Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Ahad, Mei 11, 2008

Selamat Hari Ibu



Assalamualaikum..

Posting pada hari ini (11 Mei 2008) kali ini admin ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu di dunia khasnya kepada ibu admin sendiri,
Pn Rokiyah Bte Tamin
.

Ada yang berpendapat bahawa sambutan Hari Ibu ini telah diwujudkan oleh orang-orang barat yang tidak patut diikuti dan dicontohi oleh umat Islam. Namun, admin berpendapat sambutan yang baik sebegini yang mengiktiraf pengorbanan dan kasih sayang para ibu boleh diraikan tanpa menyalahi hukum hakam serta syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Malah, di dalam al-Quran al-Karim telah merakamkan kalam (firman) ALLAH SWT dalam surah al-Israa' ayat ke-24..

yang menyebutkan bahawa kita sebagai anak seharusnya mendoakan kedua ibu bapa kita. Hal ini menunjukkan betapa ALLAH SWT memartabatkan taraf seseorang ibu dan bapa sehinggakan apabila seseorang anak itu sedang beribadah dan terdengar ibunya menyeru namanya, WAJIB bagi anak itu menyahut kembali seruan ibunya itu. Kita dituntut mentaati ibu dan bapa kita selama ia tidak bertentangan dengan syariat dan akidah Islam kita.

Malahan, kita ditegah mengeluarkan perkataan "Ah" kepada ibu kita sekalipun kerana menderhaka kepada ibu itu membawa kita ke lembah neraka.

Oleh itu, admin berpendapat sambutan Hari Ibu yang diwujudkan oleh barat tidak salah kita ikuti selagi mana ia tidak bertentangan dengan akidah kita di dalam Islam.

Dengan itu, sekali lagi admin ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua wanita yang bergelar ibu. Dan kepada para anak-anak, taatilah kedua ibu bapa kita dan bahagiakanlah mereka. Doakanlah keduanya selama hayat dikandung badan.

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat al-Hakim

regards;
admin


***taati, hormati dan sayangilah kedua ibu bapa kita setiap hari dan selamanya selagi hayat dikandung badan...

Tiada ulasan: