Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Sabtu, Mac 15, 2008

Tahniah Raja Lawak ASTRO musim 2


Selesai sudah Gelanggang Akhir Raja Lawak Astro 2008 dan mahkota RAJA LAWAK Astro telah dimasyhurkan kepada saudara Ahmad Nabil Bin Ahmad. Tempat kedua telah dimasyhurkan kepada kumpulan CHAM dan tempat ketiga pula untuk kumpulan XN3 (No Entry).
Ahmad Nabil Bin Ahmad berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan pernah bekerja sebagai Budak Penghantar Surat (Despatch aka Peon). Dilahirkan pada 26 September 1983 di Seremban. Sangat popular semenjak mula menjejakkan kaki ke gelanggang Raja Lawak Astro pada minggu pertama.
Trademark Nabil ialah 'Lu pikirlah sendiri'.


CHAM dianggotai oleh Asrul Zaidi Bin Jamaludin (Asrul) yang berasal dari Penang dan Muhammad Nizamudin Bin Ahmad (Along) berasal dari Johor Bahru. Kedua-duanya dikatakan bekerja sebagai DJ di mana Asrul merupakan DJ radio manakala Along pula ialah DJ kompleks.
Trademark kumpulan CHAM ialah 'Orait' dan popular dengan lagu 'Ceti oh Ceti' dengan melodi lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) dendangan Jinbara.


XN3 (No Entry) dianggotai oleh anak dan bapa saudara iaitu Nor Azhar Bin Buyong (Pak Chu) dan anak saudaranya Mohd Fadhil Bin Mohd Nasir berasal dari Perak. XN3 disebut sebagai No Entry dan gabungan huruf XN dan 3 adalah berasaskan ejaan TIDAK/NO dalam sms iaitu 'X' dan Entry iaitu singkatan 'N3'.

Tahniah buat finalis Raja LAWAK Astro 2008 kerana secara keseluruhannya amat menghiburkan dan lebih menarik berbanding musim pertama.


Tiada ulasan: