Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Rabu, April 08, 2009

Gua letih hari ini...

Memandangkan hari ini adalah cuti umum bagi negeri Johor dan taklukan wilayahnya, maka aku pun cuti la kan.

Dek kerana bercuti hari ini, keletihan mula menguasai diri aku. Bermula dengan keletihan berpeluh peluh malam tadi akibat aktiviti berbadminton, badan aku terus dikuasai oleh keletihan kerana melayan parents aku berbelanja/jalan jalan.

Hoh, sangat penat. Tapi takpa la, parents punya pasal. Apa ada hal. Dulu kecik kecik diorang selalu bawak jalan jalan, takkan dah tua bangka mcm skrg nih tak boleh bawak mereka berjalan jalan. Ye tak?

Dek kerana itu juga lah terpacul ungkapan daripada mak kesayangan aku, "Macamana nak cari jodoh macam nih? Mak asik dok kat sebelah je dalam kereta..heh (sambil tersenyum sinis)" nak buat macamana mak, pasrah je la. Kalao ada jodoh, ada la. Apa kata mak tolong ushakan anak pakcik Lias dgn makcik Noi. Heh, anak dara dia pon ok gak. Heh... - kemiangan aku terserlah di sini.

Apa apa la. Badan gua terasa letih banget nih. Gua nak lelap mata kejap. Chow..


pengkaki: balek jalan jalan, boleh pulak melalak 14 buah lagu kt rumah...aaaarrrrggghhhh...suara gua memang tak merdu!!!


Hafiz

Tiada ulasan: