadith ini al-Munzhiri berkata: “Hadith ini telah diriwayatkan oleh banyak rantaian dan daripada beberapa pengikut. Yang terbaik di antaranya ialah daripada Ikrimah. Kumpulan cendekiawan yang ditauliahkan sebagai sahih, termasuk Al-Hafez Abu Bakr al-‘Ajari, (guru-guru al-Munzhiri), Abu Muhammad Abdurrahim al-Misri dan Abu al-Hassan al-Maqdisi.”

Ibn alMubarak berkata, “Solat sunat Tasbih ini adalah perbuatan yang amat-amat dituntut dan ia diimpikan oleh setiap orang tanpa pernah mengendahkannya.”

Muaturun Panduan Solat Sunat Tasbih.pdf


Info: Solat sunat Tasbih boleh dilakukan pada siang dan malam hari di mana solat sunat Tasbih yang dilakukan pada siang hari dilakukan dengan 4 rakaat dan satu salam manakala jika dilakukan pada malam hari 4 rakaat dan dua salam (2 rakaat 1 salam).
Bagi setiap rakaat, jumlah tasbih yang dibaca ialah 75 dan apabila dilakukan 4 rakaat berjumlah 300 tasbih.


pesanan theMysterious@admin:
lakukanlah solat sunat ini walau sekali dalam seumur hidup kerana keberkatan dan hikmahnya banyak dan ALLAH SWT Maha Mengetahui segalanya..
Wallahuallim!

Tiada ulasan: