Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Jumaat, April 03, 2009

Bijaklah sikit

Aku rasa hairan dan pelik melihat tingkah laku manusia nih. Kadang kadang tak berpikir untuk bertindak - macam aku gak.

Kalau ye kamu amat membenci seseorang dan ingin menghantar sebarang email berbentuk lucah ke, ugutan ke, caci maki ke, harap kamu dapat lakukannya dengan terperinci. Pastinya kamu nakkan identiti kamu tersorok bukan? Tak tahulah kalau kamu ini seorang yang sinis hingga tak kesah dikenali oleh si penerima email tersebut (seperti aku yang sangat sinis mengutuk, mengkeji, mengkritik, mencaci dsb kepada kawan2 secara terang2).

Tapi, kalau kamu cuba menyembunyikan identiti kamu, aku amat berharap kamu gunakanlah identiti palsu ke apa ke. Jangan gunakan sesuatu identiti kamu yang biasa kamu gunakan kerana ia PASTI memerangkap kamu.

Kerana kebengongan kamu itu, satu bentuk hukuman sedang menanti kamu kerana manusia yang berkecimpung dalam bidang IT seperti aku bukanlah seorang yang bodoh dan dumb serta useless. Kami dapat menghidu kamu di alam maya ini melalui sedikit siasatan dan kebarangkalian tentang identiti kamu (ewah, dah macam polis plak).

So, kepada yang suka menghantar email/surat layang berbaur lucah, ugutan, caci maki dsb harap kamu berfikir secara empat segi di setiap penjuru akan identiti kamu (kalau taknak identiti kamu terdedah). Kamu amat mudah terdedah kalau kamu tidak berhati-hati.


Chill~


pengkaki: walau kamu seorang budak/pelajar dalam bidang IT, harap kamu jangan terlalu bangga dengan kebolehan/pendidikan kamu kerana mereka yang dah lama berkecimpung dalam bidang IT sangat mudah menghidu kamu - berjaya jumpa kamu di FRIENDSTER



Hafiz

Tiada ulasan: