Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Khamis, September 25, 2008

Laman web - Beta 0.0.1


Assalamualaikum suma~

Di sini, admin ingin menguar-uarkan pelancaran laman web peribadi admin (tinta dunia HAFIZNOR) yang telah mula beroperasi awal minggu ini. Namun begitu, operasi laman web ini masih di tahap pengujian berikutan beberapa masalah umum seperti ketidakstabilan talian Streamyx.

Untuk pengetahuan semua, laman web ini dilarikan (run) dari rumah admin sendiri. Untuk itu, masalah seperti terputus talian (lost connection) sering berlaku yang menyebabkan pengunjung mungkin menghadapi masalah untuk melayari laman web ini.

Walaupun begitu, admin sedang berusaha untuk memperbaiki kelemahan ini untuk keselesaan pelayaran anda.

Kelebihan laman web ini:
1. Pengunjung/pengguna dapat memuaturun pelbagai aplikasi, multimedia dan sebagainya dari laman web ini yang pastinya, kesemua fail adalah dari simpanan PC admin.
2. Pelbagai info turut diselitkan di dalam laman web ini sebagai salah satu alternatif selain di dalam blog ini.
3. Komen daripada anda adalah salah satu kelebihan untuk laman web ini. Anda boleh memberikan komen anda secara terus kepada admin dan admin mungkin akan membalas komen anda serta merta.

Kelebihan yang lain akan dapat anda nikmati setelah laman web ini siap 100%.
Admin juga mengalu-alukan bantuan daripada pengunjung yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam pembinaan laman web berpangkalan data untuk membantu admin membangunkan laman web ini.

Akhir kata, anda boleh melayari laman web peribadi ini: http://hafiznor.serveblog.net
Untuk bantuan, lampirkan email anda kepada: leo.crapvirus@gmail.com atau melalui aplikasi Yahoo! Messenger dan berbual secara terus dengan admin di: brobear_dit@yahoo.com.my

salam,
hafiz@hresource

Tiada ulasan: