Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Isnin, Jun 02, 2008

Ronda-ronda HResource

Assalamualaikum.

Posting kali ini, admin nak memberikan sedikit panduan kepada pengunjung-pengunjung HAFIZ Resource (HResource) dalam memanfaatkan maklumat di dalam laman komuniti ini.

Ramai yang masih keliru cara pengoperasian laman ini. Mungkin ramai yang tidak punya masa untuk menjelajah (explore) secara menyeluruh akan laman ini. OK.

Di sini ada skrin yang menunjukkan antara kandungan dalam laman ini. Di sebelah kanan laman ini, terdapat beberapa menu yang dapat dilihat oleh pengunjung sekalian.


klik imej untuk paparan lebih jelas

Apa yang ingin admin tekankan di sini ialah menu Arkib Blog dan Label yang kurang mendapat perhatian pengunjung sekalian. Menu ini berfungsi sebagai bantuan kepada pengunjung untuk melihat posting yang terdahulu yang telah admin muatnaik.

1. Arkib blog berfungsi sebagai pemapar tajuk-tajuk posting yang admin telah muatnaik mengikut bulan-bulan tertentu.
2. Label berfungsi sebagai label-label (tag) posting yang telah admin muatnaik. Sebagai contoh, label Muaturun (3) yang terpapar menunjukkan posting berkaitan muaturun yang telah admin post dalam laman ini.

Contohnya, kepada pengunjung yang ingin mencari lagu-lagu yang boleh dimuaturun (download), label Muaturun adalah jalan pintas (short cut) untuk anda. Semua posting berlabelkan Muaturun akan dipaparkan dan anda tidak perlu menjelajah satu demi satu posting yang telah admin muatnaik.

Semoga info ini memberikan sedikit bantuan kepada anda menjelajah laman komuniti info dan tutor HResource ini.

regards,
admin@HResource

Tiada ulasan: