Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Jumaat, Mei 16, 2008

Selamat Hari Guru

Setiap tahun pada 16 Mei pastinya kita pernah meraikan sambutan yang cukup bermakna buat golongan pendidik. Pada tanggal 16 Mei telah dipilih sebagai hari untuk sambutan Hari Guru bagi mengenang jasa dan pengorbanan serta ilmu yang telah dicurahkan oleh warga pendidik kepada masyarakat.

Walaupun pada hari ini di Malaysia, sedang timbul pelbagai spekulasi mengenai kredibiliti warga pendidik, namun itu bukannya satu alasan bagi kita untuk tidak mengenang jasa mereka yang pernah mencurahkan bakti untuk melahirkan insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa, negara dan agama.

Janganlah "hanya kerana seekor nyamuk, kelambu yang dibakar". Pepatah ini patut disemadikan dalam jiwa kita walaupun ada sebilangan pendidik yang tidak berwibawa dan bercita-cita untuk mencurahkan bakti dengan ikhlas kepada masyarakat kerana pada hakikatnya, golongan tersebut hanya golongan yang minoriti tetapi pendidik yang berwibawa dan bercita-cita serta ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab serta berbakti kepada masyarakat masih majoriti dalam masyarakat.

Dengan itu, admin ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI GURU' buat semua warga pendidik tidak mengira status guru rendah, menengah malahan pensyarah institusi pengajian tinggi. Semoga kalian terus mencurahkan tenaga dan ilmu serta berbakti kepada anak bangsa.


regards;
admin



*ucapan untuk Cikgu Maimanah (bekas guru di SKPT1), Cikgu Zaki (guru di SMTTPJB) *ucapan untuk semua pensyarah kursus DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT Politeknik Johor Bahru sesi Januari 2005 - Julai 2007 *ucapan untuk semua guru yang pernah mencurahkan ilmu kepada admin

Tiada ulasan: