Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls

Jumaat, Mei 30, 2008

INFO - Lubang Gas di Uzbekistan

BLOGGER_PHOTO_ID_5206145749911947442



BLOGGER_PHOTO_ID_5206145758501882066


Uzbekistan gas hole

This place in Uzbekistan is called by locals “The Door to Hell”. It is situated near the small town of Darvaz. The story of this place lasts already for 35 years. Once the geologists were drilling for gas. Then suddenly during the drilling they have found an underground cavern, it was so big that all the drilling site with all the equipment and camps got deep deep under the ground. None dared to go down there because the cavern was filled with gas. So they ignited it so that no poisonous gas could come out of the hole, and since then, it’s burning, already for 35 years without any pause. Nobody knows how many tons of excellent gas has been burned for all those years but it just seems to be infinite there.


Lubang Gas Uzbekistan
Tempat ini di Uzbekistan digelar oleh rakyat tempatan sebagai "The Door to Hell" (Pintu ke Neraka). Ia berdekatan dengan pekan kecil di Darvaz. Kisah tentang tempat ini telah pun berusia 35 tahun. Pernah sekali ahli geologi menggali gas. Kemudian, tiba-tiba ketika sedang menggali mereka menemui gua bawah tanah. Tiada sesiapa yang berani turun ke bawah kerana gua tersebut telah dipenuhi dengan gas. Jadi mereka menyalakannya/membakarnya supaya tiada gas beracun yang akan keluar daripada lubang tersbut, dan semenjak itu, ia terus membakar selama 35 tahun tanpa ada yang mampu menghentikannya. Tiada sesiapa yang tahu berapa tan gas yang telah dibakar untuk sepanjang tahun tersebut tetapi ia nampaknya akan terus membakar dengan tidak terhingga di sana.


info daripada Master Muaz@Myhack

credit goes to crewcode@gmail.com

Khamis, Mei 29, 2008

Lagi OST Drama, lagu HITS

Kali nih admin nak berkongsi plak lagu-lagu yang lunak di dengar yang dipetik daripada OST (Original Sound Track) drama-drama yang tengah hangat ditayangkan di televisyen.

Tidak dilupa juga admin memuatnaik lagu-lagu hits yang lain.

Selamat memuaturun!

--OST Drama--

Bau - Warkah (Sin, Dar, & Ela)
Amy Search - Akulah Pejuang (Impak Maksima the series)


--LAGU HITS--

Yovie & Nuno - Dia milikku
Maia - Ingat kamu


regards;
admin@HResource

Ahad, Mei 25, 2008

Lagi Photoshop Tutorial

Kali nih, admin malas nak upload tutorial dalam blog nih. Atas permintaan seorang hamba Allah, admin telah buat satu tutorial dalam bentuk *.pdf.

Sesiapa yang berminat, buleh sedut. Tak kesah punya..
Layaann...


Klik imej untuk contoh paparan dalam tutorial

Tutorial Photoshop #2.pdf

Rabu, Mei 21, 2008

Lagu Permintaan

Kepada mereka yang lama mencari lagu baru Letto berjudul Sebelum Cahaya, lagu ini telah dimuatnaik pada 5 Mei 2008 yang lalu. Sila klik di SINI untuk muaturun!

Sila semak label muaturun di bahagian menu di sebelah kanan laman blog ini untuk pencarian lagu-lagu kegemaran anda.

Lagu ini juga telah disumbangkan di dalam laman saudara Hairi.

regards;
admin

Selasa, Mei 20, 2008

Arts with Photoshop


How to design a mirror to a text/font

Before we start the tutorial, you must've a basics in using Photoshop application at least knew the interface and functions of each menu and tools.
First thing is to open a new canvas. Click File >> New..

For this tutorial, admin choose the 640 x 480 pixels canvas and setting up for a white background.


Next, draw or write down some text to the canvas, like this:

As you can see, on the bottom-right corner, there is a Layer menu. Duplicate the text you want to mirror it by right-click on the layer and choose Duplicate Layer or by pressing Ctrl+J. Make sure the layer is highlighted (blue color).

After duplicated the layer, press Ctrl+T to transform it. On the text, right-click and choose Flip Vertical. The text will turn down.

Press Shift+Left click the text and move it to the bottom of the original layer (text on canvas). Like this.

Then, on the Layer menu, click on Opacity and drag out the scale to the minima percentage as you wish.

Your text will suppose to be like this:




So, have fun with it. Next is the completed mirror text by mine.



best regards;
admin

*sorry for the poor english..

Isnin, Mei 19, 2008

Perangkap Cinta - Nyanyian dari Penjara

Semalam (18 Mei 2008), admin ada terbaca dalam akhbar tabloid nombor 1 Malaysia iaitu Metro Ahad tentang satu artikel. Artikel yang menarik admin untuk melayari laman YouTube untuk mengenalpasti sejauh mana sebuah video yang dikatakan meruntun atau menyayat hati pendengar. Dan, admin tak meruntun atau menyayat hati pun. Sekadar lagu yang dikatakan dicipta oleh seorang warga Singapura itu lunak untuk didengari.

Di sini, admin berkongsi dengan pengunjung semua video klip daripada laman YouTube yang bertajuk Perangkap Cinta - Nyanyian dari penjara. Untuk versi mp3, klik di SINI.




regards;
admin

Ahad, Mei 18, 2008

Komik Percuma daripada kartunis UBI

Ya, satu info menarik buat penggemar atau peminat ataupun pembaca komik Malaysia! Berita baek!

Kepada yang mengaku sebagai peminat komik tempatan, pastinya korang kenal dengan kartunis UBI yang seangkatan dengan kartunis Gayour, Ayie dan ramai lagi dalam majalah Ujang satu ketika dahulu.. Ya, abang UBI kita dengan bangga serta terujanya mempromosikan komik secara percuma daripada hasil karya beliau sendiri iaitu ' Aku, Dia & Test '. Untuk mendapatkan komik ini secara percuma daripada beliau, layari laman web beliau: http://www.kartunisubi.com/

Kepada abang UBI, jangan marah yer..saja menambah posting dalam blog ini. Keep in touch.


regards;
admin


Jom belajar Photoshop

Lama dah admin tak post up tutorial...asik-asik info and downloaded stuff...
So, di kesempatan ini admin nak show to you all how to design something using Photoshop application. Hehe..at least you all mesti lah ada basic pasal Photoshop yer..

Untuk tutorial Photoshop yang simple yang biasa admin buat ialah cara nak buat sesuatu perkataan tuh macam kt atas cermin..Like this one:

Ok, 1st thing mestilah kena create new canvas. Caranya, klik pada File >> New..
Then, pilihlah saiz yang korang nak. Sebagai contoh, admin choose size 640 x 480
Korang pon buleh pilih warna latar korang, like White ke, Transparent ke..Dalam contoh nih, admin pilih White background.

Ok, on the canvas, korang create lah some text on it. Contoh macam nih:
Lepas tuh, korang duplicate kan layer yang korang nak jadikan dia bayang-bayang (mirror) tuh. Macam nih:

Then, make sure layer tuh masih highlight lagi (still ada warna biru mcm gambar di atas) and press Ctrl+T.

Jumaat, Mei 16, 2008

Selamat Hari Guru

Setiap tahun pada 16 Mei pastinya kita pernah meraikan sambutan yang cukup bermakna buat golongan pendidik. Pada tanggal 16 Mei telah dipilih sebagai hari untuk sambutan Hari Guru bagi mengenang jasa dan pengorbanan serta ilmu yang telah dicurahkan oleh warga pendidik kepada masyarakat.

Walaupun pada hari ini di Malaysia, sedang timbul pelbagai spekulasi mengenai kredibiliti warga pendidik, namun itu bukannya satu alasan bagi kita untuk tidak mengenang jasa mereka yang pernah mencurahkan bakti untuk melahirkan insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa, negara dan agama.

Janganlah "hanya kerana seekor nyamuk, kelambu yang dibakar". Pepatah ini patut disemadikan dalam jiwa kita walaupun ada sebilangan pendidik yang tidak berwibawa dan bercita-cita untuk mencurahkan bakti dengan ikhlas kepada masyarakat kerana pada hakikatnya, golongan tersebut hanya golongan yang minoriti tetapi pendidik yang berwibawa dan bercita-cita serta ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab serta berbakti kepada masyarakat masih majoriti dalam masyarakat.

Dengan itu, admin ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI GURU' buat semua warga pendidik tidak mengira status guru rendah, menengah malahan pensyarah institusi pengajian tinggi. Semoga kalian terus mencurahkan tenaga dan ilmu serta berbakti kepada anak bangsa.


regards;
admin



*ucapan untuk Cikgu Maimanah (bekas guru di SKPT1), Cikgu Zaki (guru di SMTTPJB) *ucapan untuk semua pensyarah kursus DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT Politeknik Johor Bahru sesi Januari 2005 - Julai 2007 *ucapan untuk semua guru yang pernah mencurahkan ilmu kepada admin

Khamis, Mei 15, 2008

Lagi Lagu Hits

Lagu yang tengah hits nih...malas nak berceloteh panjang. Sesiapa yang berminat, sila lah muaturun. Jangan takut! FREE jer...Layaann...

Mulan Jameela - Makhluk Tuhan Paling Seksi
Aizat - Hanya Kau Yang Mampu


regards;
admin


*sokonglah industri muzik tanah air. Beli full album yang original

Promosi web site

Di sini admin nak mempromosikan sebuah laman web yang dibangunkan sendiri dan dikawal selia oleh teman admin saudara Hairi.. Sila kunjungi laman web beliau di alamat berikut:
http://h4iri.com

macam2 ada dalam laman web beliau seperti forum, download dan sebagainya...



regards;
admin

Ahad, Mei 11, 2008

Selamat Hari Ibu



Assalamualaikum..

Posting pada hari ini (11 Mei 2008) kali ini admin ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu di dunia khasnya kepada ibu admin sendiri,
Pn Rokiyah Bte Tamin
.

Ada yang berpendapat bahawa sambutan Hari Ibu ini telah diwujudkan oleh orang-orang barat yang tidak patut diikuti dan dicontohi oleh umat Islam. Namun, admin berpendapat sambutan yang baik sebegini yang mengiktiraf pengorbanan dan kasih sayang para ibu boleh diraikan tanpa menyalahi hukum hakam serta syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Malah, di dalam al-Quran al-Karim telah merakamkan kalam (firman) ALLAH SWT dalam surah al-Israa' ayat ke-24..

yang menyebutkan bahawa kita sebagai anak seharusnya mendoakan kedua ibu bapa kita. Hal ini menunjukkan betapa ALLAH SWT memartabatkan taraf seseorang ibu dan bapa sehinggakan apabila seseorang anak itu sedang beribadah dan terdengar ibunya menyeru namanya, WAJIB bagi anak itu menyahut kembali seruan ibunya itu. Kita dituntut mentaati ibu dan bapa kita selama ia tidak bertentangan dengan syariat dan akidah Islam kita.

Malahan, kita ditegah mengeluarkan perkataan "Ah" kepada ibu kita sekalipun kerana menderhaka kepada ibu itu membawa kita ke lembah neraka.

Oleh itu, admin berpendapat sambutan Hari Ibu yang diwujudkan oleh barat tidak salah kita ikuti selagi mana ia tidak bertentangan dengan akidah kita di dalam Islam.

Dengan itu, sekali lagi admin ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua wanita yang bergelar ibu. Dan kepada para anak-anak, taatilah kedua ibu bapa kita dan bahagiakanlah mereka. Doakanlah keduanya selama hayat dikandung badan.

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat al-Hakim

regards;
admin


***taati, hormati dan sayangilah kedua ibu bapa kita setiap hari dan selamanya selagi hayat dikandung badan...

Sabtu, Mei 10, 2008

Lagi Pasal Pitching...

Sebagai memenuhi janji kepada semua, admin memuatnaik lagu-lagu top di mana pitching penyanyi dilintang pukangkan...bila dengar-dengar balek, sedap juga pitching macam nih menanyikan lagu-lagu tersebut.

Apa lagi? Layannn......

Meet Uncle Hussein - Lagu Untukmu
Mila - Mila Bila Cinta
Samsons - Hey Gadis

Kuasa Ilahi, Maha Suci ALLAH

La haula wa la quwata illa billah (Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan ALLAH)..
Maha Suci ALLAH tuhanku, tuhan kami yang Maha Esa.

Kepada pengunjung sekalian, admin ingin berkongsi sedikit kuasa ALLAH SWT yang tiada tanding sebagai ingatan kepada admin sendiri dan kepada sekalian umat Islam di seluruh dunia.
Keajaiban ini telah dirakamkan oleh seseorang hamba ALLAH di Second Link Gelang Patah, Johor Bahru (dikatakan) wallahuallam...

Sama-sama lah kita muhasabah diri kita dan muhasabah akan kekuasan ALLAH SWT yang Maha Agong.






regards;
admin


credit goes to: ayuza_79@yahoo.com

Kata-kata hikmah Khalifah Ar-Rasyidin r.a

Entry post kali ini, admin nak berkongsi sedikit tazkirah batiniah. Dalam keasyikkan kita pada duniawi yang fana ini, janganlah terlupakan sebuah kehidupan lain yang akan kita lalui kelak iaitu Hari Pembalasan (Akhirat) yang dijanjikan oleh yang Maha Esa.

So, admin telah menerima email daripada seorang sahabat yang selalu menghantarkan email berbentuk pencuci rohaniah (keagamaan). Maka, admin nak berkongsi dengan pengunjung sekalian. Menurut kandungan email berkenaan, 4 orang Khalifah Ar-Rasyidin seperti yang diketahui umum oleh Muslimin dan Muslimah iaitu Saidina Abu Bakar ra, Saidina Umar Al-Khattab ra, Saidina Uthman Bin Affan ra and Saidina Ali Karamallah hu wajhah pernah memberikan peringatan atau nasihat kepada muslimin, muslimah, mukminin dan mukminat semasa pemeritahan mereka.

Berikut adalah kandungan peringatan atau nasihat atau kata-kata hikmah daripada mereka:

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

  1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
  2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
  3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
  4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

  1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
  2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
  3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
  4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

  1. Hatinya selalu berniat suci
  2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
  3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
  4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
  5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:

  1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
  2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
  3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
  4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
  5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
  6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
  7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
  8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati
Sama-sama kita renungkan, sama-sama kita perbetulkan apa yang salah dan tingkatkan apa yang betul. Moga rahmat ALLAH SWT sentiasa bersama kita...

Wassalam...


regards;
admin

credit goes to: honey_legal@yahoo.com

Isnin, Mei 05, 2008

Layan Hits Carta Radio Tempatan

Untuk posting muaturun kali ini, admin nak berkongsi dengan lagu-lagu yang hits menjadi pilihan pendengar-pendengar radio tempatan. So, check it out... Untuk lirik-lirik lagu tersebut, klik di SINI

Gigi - 11 Januari
Andra & the Backbone - Sempurna
Anita Sarawak - Ular
Letto - Sebelum Cahaya
Samsons - Hey Gadis

*muaturun lagu di atas sah selama 30 hari bermula dari tarikh dimuatnaik (upload) atau 30 hari dari tarikh terakhir dimuaturun.

Ahad, Mei 04, 2008

Ceritera daripada ADMIN

Assalamualaikum di ucapkan kepada pengunjung-pengunjung HAFIZ Resource - komuniti info dan tutor yang sudi meluangkan sedikit masa mengunjungi laman blog ini. Sekadar makluman untuk semua pengunjung:
Apakah pandangan anda tentang penampilan blog ini? Dari segi isi kandungan, penampilan dan sebagainya?
Adakah anda berpuas hati dengan layanan admin?
Ingin berbual dengan admin?

Semuanya anda boleh tentukan dengan mengisikan Poll atau mengisikan buku tetamu di bahagian menu di sebelah kanan laman blog ini. Sebarang permasalahan, pertanyaan atau sebagainya, anda boleh emailkan kepada admin di alamat: leo.crapvirus@gmail.com atau menerusi komuniti bual bicara (chit chat) maya Yahoo! Messenger dengan menambah ID admin: brobear_dit@yahoo.com.my

Diharapkan para pengunjung dapat memberikan sedikit kerjasama sebagai usaha admin untuk menambahbaik kandungan dan penampilan laman blog ini mengikut kepuasan dan kehendak pengunjung sekalian.

Segala usaha dan kerjasama daripada para pengunjung di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan Assalamualaikum.


regards;
theMysterious@admin

OFFICIAL Shirt

Untuk post kali ini, theMysterious@admin ingin memperkenalkan rekaan/design T-Shirt rasmi (Official Shirt) yang direka sendiri oleh theMysterious@admin. Kepada yang berminat untuk menempah t-shirt berkenaan, sila emailkan butiran anda (nama, alamat, no Telefon Bimbit/rumah) kepada: leo.crapvirus@gmail.com atau brobear_dit@yahoo.com.my

Keputusan akhir rekaan telah dibuat dengan perbincangan bersama antara theMysterious@admin bersama co-writer (co-admin HResource) MyhackCrew@Master Muaz.

Harga sehelai t-shirt buleh mencecah sehingga RM 27.00 (untuk 10 helai tempahan) atau RM 18.00 (untuk 10 helai ke atas). Kos tempahan di atas tidak termasuk kos penghantaran (pos), so, kos sebenar akan di emailkan kepada penempah-penempah.

so, make ur choice!

(Depan) Design A: (Belakang)

Klik imej untuk paparan lebih jelas


(Depan) Design B: (Belakang)

Klik imej untuk paparan lebih jelas

(Depan) Design C: (Belakang)

Klik imej untuk paparan lebih jelas

Jumaat, Mei 02, 2008

Hangat....Download...Tunggu Apa Lagi?

Pernah tak korang tonton Akademi Fantasia? Biasa juri selalu mention "Pitching awak nih lari la", "Pitching awak nih ntah apa-apa" dan macam-macam lagi la pasal "Pitching".. korang tao ker "pitching" tuh macam mana? hah! aku telah selesaikan masalah korang!

Di sini ada beberapa buah lagu yang "Pitching" nya bukan saja lari, tapi tahap lintang pukang pecut giler...korang dengar la sendiri...Gua cakap pon tak guna...apa lagi??? Download la!



Mawi - Tercipta untukku
Hujan - Bila Aku Sudah Tiada

Banyak lagi lagu "pitching" lari lintang pukang...Check it out...keep up to date!...COMING SOON..