Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Ahad, Disember 28, 2008

Maal Hijrah 1430

Salam Maal Hijrah to all Muslims and Muslimah which Mukmin and Mukminah..

"...umpama mencari semut HITAM di atas batu HITAM dalam malam yang gelap gelita dan HITAM.."


29hb Disember 2008 adalah bersamaan dengan 1 Muharam 1430H yang bermaksud, bermulanya tahun baru hijrah 1430. Pejam celik, pejam celik, usia kita semakin bertambah dan alam akhirat itu semakin menghampiri kita. Tapi apa persediaan kita?

Bersempena dengan tahun baru Hijrah, yang mempunyai maksud yang mendalam dalam peristiwa kebangkitan dan perkembangan Islam, marilah kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik dan positif yang mampu membantu kita kelak di alam akhirat. Walau kita tak dapat melakukan Hijrah seperti mana yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, kita masih mampu melakukan Hijrah ke arah yang lebih baik daripada hari ini.

Hijrah itu sendiri tersirat dengan pengertian yang mendalam dan meluas.

Sama-sama kita berdoa kepada ALLAH SWT, semoga Dia melimpahkan kurniaah rahmat, hidayah dan taufiq-Nya kepada kita dalam menempuh hari-hari mendatang menghampiri alam kekal abadi, Akhirat.


Salam Maal Hijrah daripada aku, Hafiz untuk semua...


Hafiz

Tiada ulasan: